BESUT 30 Ogos: Umat Islam di Kampung Seberang dan beberapa kawasan sekitar Jerteh hari ini buat pertama kalinya berpeluang menunaikan Solat Aidil Fitri di Masjid Kayu bernilai RM12 juta yang baru siap dibina beberapa minggu lalu di Kampung Seberang Jerteh disini hari ini. Masjid yang diilhamkan Pengerusi Mara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkonsepkan 100 peratus penggunaan kayu jati yang boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah dan merupakan satu-satunya yang terdapat di negara ini.
NOTA: Satu kebanggaan buat rakyat Terengganu kerana dapat mengekalkan warisan bangsa dengan terbinanya masjid sebegini indah. Di perbuat dari kayu yang sudah tentu menelan kos yang mahal, begitu juga penyelenggaraannya nanti. Harapan agar masjid ini bukan sahaja menjadi simbol senibina melayu yang indah tetapi juga makmur dengan aktiviti yang bakal di adakan untuk mengimarahkannya dan tidak terbiar lesu hanya sebagai simbol bangsa sahaja.
Salam.
BalasPadamKonsep kayu macam ni memang cantik dan unik. Kos binaan pun besar. Penyelenggaraan dari masa ke semasa juga tinggi nih.
Syukur alhamdulillah,
BalasPadamharap ianya bukan sekadar cantik di pandangan..
Hebat..
BalasPadamHarap ia dimanfaatkan sepenuhnya.
kayu memang lagi mahal dari batu bata....
BalasPadamJangan pula ganu lepas ni jatuh ke puak PAS, besok depa habaq tu depa lah punya idea, pusing sejarah macam mat sabu.
BalasPadamada ke pasal masjid nak di babitkan dengan politik. nampak sangat buat benda xiklas sekadar nk menunjuk2.
Padamsempat jugak tgok masjid ni dlm proses pmbinaan.
BalasPadamsangat cantik bila dah siap. hope org trg akan jaga masjid ni elok2..
12 juta?
BalasPadambuat masjid mahal2 belum tentu masuk syurga....
Harap dah siap nanti ramailah yang mengimarahkan
cantik... insyaAllah akan singgah
BalasPadamCantik dan unik, :D
BalasPadamTerselah kesenian binaan tradisional Melayu yang moden
BalasPadam