Salam semua, berbuka di tempat kerja hari ini untuk mengelakkan trafik jem. Memandangkan saya kerja sehingga jam 6.30 petang, confirm nanti berbuka di jalanan pula. Anda tahulah keadaan trafik KL terkini memang jem sepanjang masa, kena pula bulan puasa ni.
Seperti biasa, saya berbuka simple je dengan sebiji kurma dan air teh suam, lepas tu solat maghrib di surau berhampiran sebelum mencari juadah untuk berbuka dengan makanan yang agak heavy. Ermm..ini pilihan saya hari ini, Nasi Briayani Kambing Johor.
Erpppp...alhamdulillah, dah kenyang (syukur nikmat Allah). 8.30 malam baru nak start enjin kereta pulang ke rumah. Jika tiada aral saya singgah di mana-mana masjid solat tarawikh. Kalau tidak, hanya bertarawikh bersama isteri di rumah. Wassalam.
waaahhh...bestnya nasi tuh.....tapi,berbuka bersama keluarga lagi best..moga selamat sampai ke destinasi...
BalasPadamSelamat berbuka puasa bro.Selamat berpuasa juga saya ucapkan.
BalasPadamsalam,
BalasPadamselamat berpuasa..
semoga amal ibadat berlipat ganda..
meh pekena nasi goreng ikan bilis..
Assalam...
BalasPadamSedap tu...
mak mertua saya buat rendang ayam, ikan merah sumbat sambal dan saya hanya masak sup sayur...
Tapi rendang je yg saya sentuh...
Begitulah nampaknya nasib orang bekerjaya..tapi memang ramai yang melaluinya apatah lagi tinggal di ibukota...tak sempat nak berbuka di rumah.tetapi itulah dugaan sebenarnya.
BalasPadamSalam Zul.. sunyi juga kalau berbuka sesorang nie :(
BalasPadamdi mana jua pun boleh berbuka...tahniah ! anda telah berjaya menjalani ibadah puasa hari ini
BalasPadamsedapnyer..slmt berpuasa esok!!..:P
BalasPadamSalam sahabat
BalasPadamBest nasi tu
Selamat bersahur bersama keluarga
Al Hamdulillah yg penting sempat menunaikan segala tuntutan atas kita :)
BalasPadamassalam zulkbo
BalasPadamSekali sekala pekena nasi beriani berlaukkan kambing sedap juga cuma x bleh diamalkan selalu. saya ada darah tinggi tapi kebiasaannya saya berbuka dengan kuih saja. Sahur baru makan nasi. sudah terbiasa sejak dari kanak2 lagi.
:) Sedap tu.. cuma tidak digalakkan makan selalu.
BalasPadamsalam
BalasPadamalhamdulillah syukur
rezeki ada kat mana2 di rumah atau di tempat kerja
hati2 memandu, bro
nampak sedap.. nasib baik malam2 datang.. kalua tak terliur lah jawabnya
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya..
Nampak gayanya di penghujung minggu jer sdra dapat berbuka di rumah erk... selamat berpuasa
assalamualaikum abg zul..
BalasPadamselamat berpuasa di pagi 2 ramadhan ya :-)
KL sesok sokmo weh.Kene pulok time balik kerje.Letih la nok nyampei ke rumoh....
BalasPadamSalam bro. Koi smpai ke rmh tepat masa org azan semalam.Berbuka dgn buah anggur je dulu. Balik kampung ujung mggu, kul 5pm dari temerloh. Masuk KL je, jem kepala koi nengok kete byok sgt..huhu..
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
Selamat berpuasa sdra Zulkbo. Begitulah kehidupannya bila kita bekerja utk mcari rezeki.
BalasPadam