Perginya Sebutir Mutiara : Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali Meninggal Dunia



 انّا للہ و انّا الیہ راجعون



Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter

NOTA : Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah. Ucapan takziah dari saya buat semua ahli keluarga beliau, semoga mereka tabah dengan dugaan Allah ini..Al-Fatihah. (Lo' Lo' membawa maksud "Mutiara" dalam bahasa Arab)




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 17, 2011

15 Komen:

  1. takziah buat keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, insyaAllah

    BalasPadam
  2. salam tuan
    bermain teka teki seharian kisah ni
    maka kompem la sudah
    al fatihah...
    hilangnya pejuang hakiki

    BalasPadam
  3. al fatihah buat arwah..moga roh arwah dicucuri rahmat hendaknya..kita yg masih hidup ni knew amik iktibar.....(sori!terceramah plak)saya mengingatkan diri saya dan saudara n saudari sebenrnya...

    BalasPadam
  4. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip pasang audio sound sistem kereta

    AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

    Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
    7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

    BalasPadam
  5. salam
    takziah kepada keluarga dr lo'lo'
    baru ni je saya tahu

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..

    Ya Allah kau tempatkanlah rohnya di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Mu..

    BalasPadam
  7. Alfatihah dan takziah... Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah.

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum Zul

    Semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang diredhai Allah.. Amiin

    BalasPadam
  9. Al-fatihah dan takziah kepada keluarga Allahyarhamah semoga beliau di tempatkan di kalangan org2 yg beriman

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama18 Julai, 2011

    Al Fatihah, takziah untuk keluarga Allahyarhamah..Semoga rohnya ditempatkan dikalngan orang yang beriman dan yang beramal soleh. Ameen

    BalasPadam
  11. Salam Takziah kpd keluarganya. Tak dgr cerita pula arwah ada sakit kanser sbb nampak beliau sentiasa aktif

    BalasPadam
  12. yang hidup teruskna perjuangan... Dr lolo' seorang pejuang yang disegani.... berjiwa rakyat!!

    BalasPadam
  13. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam