Jejari Runcing Elia : Short & Sweet | Blog Yang Popular




Salam semua, pasti anda pembaca sekalian sudah mengetahui akan kisah cinta dan pelbagai lagi tentang penjaga gol tersohor negara, Khairul Fahmi dengan seorang gadis bernama Elia, yang juga pemilik blog JEJARI RUNCING yang tiba-tiba menjadi sangat popular sekarang ini.

Saya juga menjengah ke sana, erkkk!! terperanjat juga saya melihat monitor stat nya yang berjalan laju menandakan kehadiran trafik yang begitu banyak setiap masa. Waktu entri ini di publishkan saya perhatikan angkanya sudah mencecah ke 5 juta lebih. Alhamdulillah, pasti rezeki beliau bertambah dengan pendapatan iklan yang masuk.

Di sini, khabarnya punca menjadikan blog beliau amat popular kerana kisah putusnya pertunangan mereka baru-baru ini. Pelbagai kisah kita dengar, sama ada ianya baik atau pun tidak, terserah pada empunya badan. Hidup orang glamour, memang kisah mereka sentiasa menjadi perhatian peminat.

Menurut sumber Google Insights minggu lepas, carian ke blog beliau (Jejari Runcing) juga mencecah 750% kenaikan. Satu angka yang meletup pada pandangan saya untuk sebuah blog peribadi. Jauh sekalilah kalau blog kita untuk mendapat carian sebegitu kerana kita bukan orang glamour.

NOTA : Kata orang tua-tua, jika bertunang moleknya di rahsiakan takut nanti kahwin tak jadi. Kalau menikah moleklah di heboh-hebohkan kerana perkara yang baik, selain mengisytiharkan si polan  telah di punyai. Apa kata anda ? Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 03, 2011

25 Komen:

  1. Assalam..
    Betul kata en. Zul tu...
    Orang dulu2, kalau bertunang diam2 je takut orang tau, kalau2 suatu hari nanti tetiba putus, mereka dan keluarga mereka mendapat malu tapi org sekarang bertunang pun dah macam kenduri kahwin, buat besar-besaran, heboh satu dunia...

    BalasPadam
  2. Top blogger of the year la lepas nih...he3
    Bro cubalah buat kontroversi, konfiorm tip top punya...he3

    BalasPadam
  3. btol tu zul...mudah2an ada rahmat disebalik apa yg berlaku.Selamat berpuasa buat Zul dan keluarga.

    BalasPadam
  4. assalam zulkbo

    cerita mcam ni saya x berapa minat. cuma baca melalui n3 di blog sahabat sahaja. Tidak lah sampai ke blog yang empunya diri.

    BalasPadam
  5. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat mcm mana.

    BalasPadam
  6. kalau org biasa mmg perlu senyap2. tp sebab KFCM tu dah macam selebriti jugak popularnya, kena la hebohkan. kalau x mmg kena hentam dr setiap penjuru la..

    BalasPadam
  7. Salam Zul kawan x tau dia tu pemilik blog jejari runcing pernah juga singgah kesana tu...

    BalasPadam
  8. @Jai

    nak buat kontroversi pun.. kene kawan ngan seleb dulu... pas tuh gado... kang x glemer gak.. kan?.. hehe

    BalasPadam
  9. tepat sekali kata abg zul...saya tak salahkan khairul fahmi dlm hal ni.. dia lelaki yg cool..malah tak pernah bt statement pun tp ada org lain yang berlebihan dlm hal ini

    BalasPadam
  10. Allah kata, di sebalik kesusahan ada kesenangan... dah datang rezeki dia la gamaknya

    BalasPadam
  11. slm en.zul...
    selamat berpuasa...
    sahur ape pg td??

    hurm...mmg sensasi la cerita ni...
    tp yg xbestnya masing2 berbalas2 kenyataan kat akhbar... hurm....

    BalasPadam
  12. memang hubungan mereka sudah diketahui umum sebelum bertunang pun..

    mmg lajuuuuuu.

    BalasPadam
  13. saya setuju. waktu bertunang tak perlu di hebahkan takut tak menjadi. dan nampaknya betul lah tuu hehe :D apa2 pun kita tak tahu perkara sebenar, jadi lebih baik diamkan saja :D

    BalasPadam
  14. oooooo macam tu ye. kalau nak blog meletup, kena la berkontroversi dengan orang popular.

    BalasPadam
  15. smoga ada hikmah d sebalik semua kejadian yg menimpa..

    BalasPadam
  16. Salam,

    Sedih juga pihak yang menanggungnya.

    Bgm pun kena banyak bersabar.

    Zaitun Palestine

    BalasPadam
  17. .:: yuyui ::.03 Ogos, 2011

    ade hikmah semua ni terjadi, lebih2 lagi d bulan y mulia ni..kita berdoa saje la untuk kebahgiaan mereka..insyallah..

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama03 Ogos, 2011

    Hopefully masing2 bahagia dan berjumpa dgn jodoh masing2 lepas ni.

    BalasPadam
  19. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  20. salam. tengok sebelum nih bkn main close lagik.
    macam2 kan.

    BalasPadam
  21. Salam.
    Blog jejarircing ni start popular masa Apek berjaya selamatkn gol masa plawanan piala aff thn lepas.sya lah salah seorg yg serbu situ. cerita org popular mcm tu memeng menarik utk di baca.

    Tapi kalu hati dah sedih dan terluka(mcm kisah putus tunag si elia), masuk lah banyak mana trafik pun, hidup dah jadi xceria.huhu

    BalasPadam