(Gambar) Tragedi Tanah Runtuh Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil Cameron Highland


 




CAMERON HIGHLANDS: Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan semua sembilan mangsa dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini Ahad.

Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata operasi bermula 6.15 petang dan ditamatkan pada 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira 1.20 pagi.

Operasi melibatkan 248 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands, katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah, selain anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.

Tragedi itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah. Mereka yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.

Sumber: mStar, Harian Metro
NOTA: Takziah buat keluarga simati.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Ogos 08, 2011

5 Komen:

  1. Sedih dan simpati pada mangsa yang terlibat.

    BalasPadam
  2. @akuanakpahang


    begitu lah Yassin..
    malang tidak berbau

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama08 Ogos, 2011

    takziah atas keluarga mangsa..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama09 Ogos, 2011

    Assalamualaikum

    Ketentuan Allah SWT buat mereka. Mereka baru sahaja mengenal Islam, jadi masih bersih, Allah matikan mereka dalam bulan Ramadhan, semoga itu kemulian bagi mereka.

    Saya banyak menziarahi perkampungan orang Asli, mereka perlukan bimbingan mualim Islam untuk memahami Islam. Mereka baik-baik belaka, kadang-kadang kasihan melihat mereka dieksploitasi oleh perakus2 hasil bumi yang menggunakan mereka.

    Al-FATIHAH buat mangsa-mangsa terlibat. Semoga tabah menghadapi ujian Allah ini.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama09 Ogos, 2011

    lagi satu ialah, saya amat hairan mengapa pihak berkuasa negeri Pahang seolah-olah sengaja biarkan kerosakan ketara tanah tinggi Cameron Higland, dengan membiarkan Cina asing menguasai tanah-tanah ini secara haram, membuat ladang sesukan hati dan menghasilkan ancaman pada struktur geologi dan alam sekitar.

    Mengapa? saya ingin tahu dari orang Pahan sendiri, tidak rasa sayangkah kepada kecantikan kurnia Allah di Cameron Highlan, yang mana orang putih kolonial lebih tahu hargai dan kini kita wariskan tinggalan mereka. Jika mereka tidak buka tempat itu, mungkin kita tidak kenal tanah tinggi Cameron.

    janganlah kita jadi bangsa yang suka merosakkah kejadian Allah..

    BalasPadam