Resepi Juadah Berbuka Puasa



Salam Ramadhan ke-10 semua, masih belum terlambat untuk blog ini mengisahkan tentang resepi juadah berbuka puasa buat semua pembaca di blog ini. Pasti ramai di kalangan anda yang memilih untuk hanya membeli juadah berbuka puasa di bazar-bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan tak kala menjelmanya bulan penuh barakah ini.

Tetapi saya pasti, buat suri rumah mahupun mereka yang suka memasak, air tangan dari masakan anda sendiri  akan menjadikan hubungan yang lebih akrab dan mesra buat seluruh ahli keluarga dan anda. Seandainya makan makanan yang di masak sendiri, seperti kata orang tua-tua, menambat hati suami adalah dengan makanan yang di masak oleh isteri sendiri, tak gitu?

Realiti blog saya bukannya sebuah blog yang menyediakan resepi berbuka puasa buat anda.Tetapi ada di kalangan rakan blogger saya, yang setiap hari menyediakan resepi berbuka puasa dengan resepi-resepi menarik. Ini  pasti akan membuatkan berbuka puasa anda hari ini bersama ahli keluarga, dengan pelbagai juadah yang membuka selera.

Anda di jemput melayari laman blog rakan blogger saya yang menyediakan juadah berbuka puasa yang sangat menarik dengan resepi berbuka puasa ala tempatan dan terdapat jua resepi-resepi masakan barat yang saya jamin menjanjikan kepuasan buat anda. Apa kata kita ke sana, selamat memasak dan berbuka puasa :)





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 10, 2011

18 Komen:

  1. Kalau boleh menyediakan sendiri tentunya lebih baik daripada membeli..

    BalasPadam
  2. Salam Zul, kawan tak boleh nengok blog kita mudah lapar hehehe:)

    BalasPadam
  3. Salam..

    Sekarang dah mudah nak cari resepi x mcm dulu2..cuma nak dgn x nak je

    BalasPadam
  4. Salam encik Zul...
    saya pun suka blogwalking tentang resepi tuk bulan puasa ni.. untuk cari kelainan..

    BalasPadam
  5. salam..
    wowwwww.. laparnye...
    ann memang suke sangat masuk blog2 masak ni :D

    BalasPadam
  6. salam en.zul...
    sihat ke??
    nak berbuka ape ptg ni agaknya....

    hurm...yela..klu boleh buat sendiri lg baik...
    xperlu nak beli hr2...

    BalasPadam
  7. SALAM,
    MAKAN KUIH DAN CUKUP KENYANG ! MACAM2

    BalasPadam
  8. bagus abe zul promosikan blog depa

    BalasPadam
  9. terima kasih utk prkongsian ...

    memasak sndiri jauh lebih puas dr mmbeli ... dahlah duit byk habis,tp xpuas rasenyer

    BalasPadam
  10. dugaan woo tengok website resipi ni..especially time tengahari macam ni..tengok petang2 sikit lah..hehe...

    BalasPadam
  11. salam,
    yang penting eratkan hubungan kan?
    tak kisahlah air tangan isteri atau suami kan?
    :D

    BalasPadam
  12. air tangan isteri sedap di dengar tetapi bg isteri yg bekerjaya...memang x sempat ak buat semua tu..kekangan masa dan tenaga.Hari cuti mungkin boleh..

    BalasPadam
  13. Assalam..
    Kalau dapat masak sendiri, memang bonus la buat si suami. Yang beli tak terjamin mutunya...

    BalasPadam
  14. Sekarang nie dah mudah semua di hujung jari , yang x tahu pun boleh tahu...

    BalasPadam
  15. kami sekadar berbuka dengan apa saja yang ada.
    kurma dan air kosong adalah menu 'wajib'
    jengok2 blog makanan dan tengok makanan menjelang waktu berbuka begini boleh menyebabkan air liur penuh di mulut :)

    BalasPadam
  16. Salam sahabat
    Allah sahaja yang dapat membalas budi baik sahabat.Umi doakan sahabat sekeluarga dibawah rahmat dan lindungannya.
    Terharu sangat,mengalir air mata Umi.

    Jazak Allah Khairan sahabat
    Umi

    BalasPadam
  17. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    @UMIEHONEY
    Ukhwah sesama blogger
    moga anda di rahmati
    Allah selalu hendaknya
    :)

    BalasPadam
  18. lebih suka masak sendiri, yang beli biasanya ada saja rasa yang tak cukup...

    BalasPadam