Ramadhan Juga Menjadikan Kita Kedekut Dan Tamak




Salam semua, seolah  menjadi suatu tradisi pada setiap kali bulan Ramadhan, kita akan fikirkan tentang apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur dengan kecurnya air liur dan selera yang besar kan?

Tidak hairanlah kalau PARAM@bazar Ramadhan tumbuh bagai cendawan busut selepas hujan sepanjang bulan Ramadhan, manakala setiap gerai pula rata-rata dikerumuni pelanggan ibarat semut mengerumuni gula yang tumpah dari bekasnya.

Meniagalah apa sahaja, termasuk  pucuk ubi kayu atau sambal ikan bilis, acar timun, celur jantung pisang, ikan kering bakar dan pelbagai jenis makanan yang dianggap lekeh dan tidak munasabah untuk diniagakan pada bulan-bulan biasa, semuanya laris pada bulan puasa ini.

Tak kurang juga ramai peniaga di bazar Ramadhan yang seolah tamak dalam perniagaan dan hanya mencari keuntungan semata. Ambil contoh saya ke bazar Ramadhan semalam apabila saya ingin membeli juadah berbuka puasa, sambal ikan bilis yang kelihatan sedap tak kala perut tengah lapar itu.

Ingin di jadikan cerita, anak si penjual yang memasukkan ke dalam plastik juadah tersebut yang saya mahukan sebanyak RM2 sahaja, telah memasukkan lebih dari sepatutnya. Ditegur oleh si penjual dan dengan selamba di kurangkan jumlahnya semula.

Di sini sikap kedekut dan tamak dalam perniagaan jelas kelihatan, apa salahnya di sedekahkan sahaja lebihan tersebut yang telah pun berada dalam plastik itu. Belum lagi di kira  komen isteri saya di rumah yang sambal tersebut macam sudah basi.

Sekali gus bulan Ramadhan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh buat para peniaga juadah di bazar Ramadhan. Ada peniaga yang berkata, berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.

Di samping niat menambah pendapatan keluarga amal ibadah jangan di lupakan. Bersedekah adalah amalan yang mulia, lebih lagi di bulan penuh barakah ini. Menjamu orang berbuka, pahalanya sama dengan pahala orang yang berbuka juga. Wallahualam.

NOTA: Terima kasih Umihoney yang selalu ingatkan saya, award kedua dari  beliau sejak saya berblogging. Amat saya hargai dengan rasa rendah diri. Walau belum pernah bersua muka, ukhwah terjalin ibarat macam sudah kenal lama. Semoga anda sejahtera dan di berkati Allah selalu seisi keluarga.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 20, 2011

30 Komen:

  1. salam boleh minta email tak?

    BalasPadam
  2. assalam zulkbo

    Kalau perangai peniaga macam tu, alamatnya sekali itu saja lah saya singgah dekat gerai tersebut.
    Yg selalu saya terkena bila nak beli sesuatu juadah / lauk dan minta dalam RM2 hinggit, dengan muka yg tak berapa comel, peniaga tu tak nak jual. Apalah salahnya jual ( walaupun letak dgn kuantiti yg sedikit dan bagi tau dekat kita kenapa dia letak dalam kuantiti yg sedikit ). Kita bukan nak makan banyak sangatpun bila berbuka / sahur.

    BalasPadam
  3. Salam sahabat

    Begitu senang mencari pahala jika mahu,malangnya hanya nampak $$$

    Tahniah sahabat.Selayaknya sahabat menerima award ini.Umi iringi doa supaya sahabat lebih sukses dan murah rezeki sekeluarga.

    BalasPadam
  4. berniaga dan beramal adalah lebih baik kan..
    senang2 je dapat pahala..

    BalasPadam
  5. pembaziran selalu berlaku..
    kadang rasa x cukup tp sebenar berlebih-lebihan.. sop mmg susah nak beli2.. takut bazir..

    BalasPadam
  6. salam en.zul...
    semoga sihat2 di hujung minggu..
    dh shopping raya ke??

    hurm...btul tu en.zul..mcm2 perangai peninaga PARAM ni.... ade juga yg kedekut dgn senyuman wlupn kita beli kat gerai mereka...

    BalasPadam
  7. salam..em,mmg tak patut sgguh buat mcm tu..tp disebabkan tamak..mmg manusia boleh jd mcm tu..

    mmg bulan puasa ni peniaga mcm pentingkan dri sendiri,tp tetap ada yg baik juga..selalu jual makanan dah nak basi..diorg suka simpan juadah hari2 smlm utk dijual..mmg tak patut sgguh..

    BalasPadam
  8. Salam Zul dimana pun sama ditmpt saya juga tidak terkecuali... bender seumpaman ini terkadang membuat saya kurang minat utk membeli di bazar ramadhan. Buat sendiri lagi puas hati.

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum Zul

    Itulah pentingnya kan jika mereka berilmu dan mengamalkan ilmu mereka, jadi bila berniaga bukan hendak untung di dunia sahaja..

    BalasPadam
  10. Semoga para peniaga lebih banyak bersedekah di bulan mulia ni

    BalasPadam
  11. ...kerana belum benar-benar dapat menghayati Ramadhan, maka ramai yang melepaskan peluang meraih ganjaran hakiki dar Illahi.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama20 Ogos, 2011

    Assalamualaikum Saudara Zulkbo,

    Tahun ni akak bernasib baik sikit sebab Allah berikan kekuatan boleh masak sendiri juadah berbuka (simple jer) dan sahur. Jadi tak sangatlah ke Bazar Ramadhan.

    Cuma kadang2 kirim pada anak beli 'kuih pelita'.

    BalasPadam
  13. salam - tahun ni peniaga PARAM kurang sorang pelanggan....ada hubby tanya nak beli tak kuih kat PARAM - saya kata tak payah !!! melainkan kalau dia nak makan murtabak kat kawannya tu okey lah...lain2 tak payah nak membazir...diorang kuih pun buat pagi2 hari - kita pulak nak makan petang2....baik lah buat bukannya lama benar...

    BalasPadam
  14. bulan puasa ini alhamdulillah baru sekali sahaja ke PARAM... perangai peniaga yang kononnya nak cepat kaya, tapi percayalah , tak lama mana nya rezeki orang kedekut ni.

    BalasPadam
  15. disebabkan pernah terkena kes yang hampir sama, saya beli hampir makanan yang serupa dan kepada peniaga yang biasa..

    selebihnya masak sendiri, sedap tak sedap tiada yang merungut berbanding yang dibeli tapi rasanya menyebalkan hati masa berbuka..

    selamat berpuasa dari rain

    BalasPadam
  16. Bulan ramadhn ni sya berada di luar daerah (bukan kt rumah sndiri). Jadi byk kali la pegi PARAM. alhmdulilh kt tmpt ni ada beberapa juadah yg kena dgn selera sya.Hg pun ok(lokasi luar bdr pun!). kalu terkena yg tak sedap, itu bukan rezeki sya. jd keesokkan harinya sya tak de la beli situ lagi.
    pst: tak patut la peniaga tu buat mcm tu depan2 pelanggannya.

    BalasPadam
  17. assalam..

    brniaga dgn ikhlas lbih baik, Allah maha mngetahui

    BalasPadam
  18. Ramai juga blogger yang terkena penangan peniaga bazar ni ye. Nak kaut untung pun agak2 la. Takkan sedekah seringgit dua pun tak boleh. Kalau dapat makian dari customer... insyallah rezeki yang dia dapat tu cukup bulan ni habis la.. takkan ke mana punya..

    BalasPadam
  19. kebanyak peniaga ramadah lah bulan mengaut untung berlipat ganda tanpa kira soal pahala ke sedekah ke janji untung

    BalasPadam
  20. Beli apa yang perlu sahaja bila ke PARAM...

    BalasPadam
  21. mmg ada peniaga yg kedekut dan tamak, saya beli cendol di bazaar ramadhan rupanya tak ada cendol didalamnya. banyak ais je. grrr!

    BalasPadam
  22. salam encik Zul..
    baru sekali ke bazar Ramadan..
    keesokan hari sakit perut..
    dah naseb saya dan rezeki peniaga tu..
    arap2 mereka semua lebih prihatin dalam hal ni..
    lgi seronok masak sndri.. insyaAllah terjamin..

    BalasPadam
  23. Assalam...
    Saya pun ada sekali terkena kuih basi...Rasa macam dah serik nak membeli kuih lagi..

    BalasPadam
  24. Salam, bulan puasa nie adalah dalam 4-5 kali pergi, last dah kot, xpegi dah lepas nie, anak makan makanan kat param jadi muntah2 dan cirit, tambahan pulak time tu dia semam, bertambah2 lah tak sihatnye dia, 4 hari juga duk dalam wad pediatrik :'(


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  25. salam
    nampak macam tak biasa berniaga je tu, bro
    takut rugikah?

    BalasPadam
  26. salam..
    kadang2 sakit hati juga dengan sikap penjual yang hanya tahu mengaut keuntungan. harga tidak setimpal dengan barangan yang dijual..

    BalasPadam
  27. pernah beli air tebu,masa berbuka tak boleh minum sebab masam.mungkin air tebu semalam yang sudah basi.....

    selamat berpuasa.

    BalasPadam
  28. Kalau cerita pasal bazar Ramadhan sudah rasa tawar hati kerana pengalaman pahit beli juadah yang saya rasa tidak layak dipanggil juadah(merujuk bukan semua bazar Ramadhan).

    BalasPadam
  29. Salam Zul..

    Memang x patut diaorg buat mcm tu..naya kat pembeli..eloknya ko bawa balik sambal tu beri kat dia suruh dia rasa

    BalasPadam
  30. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam