Gambar Sekitar Perasmian Masjid Asy-Syakirin KLCC 26 Ogos 2011




 
Pemberita menanti ketibaan Yang Di Pertuan Agong.


 
Tempat berwuduk yang cukup luas dan banyak paipnya.


 
VVIP sedang mengambil tempat



KUALA LUMPUR 26 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Asy-Syakirin, Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Jalan Pinang di sini hari ini.

Seri Paduka turut menunaikan solat Jumaat bersama 12,000 jemaah di masjid yang lebih dikenali sebagai 'Permata di Dalam Taman' itu kerana kedudukannya yang strategik dan mempamerkan ciri-ciri bina Islam yang indah termasuk mendapat sentuhan pengukir dari Uzbekistan.

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong kira-kira pukul 12.45 tengah hari disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil Khir berkata, Masjid Asy-Syakirin dibina bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat serta keprihatinan kerajaan melalui Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai penggerak dan ejen utama dalam pembangunan serta pengurusan hal ehwal Islam.

Katanya, Masjid Asy-Syakirin kini dijadikan pusat sehenti bagi komuniti setempat untuk menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan selaras dengan peranan masjid meningkatkan syiar Islam.

''Justeru, barisan kepimpinan dan pengurusan masjid adalah diharapkan dapat memainkan peranan lebih proaktif dalam menggerakkan aktiviti masjid yang dapat menterjemahkan semangat ukhuwah untuk membina masyarakat madani yang lebih komprehensif.

''Semoga dengan pengisian program-program seperti keagamaan, ia dapat meningkatkan kegiatan pengimarahan masjid supaya ia dihayati oleh setiap individu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian.

Masjid Asy-Syakirin pada mulanya didaftarkan sebagai sebuah surau pada 12 Julai 1999 untuk kegunaan petugas Petronas, sebelum dinaik taraf sebagai masjid yang ditadbir oleh MAIWP.

Sementara itu, Tuanku Mizan berkenan mencemar duli bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum meninggalkan majlis kira-kira pukul 2.10 petang.(UTUSAN)


Bukannya kali pertama KDYMM Sultan Mizan bersolat di sini.


NOTA: Salam semua, inilah masjid tempat saya selalu melakukan solat Jumaat kerana ianya yang paling hampir dengan tempat kerja. Antara masjid yang paling meriah pernah saya ketahui, sentiasa penuh tak kala hari Jumaat memandangkan berada di tengah-tengah kota raya. Boleh memuatkan sehingga 12 ribu orang jemaah pada satu masa. Agak menarik kerana khutbah jumaat di masjid ini ada kalanya di bacakan dalam bahasa Inggeris, memenuhi keperluan jemaah yang terdiri dari pelbagai bangsa seluruh dunia.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 27, 2011

10 Komen:

  1. Tanpa Nama27 Ogos, 2011

    http://wanwidget.com/
    yg pasal khutbah dlm bahasa inggeris tu yg best, boleh la masyarakat yg non muslim dengar

    BalasPadam
  2. Salam Zul, mmg indah dan menarik.

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum Zul

    Semalam berpeluang dengar khutbah daripada masjid ni di IKIM.FM

    BalasPadam
  4. @werdah

    nampak juga ada yang buat
    siaran langsung dari sana
    memang khutbah yang sama
    :)

    BalasPadam
  5. masjid ni dah lama dah gunanya, ketnya baru nok rasmi yerk...

    BalasPadam
  6. Pernah solat Jumaat di masjid ni. Kutbahnya dalam Bahasa Inggeris.

    BalasPadam
  7. Syukur dan bangga kerana di tengah-tengah kesibukan bandaraya yg sibuk ada masjid yang begitu besar kapasitinya. Boleh jadi satu tarikan juga kpd pelancong Islam dari luar, khususnya utk bersembahyang Jumaat, pada minggu mereka tahu khutbahnya dlm B.Inggeris.

    SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  8. @cemomoi

    Gitu lah gayanya..
    koi sendiri dah bersolat
    dekat 8 tahun di sini..
    kira belum di rasmi lagi
    masa tu..lagipun masjid
    ni baru di naik taraf ke
    2 tingkat..agaknya kerana
    pengambil alihan pengurusan
    baru, deme nak buat secara
    lebih protokol merasmikannya

    BalasPadam
  9. @Hami Asraff

    ada minggu-minggu tertentu juga..
    tetapi kebanyakkan dalam bahasa
    melayu juga, mungkin bergantung
    pada imam yang berkebolehan bertutur
    bahasa inggeris juga saya rasa.

    BalasPadam
  10. salam

    belum ada kesempatan singgah di masjid ni
    saya pernah solat jumaat di masjid india, kuching
    khutbah dalam bahasa tamil
    apa pun tak faham

    BalasPadam