JANGAN: Lupa kunci rumah
Ini dah tentu perkara asas, dalam terkejar hendak pulang beraya ada kalanya yang remeh membuatkan kita terlupa. Pastikan semua tong gas anda di cabut kepalanya. Matikan suis barangan elektrik kecuali peti sejuk dan hanya satu lampu terpasang agar tidak kelihatan gelap seolah tidak berpenghuni. Jika ada jiran bangsa lain minta bantuan mereka untuk memerhatikan rumah anda semasa ketiadaan anda.
JANGAN: Lupa periksa kenderaan anda
Sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan anda telah melakukan pemeriksaan rutin kereta anda. Pastikan angin tayar dan bunga tayar kereta anda dalam keadaan yang baik. Begitu juga air dalam radiator enjin, pastikan tidak bocor. Paling penting juga lampu signal dan lampu besar, pastikan ianya berfungsi dengan baik.

JANGAN : Lupa berdoa
Sebagai seorang islam, kita di galakkan untuk berdoa sebelum memulakan perjalanan. Minta dari Allah agar perjalanan kita di permudahkan selamat pergi serta kembali. Sesungguhnya setiap perbuatan jika di mulai dengan doa, insyaallah akan Allah permudahkan perjalanan anda. Mulakan dengan Bismillah, jika tak pandai bahasa Arab pun cukup dengan bahasa Melayu pun Allah Maha Mendengar.
JANGAN : Memandu kalau mengantuk
Alahai, perkara biasa bila memandu jauh dalam bulan puasa. Cuaca panas boleh memeritkan mata menjadikan anda cepat mengantuk. Pastikan anda mendapat rehat secukupnya, dan jika mengantuk berhenti untuk tidur sebentar di mana-mana RnR yang terdapat di sepanjang lebuhraya. Jika ada second driver lagi baik :)
JANGAN: Pandu laju dan pentingkan diri
Utamakan keselamatan dalam pemanduan, pandu cermat jiwa selamat. Ingatkan orang tersayang. Dalam kita terkejar pulang ke kampung halaman, jangan biarkan orang yang di kasihi menanti dalam tangisan. Serta perbanyakkan sabar dalam menempuh kesesakkan perjalanan yang bakal anda tempuhi nanti.

JANGAN : Lupa peluk cium mak dan ayah
Sesudah selamat tiba ke destinasi, ucapkanlah alhamdulillah..Terus peluk cium mak dan ayah anda yang sentiasa menanti kepulangan anak tersayang ke pangkuan mereka sempena menyambut hari lebaran. Siapalah kita tanpa mereka berdua kan? Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari saya buat anda semua.
Salam,
BalasPadamyang paling penting.. JANGAn tak ingat semua JANGAn di atas.
Selamat Hari Raya buat en zul sekeluarga..
maaf dipinta andai terkasar bahasa.. tersilap bicara..
Diskaunlah konon!
Salam Zul, mmg byk bender janga yak.. pendek kata bender tak baik yg mengundang kesusahan jgn dibuat... bender baik jangan dilupa :)Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
BalasPadamyeay ! peringatan JANGAN yang baik ! hehehe
BalasPadamlike this !
tapi apa yang kita kata jangan tu la yang nye buat jugak
BalasPadamAslmkm.
BalasPadamPeringatan amat baik tu ... kot ramai lupa ikut jer ler! :)
Selamat merayakan kejayaan Ramadhan di bulan Syawal nanti - Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir batin ya.
JANGAN hindarkan "entry" ini... Baca, faham dan amalkan..
BalasPadamBalek kampung.. petang balik bandar.. raya ke2 kerja :(
BalasPadamRugi sape tak ingat Jangan yang ni...
BalasPadamTerima kasih for 'the jangans'.
BalasPadamSelamat hari raya aidilfitri untuk zulkbo sekeluarga, kalau balik kampong, pandu berhati2 yer.
jangan main mercun, bahaya!
BalasPadamJangan buat laporan di balai polis berdekatan untuk memberitahu berapa lama balik beraya. Boleh pihak polis buat rondaan.
BalasPadamBiasanya saya akan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit untuk barang-barang yang ditinggalkan seperti no plat motor, no siri dan model barangan elektrik senang hendak buat laporan kalau rumah dipecah masuk.
Selamat Hari Lebaran. Maaf, zahir dan batin
Dari pengurusan blog "kadang-kadang teringin jua" mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan semoga raya kali ini menjadi lebih bermakna..
BalasPadamMaaf andai ada ulasan yang pernah menyinggung hati di blog ini
salam cik zul..byk peringatan drpd org berpengalaman nih.. :)
BalasPadamSelamat Hari Raya dan mohon maaf jika ada kesilapan dari cekwa sekeluarga
BalasPadamSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..
BalasPadamJangan lupa bagi duit raya kat saya
BalasPadamSelamat Menyambut Hari Raya Aidilfitir Maaf Zahir dan Batin buat keluarga bro daripada weblog profhariz
jangan lupa bawok juga duit raya hok nok dizakat kat anok buoh
BalasPadamjangan tak balik kampung.. itu paling sedih juga tuh..huhu
BalasPadam