Nyaris Mati Bunuh Diri Dan Twitter Menjadi Penyelamat





Durban (AFP) - Seorang wanita Afrika Selatan yang menghantar mesej untuk membunuh diri di Twitter telah diselamatkan oleh orang ramai di internet yang melihat tweet beliau, cuba untuk menjejaki beliau dan meyakinkan beliau agar tidak mencederakan dirinya, menurut media.

Seorang wanita yang hanya dikenal pasti sebagai Gina dan juga ibu kepada dua orang anak dari Durban, Afrika Selatan mula membuat ancaman bunuh diri pada hari Jumaat, akhbar The Star melaporkan.

Tweet yang paling menggemparkan itu telah dihapuskan pada hari Isnin, tetapi laman web Memeburn Afrika Selatan, melaporkan melalui berita internet, berkata beliau mencatatkan satu siri mesej termasuk:

"Please don’t save me, I just didn’t want to die alone. God almighty to forgive my final sin, love my angels, forgive my humanity, take my pain away," (jangan selamatkan saya, saya hanya  mahu mati sahaja, meminta Tuhan untuk mengampuni dosa terakhir saya, memaafkan kemanusiaan saya dan angel mengambil kesakitan saya") antara twett beliau  tersebut.

Mencemaskan pengikutnya di laman Twitter, mereka mula menggerakkan bantuan untuk membantu mencari wanita dalam usaha untuk menghalang beliau dari membunuh  diri di samping mula membalas twett mesej kasih sayang dan sokongan pada beliau.

Pengguna Twitter retweeted nombor telefon bimbit wanita tersebut dan melalui butiran alamat rumah berusaha untuk mengesan beliau. Dua orang kawan di Durban sanggup memandu jauh dengan pencarian melalui "geopositioning" telefon pintar, berkata Memeburn.

Polis dan Netcare 911 juga di hubungi sebagai dalam usaha menyelamat itu. Selepas beberapa jam, wanita itu ditemui dan bapanya dan melaporkan bahawa dia selamat.

"Gina selamat di rumah, dan beliau sangat sedih, kita akan cuba mendapatkan bantuan kaunseling. Beliau telah melalui beberapa perkara yang sukar akhir-akhir ini, selain kehilangan kerja juga hak jagaan dua orang anaknya setelah  perceraian,  serta melalui kemurungan untuk jangka masa yang lama",  menurut bapanya lagi kepada The Star.


NOTA : Moralnya di sini, keprihatinan orang ramai menarik perhatian saya. Kesungguhan mereka dalam usaha memujuk wanita tersebut hingga berjaya membatalkan niat wanita tersebut dari membunuh diri. Terasa simpati pada mereka yang mempunyai masaalah dan tidak jumpa jalan keluar sampai sanggup membunuh diri. Langkah beliau meluahkan perasaan melalui Twitter akhirnya menjadi penyelamat atas keprihatinan masyarakat yang lain. Harapan saya tidaklah terjadi di sini pula nanti, begitu jua pengikut saya di Twitter amnya. 



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 02, 2011

12 Komen:

  1. Teknologi boleh menjadi penyelamat nyawa..

    BalasPadam
  2. Macam2 hal la , pasni ramai la orang yang buat camtue jadikan facebook or twitter sebagai penyelamat..adoi

    BalasPadam
  3. erm..baguslah kalau selamat...jan pulak nanti ada yg tiru aksi ini tp x kena selamat..lepas tu kasi salah tweeter atau memana laman sosial

    BalasPadam
  4. Selain menambah lagi member network, ada jugak kegunaan lain twitter nie.Termasuk menyelamatkan nyawa.

    BalasPadam
  5. kemurungan... sama kes dengan yang membawa kematian pada saudara kita yang nak tukar jantina baru-baru ni

    BalasPadam
  6. sekarang ni dunia semakin moden,
    keadaan kehidupan yang rumit dimasa skang menyebabkan ramai yang makin tetekan,
    harap dibulan ramadhan ini kita dapat lebih mendekati diri kepada Allah SWT..

    BalasPadam
  7. Salam sahabat

    Kesian dia. Takda kerja takda anak2,mesti sedih tak terhingga.Putus harapan.

    Alangkah beruntungnya kita punya senjata dan pelindung iaitu iman yang memberi harapan walau seburuk mana pun keadaan. Meringankan beban sesama insan besar ganjarannya. Memburuk2 dan memandang hina sesama insan juga besar balasannya. Semoga kita senantiasa memegang erat tangan2 saudara seagama kita walau sebesar mana dosa mereka.

    Selamat berpuasa.
    Umi

    BalasPadam
  8. Mmg payah kalau kena penyakit rasa nak membunuh diri nie :)

    BalasPadam
  9. Assalam...
    Macam2 dunia sekarang ni kan...

    BalasPadam
  10. salam teknologi terkini + sifat kemanusia = dapat menyelamat nyawa.

    tapi sebaliknya banyk guna ke arah...

    BalasPadam
  11. Wow!! Twitter jadi penyelamat pulak...ini la kerana kita sama-sama manfaatkan pengguna teknologi kepada kita sehingga hari ni

    BalasPadam
  12. Ni kes sama cam mamat Cina dulu tuh, cuma bezanya dia guna Twitter dan sempat diselamat kan..
    So kene prihatin..
    Ada masalah kawan2 twitter kan ramai DM sajor :)

    BalasPadam