Salam semua, ha ha..tajuk pun dah lain macam je bunyinya kan? Itulah saya, selalu mementingkan kekemasan dan agak teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jika anda ke blog saya (yang saya rasakan cantik) setiap entri mahupun template luar blog, saya amat menitik beratkan kekemasan penampilannya.
Baru di anugerahkan sitelink ke blog (www.zulkbo.com) oleh Google, yang di mata saya agak selekeh dan kurang kemas berbanding dengan blog orang lain. Saya ambil contoh sitelink yang kemas seperti di blog rakan blogger, CetusanHati.com yang lebih sedap mata memandang serta sitelinknya yang lebih kemas serta teratur dengan yang berkaitan.
Kita ambil contoh sitelink blog CetusanHati.com kepunyaan Cik Adele ini, yang begitu kemas sekali susun aturnya dengan sitemap, entri yang berkaitan serta label mana yang berkenaan. Di sini dari pemerhatian saya sepanjang berblogging, sesebuah blog Blogspot yang di anugerahkan sitelink pasti berterabur susun atur link yang berkaitan, berbanding dengan blog yang berpaksikan Wordpress.
Walaupun kurang berpuas hati, tetapi saya tetap bersyukur kerana bukan semua blog beroleh sitelink dari Google ini. Untuk pengetahuan pada yang belum tahu, sitelink adalah link yang berkaitan dengan sesebuah blog setiap kali carian di lakukan oleh enjin carian Google yang terpapar di SERP seperti contoh 2 di atas, berdasarkan pilihan Google sendiri.
Setiap blog yang mendapat sitelink oleh Google juga boleh menggugurkan mana-mana link yang di berikan di blog mereka, jika merasakan kurang bersesuaian. Dengan menggunakan cara manual melalui Webmaster Tool Google, setiap webmaster blog layak melakukannya sendiri apabila mendapat sitelink dan cara-caranya:
Setiap blog yang mendapat sitelink oleh Google juga boleh menggugurkan mana-mana link yang di berikan di blog mereka, jika merasakan kurang bersesuaian. Dengan menggunakan cara manual melalui Webmaster Tool Google, setiap webmaster blog layak melakukannya sendiri apabila mendapat sitelink dan cara-caranya:
2-Site configuration
3-Sitelinks
Di ruangan kosong yang tersedia anda boleh masukkan URL link yang anda rasakan tidak mahu kelihatan ketika carian ke blog anda. Masukkan di kotak kosong di bahagian "Demote this sitelink URL" dan ENTER. Pihak Google akan menghantar email kepada anda sekiranya mereka merasakan permintaan anda itu bersesuaian dan akan memasukkan sitelink yang baru pula nanti. Jadi selamat mencuba, wassalam.
SALAM,
BalasPadamTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ! SELAMAT BERIBADAH BULAN RAMADHAN DAN BULAN2 SETERUSNYA
Salam Zul, mmg kemas dan cantik tahniah jga drp saya. Terima kasih diatas perkongsian.
BalasPadameee... susoh beno nak mahamkan menda gini, apa pon info ni sangat membuka ruangan minda
BalasPadamAssalamualaikum Saudara Zulkbo,
BalasPadamSesuatu yang baru pada akak. Tak faham sangat sekarang ni, tak aper lama2, InsyaAllah akan faham juga.
http://wanwidget.com
BalasPadamsaya punya pon xlawa juga mcm cik zulkbo, owh boleh buang melalui webmaster yer, terima kasih, nanti saya check
tahniah en zul :)
BalasPadamapakan daya saya memang kurang ilmu dan kemampuan nak buat blog canggih manggih begini.
slm en.zul..
BalasPadambz ke hrni??
bila start cuti raya??
trima kasih en.zul...
perkongsian yang baik...
nanti nak cube....hehehe
Tahniah.. entah bila nak terima hadiah daripada google pula..
BalasPadamAssalamu'alaikum Zul
BalasPadamKak pun tak berapa tahu bab ini...
Bukan mudah untuk Google beri sitelink ini. Kalau minta belum tentu dapat :-)
BalasPadamSalam sahabat
BalasPadamterima kasih once again
dapat belajar dari sifu walaupun blur :)
Selamat berpuasa
Umi
terimakasih boh :)
BalasPadamwah... belum lagi merasa sitelink ni... harap2 dapatlah satu hari nanti...
BalasPadamrasanya saya lum sampai ke tahap ini..tahniah krn blog abg zul menunjukkan kemajuan yg sgt drastik :-)
BalasPadamtahniah bro.. dapat sitelink.. walaupun tak berapa cantik..masih boleh tukar kan.. saya bila la nak dapat.. hehe
BalasPadamkurang arif... menggagahkan juga membaca. dapatlaj juga info. terima kasih
BalasPadamMemang cemburu melihat blog orang kemas dan ayu. Ingin juga meniru. Tapi bila kena baca info teknikal (panduan, arahan dsb) untuk membinanya, memang bingung betul. Berterusanlah dgn format blog yg lesu tanpa tarikan. Walau apa pun, maklumat sdra amat berguna. Boleh dirujuk bila diperlukan.
BalasPadamSelamat menyambut hari raya 1432H. Maaf zahir batin.
Assalam.
BalasPadamTahniah. Bila agaknya nk dpt.dh lama saya x buka webmaster tool tu sejak ada google + ,ada yg di cari langsung x jumpa.entah hilang ke mana..atau mata saya yg rabun..
@Iza
BalasPadammemang dah tak de dalam dashboard lagi, anda kena layari manual ke webmaster tool by google
salam
BalasPadamtahniah kepada zulkbo.com
kita ni tak tahu bila dak dapat hadiah raya dari pakcik google
perghh tak kira bro cantek ke tak yang penting meletak sitelink hihihi..:)
BalasPadamsitelinks dah lain sikit.. besar. kalau yang dulu kecik dekat bawah jugak..
BalasPadamtahniah cik Zul!! akhirnya dapat juga....xpelah tak cantik pun asalkan dapat..tak gitu? hehe..
BalasPadameh,time kasih utk gmbar n nama sy kt atas tu..sgt dihargai :D
Salam.
BalasPadamSaya tak dapat sitelink lagi, dengki juga tengok blog my hubby yang dah ada sitelink tapi nak buat macamna, siapa suruh malas nak update blog, hihihih...