Widget Follower Sudah Tidak Relevan Lagi




Salam semua, pada yang singgah di blog saya dari dulu hingga kini dan selamanya pasti perasan kehilangan widget blog follower saya yang selalu berubah tempat, sekejap di tepi, sekejap di bawah dan akhirnya hilang terus. Serba tak kena sahaja saya dengan widget ini.

Follower terakhir blog saya mencecah 940 orang, dan saya pasti ramai di kalangan yang memollow tersebut, belum tentu menyimpan URL blog saya untuk kembali ke  sini kan? Apa pun ucapan terima kasih saya ucapkan kerana sudi memollow blog saya yang tak segah mana ini.

Anda bayangkan jika kesemua follower blog anda datang semula ke blog anda dan menjadi pembaca sejati? Dengan satu entri sehari sahaja, ianya sudah memadai untuk mengekalkan trafik masuk ke blog. Di tambah lagi dari carian enjin dan sebagainya, semua blog pasti sukakan? Tapi ianya tak mungkin terjadi.

Sejak menggunakan widget tersebut, acapkali loading blog saya menjadi lambat dan saya amat peka dengan loading sesebuah blog. Jika anda yang menitik beratkan soal SEO di SERP,  loading blog perlu di ambil kira sebagai perkara nombor  wahid dalam berblogging.

Untuk pengetahuan pembaca dan rakan blogger yang berminat hendak menjadi follower blog saya,  tidaklah perlu lagi melalui widget tersebut cukuplah sekadar anda menyimpan URL  blog saya di blog list anda atau yang bersamaan dengannya. Logik kan?

Pengalaman saya penggunaan widget ini, ianya sudah tidak relevan lagi buat masa sekarang. Dengan adanya widget like facebook, anda sudah boleh menyatakan yang anda senang dengan sesuatu entri di blog tersebut. Begitu juga widget follow di twitter yang lebih laju loadingnya.

Walau bagaimana pun saya tidak pernah menyanggah atau menafikan sesiapa yang masih mengekalkan widget ini di blog mereka. Seandainya anda meninggalkan komen di blog saya dan meminta saya follow balik, insyaallah pasti saya ke blog anda dan follow anda kembali. Wassalam.


Singgah juga baca entri ini:



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Ogos 15, 2011

25 Komen:

  1. Assalamu'alaikum Zul

    Selamat menjalani ibadah pada bulan Ramadhan.. lama tak singgah sini..

    Sesekali terjadi juga kepada blog kak perkara ini..

    BalasPadam
  2. Ada betul juga Zulkbo cakak ter..

    BalasPadam
  3. ye la abg zulkbo..betul juga tu....

    BalasPadam
  4. ada relevannya kata2 cik zul..tp sy suka tengok widget tu..comel...hehe

    BalasPadam
  5. followers..
    pembakar semangat..

    BalasPadam
  6. Saya tetap follow zulkbo...

    Kalau guna handphone, saya memang tk nampak widget tu di blog saya..

    BalasPadam
  7. betul jugak tu yak...
    rasa nak ghaibkannya tanpa disedari

    BalasPadam
  8. Salam zul, ada pro dan kontraknya bender ini apapun terserahlah pada seseoarg itu kan :) saya tengok chatbox pun dah tak de kat blog aok nei zul.. mungkin ada ceritaanya juga.

    BalasPadam
  9. betul tu, dah lama jgk buang. Tapi masih ada yg letak widget tu kat bawah header, bajet org tekan follow la...annoyed sebenarnya

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama14 Ogos, 2011

    Saya suka tengok gambar2 follower saya.

    BalasPadam
  11. ooo ya ke..tapi Cm suka lihat gambar followers Cm tu.....

    BalasPadam
  12. setuju ngan zukbo. ada benarnya...

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama14 Ogos, 2011

    betul kata en.zulkbo.....sometimes loadingnya tlalu lama...

    BalasPadam
  14. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip servis motorsikal kupcai scooter

    saya juga tak kisahhh kalau orang nak follow atau tidak.. tapi bagi saya kamu dekat di hati walau hanya bertentang skrin komputer sahaja....

    BalasPadam
  15. mmg x relevan tp rase happy bila tgk follower makin btmbah...





    padahal trafic x berubah pon hahahahaha

    BalasPadam
  16. patut la baru hari ni boleh masuk ke blog en zulkbo ni, dah beberapa minggu cuba masuk tp xboleh..agaknya sebab ramai sgt memollow tu lah agknya sampai berat blog ni ya...tahniah arini say dah blh terjah blog ni..TQ

    BalasPadam
  17. apepun pandangan en z..cma suka menerjah kesini..
    selamat berpuasa..

    BalasPadam
  18. salam sahabat

    Sahabat memang suka berbagi ilmu dan pendapat.Baik hati.Semuga diberkai hidup sahabat sekeluarga.

    Umi

    BalasPadam
  19. uhmm aku pun terpikir macam tu jugak, tapi aku tak buang terus.. hanya letak di tepi, di pages yg berlainan.. :D

    BalasPadam
  20. 'memollow'. hahahaahaa!!!!!

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum sdra...

    Moga sihat hendaknya..
    Saya masih juga memasang wiget followers tu, suka tengok..:)

    BalasPadam
  22. Salam Ramadhan,
    Menarik juga pendapat Zul, kembalilah kepada matlamat asal kenapa menulis blog kan bagus..

    BalasPadam
  23. salam
    memang betul tu
    saya sendiri dah lupa blog yang saya follow
    huhu

    BalasPadam
  24. saya pun terfikir nk buang je widget tu tk semua yg follow tu dtg balik ... saya sendiri byk BW dari search dan juga tempat komen

    BalasPadam
  25. buat masa ni nk kekalkan dulu. lagipun blog sya x banyak org follow sbb sya pun jarang klik kotak follow org(melainkan yg di inform di shoutbox. Sya pun suka org singgah dan komen d blog sya b'banding klik kotak follwer sya.

    pst: blog ni tersenarai dlm blog list sya :-)

    BalasPadam