Salam semua, kad ucapan Hari Raya menjadi pengganti diri.."pecah kaca pecah gelas, sudah baca harapan di balas". Itulah ungkapan yang kerap kita baca dalam setiap kad raya yang kita jumpa satu ketika dulu. Masih adakah yang menghantar kad raya kepada rakan mahupun taulan?
Rasanya semakin berkurang atau tiada lagi , malahan saya sendiri akui jika hendak menghantar kad ucapan Hari Raya pun, saya hanya menggunakan kemudahan syarikat (kad raya syarikat). Terkini, syarikat juga ingin menjimatkan budget tahunan dengan bertukar ke SMS raya sahaja sekarang.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya kerap juga menerima kad-kad ucapan Hari Raya dari pelanggan syarikat tempat saya berkhidmat. Paling kurang pun dalam 10 keping setahun. Tetapi nampak gayanya tahun ini, hanya 2 keping sahaja yang saya terima, he he. Kita tak hantar, orang lain mana nak hantar juga kan?
Tahun ini kad istimewa dari anak lelaki saya yang berumur 5 tahun ini membuatkan saya tersenyum. Mungkin beliau belum memahami makna sebenar Hari Raya dan ucapan Zahir Batin tersebut, tapi saya bangga apabila di khabarkan guru di Pra Sekolahnya mengajar membuat kad ucapan Hari Raya.
Satu langkah yang bijak dari guru tersebut agar budaya menghantar kad ucapan Hari Raya tidak lupus begitu sahaja, setidaknya pada yang merasakan kos untuk menghantar kad ucapan semakin tinggi sekarang. Apa kata kita mula menulis sendiri dan hantar pada yang terdekat dan hampir dengan kita.
Di kesempatan ini, saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin andai ada terkasar bahasa dalam penulisan saya yang menyinggung perasaan pembaca. Sesungguhnya, saya manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan. Wassalam.
bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat
BalasPadamawww...so cute
BalasPadamsetuju kad yang terbaek
Umi juga mohon maaf kira terdapat kekhilafan
Selamat menyambut lebaran buat sahabat sekeluarga
Umi akan mula bercuti esok dan akan kembali blogwalking boleh jadi akhir minnggu depan
Have a safe Hari Raya
Wasallam
Umi
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..
BalasPadamohhhh.... how sweet.. Itu satu pemberian
BalasPadamyang paling manis utk Raya tahun ini...
selamat menyambut hari raya aidilfitri. cantik tulisan dia kat kad raya tuh.
BalasPadamAssalamualaikum sdra...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf andaikata ada silap dan salah..
Wah comel kad Raya pemberian anak :-)
BalasPadamwuuu mesti sentap punyaaa
BalasPadamsweettttnyer!
BalasPadamselamat hari raya en.zul...
semoga bergembira di hari lebaran bersama keluarga...
Rasanya kad raya konvensional ni dah kureng sikit sebab terpaksa bersaing dengan E card yang canggih manggih..apapun di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan kalau berkesempatan balik ke kampung jemputlah ke rumah..
BalasPadamSalam lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri drp saya dan keluarga. Maaf zahir dan batin.
BalasPadamsalam..
BalasPadamselamat hari raya bro.. semoga bergembira bersama keluarga..
kelakar tengok kad raya anak bro. walaupun simple tapi amat bermakna :)
huhu gambar bunga api tu.Harap bro simpan kad ni..bile dia da besar nanti..mesti rasa terharu
BalasPadamWaaa...anak umur 5 taun yg bagi tuu....tahniah bro. Ank aku nak bunga api jerr...len2 tak dipeduli lagi dah...hehehe
BalasPadam#Selamat hr raya aidilfitri jg dr aku....maaf zahir dan batin.
salam, wah ringkas dan menggamit jiwa kat raya ni bro... di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya eidulfitri,andaikata ada kesilapan kecil mahupun besar yang mungkin tanpa disedari selama ini sesungguhnya aku pohon ampun dan maaf zahir batin.
BalasPadamSelamat hari raye.Maaf zahir dan batin...
BalasPadamSelamat Hari Raya. Ada ciri-ciri pemimpin masa depan tu..
BalasPadamSalam aidil fitri Zulkbo...
BalasPadamتقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
salam
BalasPadamputik pauh delima batu
anak ikan mati di tangan
biar jauh teringat selalu
sama bermaafan di hari lebaran
2 keping still lebih banyak dari kawe yg dapat 1 jeer dari sykt insuran adusss... Tapi kad dari anak tu yg mahal ehhh.. buat syahdu betul. Selamat Hari raya, maaf zahir batin.
BalasPadam