Kisah Babi Hutan Dan Peneroka Felda

 



FELDA KOTA GELANGGI 03 - Seorang peneroka dari Felda Kota Gelanggi 03, dekat sini, berdepan sejarah hitam apabila isterinya maut dalam satu kemalangan, sementara dia pula mengalami kecederaan parah.

Mangsa, Harun Mat Ali, 60-an, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, manakala isterinya, Rohani Sulaiman, 46, maut di tempat kejadian setelah tercampak dari motosikal ditunggang akibat dirempuh babi hutan.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi Ahad lalu, ketika pasangan berkenaan dalam perjalanan untuk ke kebun mereka.

Saksi kejadian, Noorul Amin Midun, 28, berkata, dia memotong motosikal mangsa ketika dalam perjalanan menghantar enam pekerjanya untuk ke kebun di Kampung Bukit Nikmat, dekat sini.

Menurutnya, selepas beberapa meter melepasi mangsa, seorang pekerja saya memberitahu dia ternampak mangsa dilanggar seekor babi hutan.

(SINAR HARIAN-edisi Pahang)



Takziah buat keluarga Allahyarhamah yang meninggal dunia. Semoga di tempatkan di kalangan yang beriman dan solehah. Pengalaman saya sewaktu remaja dahulu di Jengka juga memang banyak bertembung dengan binatang di kenali sebagai babi hutan ini. Memandangkan Jengka sendiri di kelilingi hutan maka, penduduk dan babi-babi hutan ini ibarat hidup dalam satu kawasan . 

Yang menghairankan sewaktu kawasan rumah tidak berpagar seperti sekarang, asal malam hari sahaja berkawan lah babi hutan datang bertandang ke kawasan perumahan mencari makanan dari sisa makanan yang di buang di tong sampah. Acapkali juga saya terserempak dan nyaris bertembung apabila pulang lewat malam. 

Khabarnya juga babi hutan ini turut memakan ayam ternakan, itulah yang saya dengar sewaktu masa dahulu, tapi tidak pula pernah saya melihat dengan mata saya sendiri. Berkemungkinan binatang ini kelaparan? Adakah sumber makanan mereka di hutan berkurangan atau tersesat sehingga sampai ke kawasan perumahan?

Babi-babi hutan ini memang terkenal dengan rempuhannya. Binatang ini apabila bergerak selalunya berkumpulan dan berjalan lurus, maka semua halangan di hadapan mereka pasti akan mereka rempuh sahaja tanpa peduli dan merbahaya kerana turut mempunyai taring yang tajam yang boleh membunuh jika tertusuk.

Bilangan babi-babi hutan ini semakin berkurangan dari hari ke sehari apabila ianya mula di tembak oleh pemburu-pemburu bukan islam untuk di jadikan sajian istimewa mahupun untuk di jual. Daging babi hutan ini juga di anggap makanan exotik dengan harga yang mahal dan mendapat permintaan tinggi.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 18, 2011

18 Komen:

  1. al fatihah

    teringat cite kat kampung babi gigit tangan kawan kome masa menoreh getah :)

    BalasPadam
  2. Takziah diucapkan.. memang malang tidak berbau. Al-Fatihah..

    BalasPadam
  3. Salam Zul, nak goner malang tak berbau yak Alfatihah dan Tazkiah.

    BalasPadam
  4. al fatihah utk arwah....

    babi hutan nie mmg pengganas..rupa pun dh ganas huhuhhhh

    BalasPadam
  5. salam sahabat,

    maaf jika saya ada tersalah kata dan menyinggung kamu.
    saya doakan kamu sentiasa dirahmati Allah swt selalu. amin

    wassalam

    BalasPadam
  6. ada juga orang kita yang tolong jual kat apek tu

    BalasPadam
  7. al-fatihah~
    teringat pengalaman makcik2 terpaksa panjat pokok kelapa awit angkara binatang ni..

    BalasPadam
  8. babi kalau myeberang jalan punya lah banyak makteh pernah tserempak di jalan jerantut lipis..makteh pulak kene bhenti .biarkan semua kaum nya habis mlintas..

    BalasPadam
  9. ALFATIAH UNTUK ARWAH..

    BalasPadam
  10. dkt maktab L pun ada babi ,, huhu

    jom berdoa?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

    BalasPadam
  11. Salam zul..

    takziah pada keluarga yg terkorban..
    dulu-dulu mmg banyak babi hutan kat jengka tp skrg rasanya dah kurang kot.

    BalasPadam
  12. Memang bahaya babi hutan nie..Ganas dan buas..

    BalasPadam
  13. huhuh..babi hutan punya pasal..takziah utk keluarga arwah..

    BalasPadam
  14. salam cik zul..
    dia yg tersalah masuk tempat tggl kita,manusia jgk yg jd mangsa..

    hmm..mcmana lah agknya diorg buat haiwan ni jd lauk ye?aduhlah..tak tertelan rasanya...

    BalasPadam
  15. dikawasan tertentu rasenya masih banyak babi hutan atau yang selalu digelar 'babi tunggal' - jenis yang jalan sekor sekor.sangat garang bila diganggu...

    BalasPadam
  16. salam
    memang rempuhan si babi ni sangat kuat
    tambah pulak dengan motor

    saya sendiri tiada pengalaman dengan binatang ni sebab tinggal sebelah muara

    takziah kepada keluarga mangsa

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama19 Ogos, 2011

    Salam takziah kepada keluarge arwah...huhu..tingat dulu2, kdg2 lepas je subuh tdengar kt luar umah bunyi mcm org blari...bukak tgkap tgk2 babi utan...myb tgh cari ayam yg bkokok pg2 kot...

    BalasPadam
  18. Semasa menunggu pokok kelapa sawit membesar, saya ada membantu orang tua menanam pokok nenas untuk pendapatan sampingan. Kehadiran si ekor pintal memang menyusahkan habis pokok dimusnahkan

    BalasPadam