TAJUK: Rise of the Planet of the Apes
GENRE: Aksi, Pengembaraan, Sains Fiksyen
PENGARAH: Rupert Wyatt
PELAKON: James Franco, Freida Pinto, Andy Serkis, Tom Felton
EDARAN: 20th Century Fox
GENRE: Aksi, Pengembaraan, Sains Fiksyen
PENGARAH: Rupert Wyatt
PELAKON: James Franco, Freida Pinto, Andy Serkis, Tom Felton
EDARAN: 20th Century Fox
Sinopsis
Demi menjalankan eksperimen mencari penawar untuk penyakit Alzheimer, saintis Will Rodman (James Franco) telah menjalankan ujikaji ke atas seekor cimpanzi untuk melihat kesannya. Hasil penyelidikan sejenis ubatan ke atas cimpanzi itu, cimpanzi ini kemudian mempunyai tahap kepintaran seperti seorang manusia normal. Namun, setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia ke atas cimpanzi ini telah menyebabkannya berdendam dan merancang untuk memerangi manusia demi membalas dendam di atas layanan buruk yang diterima selama ini.
Ulasan
Filem ini menarik dari pergerakan jalan cerita. Dimulakan dengan eksperimentasi manusia ke atas seekor beruk untuk menguji kepintaran haiwan ini . Kemudian berlaku revolusi dan pemberontakan dari sekumpulan beruk akibat kepentingan manusia sendiri yang bersifat ‘imperial’, semuanya diolah dengan baik.
Banyak konflik yang disusun atur dengan baik oleh pengarah sehingga timbul persoalan siapa yang bersalah dalam filem ini. Samada manusia yang menganggap beruk-beruk itu adalah haiwan yang tidak mempunyai perasaan lalu melayan mereka dengan teruk, atau beruk-beruk ini yang mencapai tahap kebijaksanaan luarbiasa lalu berdendam dengan manusia?
Dari segi lakonan, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh pelakon utamanya, James Franco yang memegang watak Will Rodman. Mungkin kerana filem ini tidak menyerlahkan potensi sebenar manusia sebaliknya leboh memfokuskan watak cimpanzi, Caesar yang dilakonkan oleh Andy Serkis. Andy Serkis sebelum ini dikenali dengan watak Gollum dalam siri hebat, Lord of The Rings.
Kesan khas yang ditonjolkan ketika beruk-beruk ini melakukan amukan dan revolusi di bandar memang realistik. Jika selama ini kita dipertontonkan tentang apa yang akan terjadi jika sesebuah bandar dihuni oleh zombie, kali ini bayangkan satu bandar dipenuhi keluarga beruk yang terdiri dari cimpazi, orang utan, gorilla, monyet, babun dan segala bagai ahli keluarga makhluk ini. Mereka bukan sekadar sekumpulan beruk liar, tapi beruk yang mempunyai kebijaksaan untuk merancang plan untuk bertindak memerangi manusia.
Keseluruhan, filem ini menghiburkan. Dari penyudahnya, dapat dijangkakan filem ini akan mempunyai sambungan atau sekuel. Sebagai permulaan ternyata pengarah berjaya membangkitkan nafsu penonton untuk menantikan apa akan terjadi selepas beruk-beruk ini menjadi golongan dominan di atas muka bumi.
Sumber: murai.com
http://wanwidget.com
BalasPadamdah tengok dah, tapi macam x berapa best la
Salam,
BalasPadamdah tengok dah cerita ni, ok lah juga, :D
saya tak suka cerita ni. heheh~
BalasPadamni cubaan kembalikan teori darwin ke ni?
BalasPadamAslmkm Zul.
BalasPadamHmmm, rakan2 yang dah tinggal komen di sini beri low rating nampaknya! :)
Kak G heran jer ler ... ngapa buat kajian tentang Alzheimer keatas chimpanzi berkenaan? Gayanya macam ia tak ngidap penyakit nyanyuk pun! Itu pasal la agaknya ia terus jadi pintar!
cte ni mcm planet of the ape je.. mesti best!
BalasPadamkalau nok pergi masuk panggung tengoknya idak idak la weh
BalasPadamtunggu masuk TV je :)
kurang menarik pada mata saya..hehe
BalasPadamAssalam...
BalasPadamHmmm...tak tau nak kata apa. Kalau ada DVD, tgk je la, dah kurang minat nak tengok tv/DVD/sebarang cerita sebab dah 2 minggu tak tengok tv.
aku nak tunggu kat HBO..tahun bila la agaknya keluar..
BalasPadamciter ni best..sedey pn ade..hehhee.. tpi beruk tu bijak la..hehe..klo la ade mcm ni kn..hehe
BalasPadamsalam
BalasPadamada cerita hal beruk rupanya
saya ni memang selalu ketinggalan keretapi dalam bab movie ni
@Wan85 hihihi utuk layan dan mengisi masa ok kot..:)
BalasPadamkoi prnh tengok cerite ni..ok la..
BalasPadam