Salam semua, dah ada yang perasan dan bertanya maka saya hendak berkongsi dengan pembaca di blog saya ini. Soalan dari Bro Sop, blogger yang saya hormati berkenaan dengan iklan Innity yang terpapar di blog saya beberapa minggu ini. Allhamdulillah, target hendak mendapatkan iklan Innity tercapai jua selepas permohonan saya mendapat status layak dalam hanya beberapa minggu sahaja.
Puncanya, apabila blog saya memuatkan entri berkenaan dengan BE dari Nuffnang yang tak kunjung tiba dan entri itu telah mendapat komen dari Bro Ariff Shah, seorang blogger yang mentor dan berpengalaman. Ini adalah komen pertama beliau di blog saya, agak teruja jua, kerana saya kerap ke blog beliau dan komen di sana dan mengikuti penulisan beliau sebagai salah seorang mentor saya berblogging.
Saya ada menyatakan dalam entri tersebut untuk cuba memohon iklan yang lebih berprestige, dan saya anggap komen beliau tersebut adalah kata peransang dari beliau. Alhamdulillah, memang kebetulan atau sudah suratan untuk saya layak mendapatkannya, setelah memohon kurang dari 2 minggu tanpa menaruh harapan yang terlalu tinggi pada mulanya.
Seperti biasa, mana- mana blog yang menyiarkan iklan lain, Nuffnang akan menarik balik status Glitteri dari mereka. Dan blog saya juga akhirnya terpaksa juga berkorban status tersebut. Apa nak buat kan? Tetapi saya masih kekalkan iklan Nuffnang di blog saya. Jasa-jasa Nuffnang pasti saya kenang walaupun kehilangan status tersebut dan saya tetap mengharap agar Nuffnang akan tetap memberi BE baru pada saya juga ye? he he..
Anda semua juga boleh memohon iklan Innity di pasang di blog anda. Syarat utamanya amat bergantung pada trafik, cuba dapatkan sekurang-kurangnya trafik masuk ke blog sebanyak 100,000 pageview sebulan dan unik visitor sebanyak sekurang-kurangnya 20,000 sebulan. Jika anda sudah mendapatkannya, print sreen sumber dari google analytics anda dan hantar ke Innity. Selamat mencuba, wassalam.
Tahniah sebab diterima menjadi warga innity :D
BalasPadamtahniah bro :)
BalasPadamSalam sahabat
BalasPadamTahniah buat sahabat.
Umi ada present buat sahabat diblog Umi.Tanda penghargaan Umi buat sahabat yang baik hati tak pernah lelah bagi support dan inspiration kepada kami semua rakan blogger sahabat
Semuga Allah memberkati saudara sekeluarga.Amin
Umi
tahniah bro!!!
BalasPadampasni kencang lagi blog zulkbo ni :D
Tahniah..
BalasPadamtumpang seronok..
tahniah..saya pun memang teringin nak pasang innity, belum sampai masa lagi, kena usaha lebih ni
BalasPadamSalam, tahniah! lepas ne mesti mahsyuk, tetiap bulan boleh cashout :)
BalasPadamwww.yanmieonline.com
usaha kuat insyaalah ada jalan terbentang
BalasPadamusaha tangga kejayaan kan, abg zul..syabas!!!
BalasPadamtahniah bro...
BalasPadambelalang pun baru jer pakai innity...2 kali apply baru d terima :)
saya masih hijau dalam bab2 ni~
BalasPadamkena ngadap 18 jam dpn pc nih...baru abih blog walking...hehe :P
BalasPadamtahniah bro.. perubahan ke arah baru.. bercadang juga untuk join inity tp traffik skrg agak slow.. :) pernah apply dan kena reject.. tunggu traffik power dulu cam bro zul :)
BalasPadamSalam Zul tahniah juga drp saya.. pernah juga memohon.. dah tau dah mmg tak layak :)
BalasPadamTahniah!
BalasPadamKeep blogging =)
tahniah bro
BalasPadamsalam - bab2 ni sy kurang arif
BalasPadamtahniah diucapkan yer. semoga terus sukses berblogging
BalasPadamaku sebenarnya kalau fikir pasal iklan ni dah lama tutup blog..buat tak tahu je la..
BalasPadamtahniah. banyaknya trafik. saya tumpang banyakkan je la... :)
BalasPadamtahniah sifu
BalasPadamkome tengah berusaha kearah ni sekarang :)
salam
BalasPadamtahniah bro zul
moga lebih meriah lagi nanti
salam....
BalasPadamwah,,,dah dpt innity??
tahniah en z..
cma terpakse kuburkan niat nk apply innity..
uv pun ciput je...
Alhamdullilah. Tahniah br0. Sy nk sgt apply tp xde masa untk tingkatkan pv smpai 100k. Bnyk k0t. HuhuAlhamdullilah. Tahniah br0. Sy nk sgt apply tp xde masa untk tingkatkan pv smpai 100k. Bnyk k0t. Huhu
BalasPadamWah jealous-jealous
BalasPadamTahajud Cinta - Nafsu Ustaz Shauki
tahniah.. lepas nie bertambah lah imcome tu..
BalasPadamgoogle analytic pun tak pasang lg..kena pasan skrg nih!! :D
BalasPadamSalam. dia kena blog yg betul2 'masyuk'ya bro baru buleh pasang innit ni.?
BalasPadamSya belum smpai tahap lagi. harap dpt apply suatu masa nnti. Tahniah!
Assalam..
BalasPadamTahniah...
Rezeki di bulan yang mulia ni...
Bertambah mantap la nanti ya...
Tanniah sudah pasang Innity. Untuk menyertai Innity bukan mudah jadi perlu syarat-syaratnya dipatuhi.
BalasPadamtahniah ..saya perasan dah tapi saja tk tanya :)
BalasPadam