Salam semua, ramadhan menjelma lagi, dalam tak berapa hari lagi bulan mulia penuh keberkatan ini akan datang. Sudahkah anda menunaikan puasa yang terhutang bulan Ramadhan yang lalu? Jika belum masih ada masa, tunaikan secepat mungkin, kerana masa tidak menunggu kita.
Sebagai panduan sebelum mengerjakan ibadah puasa Ramadhan setahun sekali ini, berkemungkinan ada di antara kita yang terlupa niat puasa (jangan di amalkan) , jadi saya sertakan di sini niat berpuasa di bulan Ramadhan.
Sebagai panduan sebelum mengerjakan ibadah puasa Ramadhan setahun sekali ini, berkemungkinan ada di antara kita yang terlupa niat puasa (jangan di amalkan) , jadi saya sertakan di sini niat berpuasa di bulan Ramadhan.
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini - kerana Allah Ta'ala"
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini, sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"
Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz '..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua@sekelian@seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Contohnya seperti berikut:
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini, sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"
Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya di kira sah, Wallahualam.
Di bawah ini disertakan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. Bagi negeri-negeri yang lain, anda bolehlah ke LINK ini. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih diberkati Allah seperti tahun-tahun sebelumnya.
Bila berbuka puasa nanti, jangan lupa baca niat berbuka puasa pula tau? Di sini saya sertakan sekali niat berbuka puasa:
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Alhamdulillah, semakin hampir kita di bulan ramadhan..
BalasPadamtak sabar rasanya nak berpuasa..
semoga kita dapat tingkatkan amal ibadah kita..:)
Tak lame dah weh....
BalasPadamsalam
BalasPadamdah dekat kita dengan ramadan
selamat berpuasa semua
Salam Bro.
BalasPadamSekejap aje masa berlalu.
Assalam...
BalasPadamX lama dah yek...
Semoga dipanjangkan umur kita semua utk bertemu ramadhan thn ini...Amin..
Alhamdulillah dah makin menghampiri ramadhan.Moga kita dapat menjalani ibadah ini dengan penuh ketakwaan
BalasPadamSalam.
BalasPadamTak lama lagi dah nak puasa, harap-harap takde masalah nak berpuasa time mengandung ni, huhu...
terbaek
BalasPadam