30 Kanak-kanak dan empat guru yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids di Sungai Abong, Muar berjaya diselamatkan oleh pasukan Unit Tindakan Khas .
Seorang lelaki bersenjatakan parang menjadikan kira-kira 30 orang kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan dalam kejadian di pusat asuhan kanak-kanak Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan sakeh di Muar hari ini.
Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi.
Berikutan itu, sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman menyerbu pusat asuhan kanak-kanak itu kira-kira 3.45 petang ini.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata semua kanak-kanak yang berusia antara tiga dan lima tahun serta guru terbabit selamat.
Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah di Muar untuk pemeriksaan lanjut, katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Jalaluddin berkata lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke hospital tersebut untuk rawatan.
Terdahulu, sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha membebaskan tebusan menemui jalan buntu.
Wartawan Bernama yang berada di lokasi kejadian turut mendengar bunyi tembakan dilepaskan.
Drama tebusan itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi apabila seorang lelaki bersenjatakan tukul dan parang menceroboh pusat asuhan tersebut.MALAYSIAKINI
NOTA: Drama yang mendebarkan..syukurlah semuanya sudah selamat kecuali lelaki yang melakukan jenayah tersebut sahaja yang kini kritikal di hospital. Rasa risau bila memikirkan anak-anak saya pun ada yang di hantar ke pusat asuhan sekarang ini. Bagaimanalah agaknya perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini tadi ye? Perlukah selepas ini setiap pusat asuhan menggaji seorang pengawal keselamatan?
Assalam..
BalasPadamTakut jgk dgr...itulah sebabnya my hubby lebih suka saya tak kerja..
Penjenayah tu ada masalah mental kot..
Seram amat dengor citer macam nie :(
BalasPadamrumah asuhan kanak2 pun nk di samunnye..
BalasPadammanusia skrg mcm2 hal..
nk gajikan guard??
ermmm
dimana-mana pun ada penjenayah, jadi takut pulak begini!
BalasPadamkat malaysia dah ala-ala omputeh dah
BalasPadamdah makin x selamat anak2 kita sekarang
ada baiknya langkah keselamatan perlu diperketatkan...
BalasPadammelantik pengawal keselamatan adalah langkah terbaik..
pengawal keselamatan pula hendaklah yang masih cergas sekiranya melawan penjenayah.
Dia mungkin nak culik anak seseorang kat pusat asuhan tu kot?
BalasPadameeee seram dengornya....goner la yer kalau kita salah seorang keluarga mangsa yang terlibat...
BalasPadamsama sama lah kita berdoa semuga anak anak kita yang ditempatkan di pusat asuhan dilindungi dan dijauhi dari segala Musibah..amin...
salam
BalasPadamtak tahu bila masa kita dapat bersihkan negara ini dari penjenayah
payah... payah...
وعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
helo....
BalasPadamsyabas untuk unit tindakan khas PDRM
BalasPadam