Puasa Jangan Lupa Sahur Pula





“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa” :(Al-Baqarah : 183)

Salam semua, pejam celik dah masuk ke bulan Ramadhan " Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan", bulan penuh keberkatan dan bulan pengampunan. Esok, insyaallah jika di panjangkan umur akan bermulanya puasa 1 Ramadhan yang selalunya kita mulakan dengan amalan bersahur yang turut di kira sebagai ibadah jua.

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. 

Sabda baginda SAW : “ Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. ” :Hadis riwayat Ahmad.

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab yang lain ialah makan sahur.”  :Hadis riwayat al-Tirmizi.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. 

Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata: “Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” : Hadis riwayat al-Bukhari .

Jangan lupa baca:
Hari SYAK
Waktu Imsak Dan Berbuka 1432 H

NOTA: Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa buat semua umat islam. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk terus beramal ibadat di bulan penuh barakah ini dan di kurniakaan pengampunan akhirnya. Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 31, 2011

20 Komen:

  1. Selamat menyambut Ramadan juga dri saya n keluarga..:)

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa :D

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama31 Julai, 2011

    Assalamualaikum saudara Zulkbo,

    Selamat menyambut puasa untuk saudara sekeluarga.

    Orang2 yang dah senja macam kak ani ni kena bersahaor, nanti tak sampai ke petang pulak puasanya.

    Mudah2an Allah beri kita semua kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadahan ini dan seterusnya.

    BalasPadam
  4. kurang-kurang seteguk air dan sebijik kurma pon kira ok dahhh

    BalasPadam
  5. SALAM RAMADHAN AL -MUBARAK 1432H DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARIPADA BLOG AKUANAKPAHANG

    BalasPadam
  6. كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم

    BalasPadam
  7. alhamdulillah. selamat menyambut ibadah puasa juga

    BalasPadam
  8. Yeap.. Bangunlah sahur walaupun seteguk air :)

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa dan beribadah disepanjang bulan ramadhan al mubarak ini :)

    BalasPadam
  10. Selamat menyambut bulan ramadhan buat en.zul sekeluarga..

    BalasPadam
  11. selamat berpuasa..semoga mendapat keberkatan

    BalasPadam
  12. Selamat berpuasa bro Zul..
    Bersahur salah satu kenikmatan berpuasa.. adalah rugi kalau ditinggalkan :)

    BalasPadam
  13. Salam sahabat
    Selamat bersahur buat sahabat sekeluarga.

    Semoga kita dapat istiqamah dan dipermudahkan segala urusan.Amin

    BalasPadam
  14. salam saudara zulkbo..

    Selamat bersahur..EH3..Selamat berpuasa buat zulkbo dan sekeluarga.

    Jom tidur, esok nak bangun awal pulak kan..Bangun sahur..;)

    BalasPadam
  15. selamat bersahur - selamat menjalani ibadah puasa

    BalasPadam
  16. Lamanya tidak singgah...semoga tuan terus ceria...Selamat menyambut Ramadhan...Selamat menjalani Ibadah...semoga amalan diberkati...

    BalasPadam
  17. ╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
    ╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
    ┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳Ramadan ♥
    ╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
    ╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
    ╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲..


    Jom Lawat Teratak Buruk Saya:
    1. Statstik pekerjaan yang paling dipercayai di Malaysia!
    2. Malaysia nak guna duit syiling baru ala-ala euro coin!
    3. Geng pencinta yang tak mampu lupa kekasih lama!

    BalasPadam
  18. selamat berpuasa encik.. semoga bulan ramdahan tahun ini membawa seribu kerberkatan kepada kita

    BalasPadam
  19. selamat berpuasa en.zul...
    sahur ape pg td?? hehehhehe

    BalasPadam
  20. Assalam..
    Selamat berpuasa...

    BalasPadam