Seksikah Bila Berbadan Melebihi Berat Sepatutnya?





KETIKA orang lain bertungkus-lumus mahukan bentuk badan kurus, Susanne Eman memilih sebaliknya. Beliau kini mempunyai berat badan 330 kilogram, Susanne masih belum puas untuk mencapai impiannya  menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Berasal dari Arizona, Amerika Syarikat, Susanne, 32, berharap mencapai separuh daripada berat impiannya itu menjelang akhir tahun ini. Menurut Susanne, berdasarkan perkembangan semasa, dia yakin berjaya mencapai berat 730 kilogram ketika berusia 41 atau 42 tahun kelak.



Ibu tunggal yang kini membesarkan dua anak itu percaya, dia kini benar-benar bersedia mengambil alih tempat Donna Simpson, 43, dari New Jersey, sebagai wanita paling gemuk di dunia. Berat Donna yang dicatat dalam rekod dunia ialah 317.5 kilogram.

Tindakan Susanne mahu terus menambah berat badannya memang mencetuskan polemik kepada peminat wanita berbadan besar. Matlamat akhir Susanne ialah mencapai berat badan 730 kilogram dengan mengambil pelbagai makanan sekurang-kurangnya 20,000 kalori sehari.

Kata Susanne, dia tertanya-tanya jika ada manusia mampu mencapai berat badan satu tan. Rekod wanita paling berat di dunia ialah 730 kilogram.“Untuk mencapai impian, saya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya berat sama seperti itu,” katanya.

Di sebalik tubuh badannya yang besar itu, Susanne percaya dia mampu kekal sihat walaupun mengambil makanan berkalori tinggi.Semakin saya gemuk, semakin saya rasa yakin dan seksi".

 
NOTA : Itu pendapat Susanne Eman dan beliau bersungguh-sungguh untuk mencapai impian beliau menjadi wanita paling berat di dunia dan bangga serta merasai seksi. Pada realitinya jika berat badan anda melebihi had yang sepatutnya, pelbagai kompilasi penyakit boleh hinggap di badan anda. Antaranya penyakit jantung dan kencing manis. 
Selebihnya kalau kita mempunyai berat badan yang berlebihan saya rasa banyak masaalah sampingan lain akan kita hadapi, contoh sukar mendapatkan tempat di dalam kapalterbang, sukar jika tinggal di rumah bertingkat untuk turun naik dan sebagainya. Apa kata anda? Wassalam.


Sumber:
Yahoo News
My Metro

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Ogos 22, 2011

32 Komen:

  1. bahaya ni.. terlebih berat badan.. banyak risiko akan ada penyakit.. pelik2 orang sekarang ni..

    BalasPadam
  2. Mmg tidak setuju dengan wanita ini, bukan sahaja tidak seksi tetapi membahayakan kesihatan, tak faham betul la dengan 'cita-cita' dia! :(

    BalasPadam
  3. Salam sahabat

    Sengal
    Jangankan nak naik tangga, jalan pun nanti dia tak boleh, habis camno.

    Apa punca dia jadi camni.Nak attention kot.

    Selamat berpuasa buat sahabat sekeluarga.Terima kasih berkongsi cerita ini.

    Umi

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Moga saudara beroleh kesihatan yang baik..
    Kalau saya naik sekilo pun dah rasa semput nak berlari..:)

    Selamat berpuasa..

    BalasPadam
  5. tak seksi lgsung..pelik2 omputih ni..org punya lah nak jaga kesihatan dia pulak saja menempah bahaya..menyeksa diri sendiri je..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama22 Ogos, 2011

    http://wanwidget.com/
    seksi apanya, malu ada la, nak cari saiz baju atau apa apa, akan buat kita rasa x konfiden malah dapat penyakit.

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Zul

    Jika berlaku pada diri kak bagaimana nak support tulang belakang ni.. sekarang pun perlu buang banyak kilos lagi ni...

    BalasPadam
  8. Salam Encik Zul..
    macam2 la skank ni..
    saya hari2 fikir mcm mne nk kurangkan lagi berat badan walaupun org cakap dah ok.. dia lagi nk tambah.. huhuu.. bila dah besar mcm tu, semua aktiviti akan terbatas..

    BalasPadam
  9. Bila lihat badan minah ni jadi terbantut pula nak tambah berat badan..takut pulak jadi camtue nanti nak masuk kete pun x muat cam ner huhuhu...

    BalasPadam
  10. ishhhhhhhhh pelik betul impian dia.....

    BalasPadam
  11. Nampaknya dia ni obses dengan kegemukan!

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama22 Ogos, 2011

    Assalamualaikum Zulkbo,

    Manusia ni memang tak pernah puas dengan ciptaan Allah.

    Dah sakit besok baru ni tau....

    BalasPadam
  13. begitulah uniknya manusia walaupun hakikatnya saya tak faham kenapa beliau pilih jalan begitu.
    bukan setakat mendatangkan masalah begitu begini seperti yang en zul katakan, ianya ibarat mempertaruhkan nyawa sendiri semata-mata untuk 'memecah rekod' yang org normal tak mahu terlibatpun.

    BalasPadam
  14. boleh bawak penyakit tu...:)

    BalasPadam
  15. Macam ni punya manusia pun ada. Apa yg kita boleh belajar. Bila kita Redha pasti kita gembira dalam apa juga situasi.

    BalasPadam
  16. Salam Zul, macam kuih BOOM aje :) Jadikanlah makan utk hidup, jangan hidup utk makan yak.

    BalasPadam
  17. sy plak BMI terkurang..doc siap suruh makan byk lg huhuhhhh

    BalasPadam
  18. idop tak serupa orang sebab kejanya makan je untuk menambahkan berat... semakin sakit jiwa manusia

    BalasPadam
  19. Cuba bayangkan kalau dibelakang kita ada beban 5-6kg yang kita bawa kemana-mana for nothing. Jaga kesihatan itu penting

    BalasPadam
  20. huhuhu mcm dlm dunia..apa2 pun seksi ke tak itu subjektif bg W.R
    hihihi..kadang2 ada seksa dr sexy hihi..:)

    BalasPadam
  21. Risau pnyakit ngn myusahkan
    org je klw gemok2 nei.. huhu~

    BalasPadam
  22. salam en z..

    huhu...gemok??seksi?klu dah obes camtu seksi ke?
    bersyukurlah dgn ape yg ade..
    huhu..

    BalasPadam
  23. lama tak singgah sini...... masih tak cukup berat bangkali

    BalasPadam
  24. Akak ni dah try segala jenis diet, tak menjadi jugak..dia pula nak tambah lagi berat badan..adoii, tak takut serangan penyakit ke dik?

    BalasPadam
  25. Nak menjemput semua rakan2 blogger Pahang hadir ker rumah sempena dengan raya ini ok sama2 meraikan hari bahagia kita.. Selamat Hari Raya..

    BalasPadam
  26. Ayoo...
    Kerja gila nak tambahkan berat badan..
    Berat bertambah,sakit pun bertambah...

    BalasPadam
  27. salam
    tu menyeksa namanya nih

    BalasPadam
  28. Macam-macam ragam manusia ni ya...

    BalasPadam
  29. Assalam..
    Fuyoo...gemuknya dia...
    Silap2 tak boleh nak berjalan nanti sebab berat melebihi had, tapak kaki tak mampu nak bertahan...

    BalasPadam
  30. salam
    memang pelik dan terbalik
    sakit tu bila nak naik tangga

    BalasPadam
  31. BMI paras normal, hehehe..tak nak lah nak jadi gemuk sebegini semata2 untuk pecahkan rekod...

    BalasPadam
  32. whoaaaaa.............
    xmo gumuk2 cm nie!
    tencion idop...

    BalasPadam