Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam. Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 Julai lalu.
Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie. Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.
Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di pondok milik ahli perniagaan itu. Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara.
Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun lalu. Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan keluarganya di Perancis melalui e-mel.
"Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura," kata sumber itu. Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit. Tidak lama selepas itu suspek kedua pula di tangkap.
Mangsa di katakan menginap di chalet
dan penginapan ini sebelum hilang.
NOTA : Motif pembunuhan masih disiasat, polis juga menyiasat kemungkinan mangsa dirogol oleh suspek itu. Simpati buat keluarga si mati yang hanya ingin menikmati keindahan Pulau Tioman akhirnya ditemui mati dalam keadaan yang sebegitu. Kerana segelintir manusia yang bernafsu buas, mangsa di bunuh dan sudah pasti akan memberi sedikit sebanyak kesan negatif terhadap tahap keselamatan pelancong yang ingin ke Pulau Tioman nanti.
Sumber:
-Kosmo
-NST
kejamnye manusia sekarang..org kite plak tu..apela nk jd..
BalasPadamdunia sekarang semakin kejam..
BalasPadamtak paham tak paham..
semakin kurang perikemanusiaan..
Tragedi yang amat memalukan. Pengawalan macam-macam nafsu jelas amat tergugat hari ini. Salam bahagia.
BalasPadamsimpati pada satu nyawa..
BalasPadamadakah suspek itu org2 melayu yang islam agamaanya?? masyaALLAH apa nak jadi degn bangsa dan agamaku dan negaraku...?
Apabila ta'da rasa takut pada ALLAH...manusia tengelam punca!!!
kesiannyer...ape keteruk bebeno jantan keparat tuh!!!
BalasPadamkes ni member forensik kome pergi ke tioman semalam
BalasPadambila manusia berhati binatang
Kejam....
BalasPadamsalam..
BalasPadamabg zul.. lama betul ann tak jejak sini.. maaf dipinta..
sedihnya baca berita ni..memang tak berperikemanusiaan orang yg membunuh Stephanie Forey ni..
Perkara macamni harus dibenteras sebab akan mendatangkan imej negetif kat pelancong.
Salam Zul, kawan pelik asal rogol nyer bunuh :( nak rogol, rogol lah kalau larat nanggung dose apa jadah dibunuh.
BalasPadamsalam en.zul...
BalasPadamsahur ape pg td??
hurm...ksian kat mangsa ni... knp lah ade manusia2 yg berhati binatang mcm ni....sungguh kejam!
semoga jenayah ini bukan dilakukan oleh warga kita huhuhhhh
BalasPadamSalam sahabat
BalasPadammemalukan
Selamat berpuasa,,moga hari ini lebih baik buat saudara dari hari terdahulu.
Umi
salam, satu gambaran buruk perangai sesetengah rakyat kita yang tak ade akai....
BalasPadamdah takde menda nak buat gamaknya manusia hari ni.. bunuh sajeeee
BalasPadamsaya penduduk yg tinggal di tioman juga merasa terkejut dg brita ini.Tak sangka orang yg lakukan ini adalah orang melayu kita.harap kes ini tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke tioman.ini satu kes terpencil.
BalasPadamhuh"tekejut besar sy tedengar berite cmni rupe.x sangke ari2 tgok muke dia tibe2 dia yg wat keje ni..haihhhh"dunia2?
BalasPadamtak sangka betul.... ini memberikan satu kambing hitam di tempat sana..
BalasPadamkes ini bukan kes kecil, sekarang nie sedang diulangtayang di luar negeri berkali-kali.
BalasPadamkesian kepada si mangsa..tidak kira apapun agama atau warna kulit beliau,kerana kerakusan segelintir manusia yg cetek pemikiran ,sanggup bertindak tampa berfikir.membunuh dah menjadi trend masa kini untuk menghilangkan bukti..semoga ramadan 2011 ini membawa kesedaran kepada kita umat islam agar tidak dipandang serong oleh agama lain hanya kerana kebodohan segelintir dr kita....
BalasPadamItulah, sejahat-jahat perbuatan, akhirnya terbongkar juga, harap pembunuhnya dihukum mati dengan kadar segera.
BalasPadamAku nak penjenayah tu dibakar hidup-hidup pastu abu tu tabur kat tengah laut baru puas hati aku..
BalasPadamTakder polis ke kat pulau tioman nun? Kalau jadi apa2 kat pelancong lagi lepas nih sapa nak tanggung ..apak hang?
BalasPadamDah rogol pastu gabra takut pelancong tu report polis tuhnye dia bunuh. Memang tamadun tak cukup punya anjing.
BalasPadamBanyak sangat sampah binatang macam nie berkeliaran kat tioman. Muka macam buragas belakang bas. Ptuih..
Memang bodoh punya manusia....ingat lah sikit orang lain pun nak hidup juga....kalau tak boleh kawal nafsu...tangan kan ada...lancap je la....nape nak rogol pastu bukan anak jantan...plak...takut...kasi bunoh plak.....bodoh..otak ko kat bontot la..
BalasPadamhmmm..tula orang kata makan belacan tu ala sikit cukup la....sekarang dah gatal....kecik kecik tak nak mampus....sekarang menyusah orang...
BalasPadam