SHAH ALAM, (Bernama) - Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi.
Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lepas.
Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi, dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.
"Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM, dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan. Dr Sahol Hamid berkata UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.
NOTA: Tahniah dari blog ini pada beliau. Selepas mengikuti program Askar Wataniah tempohari, hasrat beliau menyambung pelajaran adalah satu langkah ke hadapan dalam melahirkan artis berpendidikan. Menuntut ilmu bukan mengira usia dan masa, berterusan hingga ke liang lahad. Contoh terbaik buat golongan muda untuk mengejar setiap peluang yang ada dalam menimba ilmu yang tak pernah kontang dek kemajuan teknologi.
baguslah untuk dia :)
BalasPadampembelajaran sepanjang hayat....tahniah untuk kepada Dato' Siti...semoga jadi idola kepada para remaja
BalasPadamtiba-tiba saya rasa nak sambung pelajaran kat UiTM Shah Alam ..
BalasPadamdia rang banyak duit patut dah lama masuk OUM....ada ati nak masuk uitm
BalasPadamputus tak bisa disambung...huhuhu..
BalasPadamsalam,
BalasPadamada orang jalannya mudah..
peluang tiba depan mata berdepan..
tapi masih ramai yang demand..
ada orang ikut jalan jauh..
ramai pula yang mencemuh..
deperlekeh.. dinafikan hak..
yang penting diri sendiri kena kuat dan nawaitu biar betul..
:)
Sallam en Zul,
BalasPadamSemuga ramai lagi artis, anak2 muda,
yang dah dewasa, yang dah berkeluarga yang
ikut jejak langkan Dato' Siti. Contoh terbaik
dari seorang penyanyi tersohor tanahair.
elok la tu utk jadi contoh yg lain
BalasPadamteringat masa dia belajar tuisyen BI kat tempat kome IKIP Lipis dulu di lipis
dah kaya dah......buat apa diploma oiii
BalasPadamhehehe cam kelako pun ada. Dato Siti dah expert dalam bidangnya, rasanya Uitm boleh aje terus bagi PHD memandangkan beliau dah begitu lama didalam bidang ini serta mencapai begitu banyak kejayaan dalam industri muzik. Biarkan tempat yang ada diisi oleh anak-anak kita yang benar-benar memerlukan.
BalasPadambaguslah kalau sambung belajar...tapi dilihat dari rentak dato siti ni...pelik juga..pas kawin..buat biz....dah agak lama tinggalkan dunia nyanyian, nak sambung belajar bidang nyayian pula...Hm...mana 1 dia nak fokus??
BalasPadamtak apa lah....tak pakai duit saya :)
tahniah, w.pn dipuncak kejayaan dia ttp utamakan pndidikan....
BalasPadambelajar...walau hampir ke liang lahad.
BalasPadamTahniah diatas sungguhan beliau.
BalasPadamsemoga berjaya hendaknya
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
salam
BalasPadamsatu contoh terbaik untuk semua terutama remaja
dia bayar sendiri kos pengajian..bukan mcm kita sana loan sini loan....
BalasPadamdia belajar cr ilmu lah...bukan tuk cr sijil. tindakan yg murni tu, bukannya mcm sesetengah org .asyik mengeji je. jelouse le tu
BalasPadam