Mayat Pelajar UIA Dari Afrika Ditemui Seminggu Meninggal Dunia Dalam Asrama






Sekali lagi Mahallah Bilal UIA di gemparkan dengan kematian seorang lagi pelajarnya selepas kejadian yang lebih kurang sama beberapa  tahun lalu. Seorang pelajar Ekonomi dari  Guinea Afrika ditemui seminggu meninggal dunia di biliknya di Mahallah Bilal, UIA Gombak.

Ada sumber mengatakan bahawa juru cuci asrama mensyaki sesuatu berlaku apabila melihat dari luar tingkap cermin bilik  di penuhi lalat. Pelajar itu, Mamadou Aliou Diallo, 25 tahun   sudah seminggu meninggal dunia tanpa diketahui kerana tinggal bersendirian setelah teman sebilik balik kampung untuk cuti semester.

Pelajar berkenaan sebelum ini menghuni Mahallah Uthman ditukarkan ke Mahallah Bilal disebabkan pengubahsuaian Mahallah Uthman. Beliau mendapat serangan epilepsy semasa ketiadaan rakan sebilik. Ada sumber mengatakan beliau sering mendapatkan rawatan akibat penyakit ini di klinik universiti.

Takziah buat ahli keluarga beliau di Guinea yang sudah tentu mengharapkan kepulangannya membawa ijazah tetapi apakan daya, beliau pergi dulu menghadap Allah kerana itu janji Allah. Moga roh beliau ditempatkan di kalangan  orang-orang yang soleh sempena  bulan yang penuh keberkatan  ini..

الفتحة



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 02, 2011

8 Komen:

  1. Salam Zul, alfatihah dan takziah juga.

    BalasPadam
  2. salam
    Al Fatihah jugak dari kome

    BalasPadam
  3. Sallam En Zul,

    Al Fatihah buat pelajar itu,
    Sallam Takziah buat keluarganya.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama02 Ogos, 2011

    http://wanwidget.com
    kesian dia, harap pihak berwajib di uia sentiasa peka dengan kehadiran pelayar ker kuliah

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama03 Ogos, 2011

    Aslmkm.
    Al Faatihah.
    Sedih ya. Pengidap epilepsi mesti ditangani dengan segera bila mendapat serangan. Tapi sudah begitu ketentuan baginya.

    SELAMAT MENYEMARAKKAN RAMADHAN AL MUBARAK 1432H.

    BalasPadam