Bila Keracunan Makanan Apa Perlu Anda Lakukan?




Salam semua, menyingkap kisah adik Nurdini, yang mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa tempohari sehingga membawa maut perlu menjadi pengajaran buat kita semua. Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa.

Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, adalah disarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor. Langkah awal, insyaalllah boleh mengelak dari berlakukan keracunan yang lebih teruk.

Menurut doktor, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit. Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.(KOSMO)

Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak, kaedah tersebut mungkin tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 23, 2011

26 Komen:

  1. Mohon dijauhkan...
    Simpati kepada anak yang jadi mangsa. Dahlah seharian berpuasa...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni kami sekeluarga hanya makan makanan yang dimasak dirumah .Insyallah selain terjamin kebersihannya dan jimat ianya penuh keberkatan...cuba elakkan makanan dari Param.Kecuali jika terpaksa.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Takdir Allah datang pada masa yang telah ditentukan, kita tak dapat nak mengelak dan menolaknya..

    BalasPadam
  4. sebab tu lah kena titik beratkan cara pemakanan di luar..tengok dulu gerai tu bersih atau x..ambil langkah pencegahan awal..smoga kita terhindar dr bahaya sbegini..

    BalasPadam
  5. Salam, mmg susah kalau kena penyakit nie .. peringkat awal kawan telan Chi-Kit Teck Aun dulu :)

    BalasPadam
  6. slm en.zul...
    semoga sihat2 selalu....
    bila start cuti raya??

    hurm...tu la kn..klu membeli di pasar ramadhan, kena tgk2 juga tahap kebersihan gerai tu mcmane....

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama23 Ogos, 2011

    Assalamualaikum Zulkbo,

    Terima kasih berkongsi info yang sangat berguna ni ketika kecemasan.

    BalasPadam
  8. Semalam bersembang di surau.ada jiran yang kena keracunan makanan,hasil dari memakan sup tulang yang dibeli di pasar Ramadhan.....3 hari MC

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..

    saya lum terkena lg keracunan makanan nie walau kerap juga ke PARAM..

    semoga peniaga PARAM trus jaga kebersihan

    BalasPadam
  10. Assalam Zul..

    Tips yg berguna tu..apapun harap penjual makanan di bazar atau kedai makanan dpt menjaga kebersihan

    BalasPadam
  11. Semasa hari ke 2 Ramadhan terkena cirit-birit hanya Allah sahaja tahu berapa dugaannya. Syukur dapat mengekalkan berpuasa sehingga waktu berbuka

    BalasPadam
  12. Salam bang, dulu masa suami lissa kena keracunan makanan mmg da siap2 bg dia minum air garam segala. memang teruk muntah2 dan cirit birit, tapi bila sampai klinik doktor cek lebih kurang je pastu suruh rehat. Luckily nothing worse happened. Alhamdullilah. pendek kata kita kena tau serba sikit cara bila berdepan dgn situasi mcm ni kan.

    BalasPadam
  13. Info yang menarik terima kasih di atas perkongsian ini , sebelum ni amy pernah keracunan makanan minum teh pekat je tapi memang x ok , terseksa dan lebik badan di buatnya last kena inject baru ok..

    BalasPadam
  14. betul.. pengambilan air garam boleh mengurangkan
    keadaan menjadi lebih teruk.. daun jambu muda
    di kunyah dengan sedikit garam pun blh membantu..

    nice sharing here brother..

    BalasPadam
  15. salam bro. rasanya makanan tu dah tercemar oleh smthing yg beri efek pd budak tu. terkilan dan sedih dengan kes ni.

    BalasPadam
  16. bahaya klu lambat dpt rawatan...moga kita lbh berhati2 dlm memilih makanan.nice sharing zul..maaf lama tak singgah sini..sibuk sgt berpantang

    BalasPadam
  17. salam..
    sy lebih selesa mask d rumah..melainkan klu tak sihat beli juga huhu...

    bli pun tgok nasib gak ada bli dapat basi...ada pula bila makan kene keracunan or cerit2 huhu..mmg nasib badanlah yg menanggung,,,apaun kita kena teliti bila mmbli mkn di gerai2 mkn,,jgn main belasah je..

    BalasPadam
  18. Salam ziarah..
    adeii..memang nahas kalu keracunan makanan ni..
    pernah kena time duk h0stel dl, berjemaah pulak tu..huhu..

    Nyway nak minta jasa baik & sokongan rakan-rakan blogger sikit boleh? Lawati link di bawah & vote di bahagian poll & comment (cari responses ke-36) untuk laman qamarguyz.blogspot.com - Aksara Cinta Ilahi.. ‘Tinta hamba..menuju Yang Esa’..syukran yer =)

    http://komuniti.2dayblogger.com/undian-tagline-blog-terbaik-2011/

    BalasPadam
  19. Salam sahabat

    Terima kasih berkongsi rawatan awal sebelum keklinik
    Alfatihah buat arwah adik Nurdini.Semuga ibu&ayah nya diberi kesabaran menerima ketentuan Ilahi.
    Sesungguh Allah lebih menyayangi arwah.

    Selamat meneruskan ibadah puasa.
    Umi

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas info
    biasa keracunan, ambil pil. Kalau teruk sgt, terus jumpa doktor

    BalasPadam
  21. eh ada ye berita pasal ni? nampak sangat zida tak up-to-date -.-'

    nampaknya lepas ni jangan pergi bazar dah, bahaya jugakk. huhu al-fatihah untuk arwahh..

    BalasPadam
  22. salam,
    dah rasa dah..
    memang serik.. tak tahu nak gambarkan camne..
    macam ditusuk-tusuk..
    badan pun lembik semacam..

    BalasPadam
  23. Salam buat sahabat.
    Di kejauhan ini,dihujung pucuk pepohon Ramadan yang kian hampir musim gugurnya...Ingin aku pohon maaf sepuluh jari diselangi senyuman dan ucapan Selamat Hari raya buat kao sekeluarga kerana aku tak pasti dapat melakukannya bila masa kian hampir nanti.Wassalam.

    BalasPadam
  24. Assalam...
    Terima kasih atas info tersebut.
    Baru2 ni anak saya muntah ketika tidur jam 2-3 pagi tapi tak tau nak buat apa. Sekadar menenangkannya sahaja...
    Lain kali boleh la cuba bagi minum garam..

    BalasPadam
  25. salam
    garam saja rupanya
    setiap rumah rasanya pasti ada garam kat dapur

    thanks, info yang sangat berguna ni

    BalasPadam
  26. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam