Ramai Yang Tak Tahu Cara Memakai Jaket



Salam semua, hari ini ramai kita lihat di kalangan kita yang sudah memakai suit mahupun jaket sewaktu bekerja. Mungkin sebagai uniform di tempat kerja yang di taja oleh syarikat mahupun yang memang terikut dengan pemakaian orang barat dan membeli sendiri tanpa pengalaman mahupun pengetahuan cara pemakaiannya.

Dalam kita ingin bergaya itu kadang-kala "rules"(peraturan) pemakaian ada setengah yang tidak tahu, main harung sahaja. Jadi bila kita dah pakai tu kena pula kita berurusan dengan 'client" orang barat dalam urusan kerja kita, nampak sangat di mata orang barat yang kita tak pandai pakai mahupun bergaya. Entri ini sekadar menegur, yang lainnya terserahlah kepada anda, kerana anda yang nak pakai kan?



BILA DUDUK DI KERUSI: Kalau jaket tu berbutang 2, bila duduk cepat-cepat lah buka butangnya supaya nanti butangnya tak tercabut pula bila anda duduk contoh ketika makan dengan client, kerana akan menjadi ketat di bahagian perut anda.

BERDIRI SELEPAS DUDUK: Bila bangun dari kerusi contohnya bangun dari meja makan , cepat-cepatlah butangkan balik agar kelihatan kemas semula.



PERATURAN MEMBUTANGKAN BUTANG:

Kelihatan jaket seperti gambar di atas ada 3 jenis yang selalu kita lihat di pakai orang ramai. Jaket berbutang 2 juga di kenali sebagai "single breasted 2 button", berbutang 3, "single breasted 3 button", dan jaket berbutang 4 seperti gambar di atas dikenali "double breasted 4 button,two button hole"

Perhatikan betul-betul mana butang yang perlu di butangkan dan mana yang perlu di biarkan tidak berbutang. Itulah cara sebenarnya pemakaian jaket mengikut peraturan menggayakan jaket. Ambil contoh jaket 2 butang di atas, hanya satu butang di atas sahaja yang di butangkan, butang lagi satu hanya di biarkan tidak di butangkan.

Begitu juga dengan yang berbutang 3, butang pertama dan bawah terakhir di biarkan tidak berbutang dan jaket berbutang 4 di biarkan butang terakhir sebelah bawah kanan tidak berbutang. Perkara ini jika di amalkan, akan kelihatan anda pandai menggayakan jaket di mata orang barat.



Terakhir sekali sewaktu pemakaian vest (waist coat) juga, sila pastikan anda tidak membutangkan butang terakhir vest anda. Itu sahaja tips yang dapat saya berikan hari ini berkaitan dengan fesyen lelaki. Alang-alang memakai cara barat mestilah kena ikut peraturannya, mengapa mesti nak memakai sembarangan dan menjadi bahan sinis mereka (client barat) pula nanti kan? Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 26, 2011

25 Komen:

  1. assalam x pernah kerja pakai bende gini
    kerja kampung je weh :)

    apa2 terima kasih atas perkongsian ilmu nih

    BalasPadam
  2. @Anak Ulu Cheka

    Boleh je pakai..
    murah je ler nih
    produk dari China
    he he..

    BalasPadam
  3. eh sama lah macam kat gambar profile fb ... hihi

    BalasPadam
  4. @Zik

    ha ha..
    itulah orangnya
    belum pakai suit
    lagi tu..he he

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama26 Julai, 2011

    Nak tambah sikit, masih ramai tak tahu nak beza antara 'blazer' dan 'lounge suit' serta 'black tie' (orang silap faham kata tie hitam).

    Sapa jadi secretary kena tau ni supaya boss tak malu. Bukan semua boss tahu.

    Walaupun bukan budaya pakaian kita, sekurang2nya kita memakai pakai mengikut majlis.

    BalasPadam
  6. @Kunang-Kunang

    ha ha..betul tu..
    setuju sangat..
    terer juga Akak ni
    ye? :)

    BalasPadam
  7. utk suit 3 butang, cikgu aku (org english) ajar satu petua...
    dr atas ke bawah, ingat SAN (seldom, always, never)..
    tp lupa nak tanya kenapa butang paling atas tu jadi SELDOM..

    BalasPadam
  8. errr...aiman masih student..mungkin benda ni berguna bila aiman dapat kerja2 best or pangkat tinggi...nice entry...thank 4 sharing...

    BalasPadam
  9. @cEro

    SELDOM maksud boleh sesekali di butangkan..tapi yang bawah memang NEVER

    BalasPadam
  10. salam ziarah sahabat.wah bagi lecturer nampak.sesuai dgn kepakaran awok.he he he.kwn tempoh baju boleh?

    BalasPadam
  11. kwn nok ajok awok ngeteh.tp x tau care nok hubungi awok.your number missing from my phonebook.sms me A.S.A.P if you still have my number

    BalasPadam
  12. salam
    tak boleh pakai, bro
    panas!
    kipas pun hidup segan mati tak mahu
    huhu

    BalasPadam
  13. @Kunang-Kunang

    banyak perkara kena belajar & ambil tahu kan..?! :-)

    BalasPadam
  14. saya main belasah je, abg zul....pakai sebab wajib kne pakai..klu ikutkan malas..panas la huhuhuhhhh

    BalasPadam
  15. Salam Zul.. kome pakai kemeja aje tak pakai jaket :) selalu juga nengok citer org putih goner gaya deme mengayakan jaket ini :)TQ 4 info :)

    BalasPadam
  16. smart betul kalau tgk org2 pkai suit mcm ni...slalu tgk mat salleh kat tv ngan artis2 m'sia la cume ade juga pattern suit yg direka berlainan n jenis material yg berlainan... kdg2 cantik,...kdg2 mmg xnmpk cantik langsung! ;)

    slm en.zul...semoga sihat2 selalu...nak lunch kat mana hrni?? ;)

    BalasPadam
  17. salam bro zul..
    sop pun x tahu lagi... sbb x der jaket lagi pun.. hahah

    BalasPadam
  18. Salam sahabat

    Terima kasih berbagi info. Lepas ni ramai yang tak segan nak pakai :)

    Have a great day ahead

    BalasPadam
  19. hohohohoh..... cam tu uuuuuuuuu,,...

    BalasPadam
  20. tips yang bagus. saya akan ping blog ini..

    eh jap.. kalau jaket motor lak takde tips ke? ekekeke!

    visit fanpages Blogger's Malaysia :)

    http://www.facebook.com/bloggers.malaysia

    BalasPadam
  21. thanks ... berguna tips nie untuk yang bekerja terutamanya di pejabat..;))

    BalasPadam
  22. Thanks for sharing.
    Walaupun tak pakai buat pi kerja tapi for informasi berguna untuk hari depan dan semua :)

    BalasPadam
  23. Assalam..
    Tak pernah pakai lagi..hehe..

    BalasPadam
  24. Kat Malaysia ,cuaca panas...rimas pakai jacket atau suit waktu siang...

    BalasPadam