Pantun Melayu : Pakaian





 
Anak itik dalam reban
Anak ayam lupa di kurung
Fesyen sekarang suka berkemban
Mana nak pandang si baju kurung
 



 
Pergi ke Sogo cari terompah 
Terompah kulit punyalah mahal 
Baik sekali berbaju tempah 
Tapi harganya dah tentu mahal




 
Kolek ke hulu hingga ke Terengganu 
Singgah di Pahang menjeruk maman 
Alangkah indah songket Terengganu 
Tenunan asli zaman berzaman


NOTA: Salam semua, saudara TEHR adalah seorang blogger yang saya hormati dan satu-satunya blogger di Malaysia ni yang menjadikan blog beliau pantun sebagai penulisan wajib di dalam setiap entri yang tulisannya. Seorang guru di Kelantan,  dan beliau berbangga sebagai pemantun.
Mulai hari ini blog saya juga akan cuba menyelitkan pantun-pantun, kebanyakkan pantun yang saya jual atau beli di blog beliau (buat koleksi). Bukannya pemantun yang pandai, tetapi saya cukup bangga dengan pantun melayu dan akan saya pelihara keindahan warisan bangsa melayu sehingga akhir zaman. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Julai 11, 2011

26 Komen:

  1. mudik ke hulu membawa berangan
    selisih perahu berbalas senyuman
    pertahankan pantun nilai warisan
    semoga kekal tak lupus dek zaman

    ewah.....:)

    BalasPadam
  2. Menulis satu artikel diblog itu mudah.. mengarang pantun itu sangtlah susah! :D

    BalasPadam
  3. balas pantun..

    niat hendak ke pekan Golok,
    tambat sampan di tepi pengkalan,
    masakan tidak mata terjolok,
    gadis berkemban di tepi jalan.

    mudik ke hulu mencari kepah,
    terus menjaja si buah pelam,
    tidak perlu bertempah tempah,
    beli saja di pasar malam.

    yang terakhir tak tahu nak balas macamana. hehe :P

    BalasPadam
  4. selamat berpantun, rodong.. :)

    BalasPadam
  5. Makan sayur ulam pegaga
    Senda gurau adat bicara
    Budaya bangsa harus dijaga
    Menjadi warisan pemangku negara

    try je ni mcm tak best je:P

    BalasPadam
  6. saya pun nak blajar pantun gak...nak blajar dr abg zul ya

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum saudaraku yang budiman,
    Ucapan salam menjadi pembuka tirai,
    Moga saudara sihat tenteram dan aman,
    Jauh dari kusut fikiran dan masalah terlerai.

    BalasPadam
  8. Salam...

    Tahniah.Pantun warisan Melayu akan
    kekal zaman berzaman jika semua orang
    berusaha mengekalkannya... :)

    BalasPadam
  9. teruja tgk org pandai berpantun2 ni...sy dulu amik satera blajar juga pantun2 ni....

    BalasPadam
  10. wahwahwah... berpantun lakkkk

    takbole nak berpantun ler, skrng minda tgh serabut.. hari ni pulak rasa begitu bosan skali...huhu

    BalasPadam
  11. alhamdulillah.. masih
    ada yg sayangkan warisan ;)

    BalasPadam
  12. Salam sahabat,

    Rusa bertingkah pelanduk yang mati
    Bahasa mu indah penyejuk hati.

    Jazak Allah Khairan,
    Umi

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,

    Baju kurung pakaian asli,
    Turun-temurun bangsa Melayu;
    Lagi cantik bertambah seri,
    Dipandang lama rasa tak jemu.

    Beli kuda baik dipacu,
    Pacu oleh budak-budak;
    Mahal sutera beli belacu,
    Tampal-tampal dipakai juga.

    Naik bukit perlahan-lahan,
    Bayar niat mudah-mudahan;
    Sungguhpun songket kain pilihan,
    Tapi tak boleh buat basahan.


    ....moga pantun warisan pusaka kan terus dimeriahkan.

    BalasPadam
  14. wahh bro zulkbo pun nak pantun jgk.. chip selalu berpantun di blog tehr ni.. jap yek saya nak balas

    Kayu Jati kayu yang berat,
    Tersilap angkat jatuh didada,
    Fesyen sekarang mengikut barat,
    Sebab ilmu tiada di dada.

    Seterunye Nabi Si Abu Jahal,
    Lancang mulutnya berhati sakai,
    Baju ditempah sememangnya mahal,
    Alah membeli menang memakai.

    Cerita Hang Tuah zaman berzaman,
    Dimula cerita dengan arakian,
    Kain songket sememangnya warisan,
    Dipakai ketika majlis perkahwinan.

    p/s: spontan je ni zulkbo.. maaf kalo sumbang bunyinya..

    BalasPadam
  15. terima kasih kerana membuat entri ini yang membolehkan saya menemui blog yang banyak menyelitkan pantun.

    saya telah ke sana dan akan cuba follow blog itu.

    BalasPadam
  16. saya tetap pakai baju kurung tapi...

    BalasPadam
  17. Assalam..

    Nak gilap bakat jgk la yang dah berkarat ni...

    Anak ayam tak sempat ke reban,
    Awal lagi pintu dah tutup,
    Fesyen sekarang suka berkemban,
    Di bawah pula kain tak cukup.

    Kalau sekadar nak beli terompah,
    Apa kata sendiri buat,
    Kalau nak selesa kena la tempah,
    Silap-silap beli pinggang tak muat.

    Anak ayam anak itik,
    Main bersama di perigi,
    Songket Terengganu memang cantik,
    Tapi belum dapat miliki lagi.

    BalasPadam
  18. assalam
    kome boleh baca je
    nok memantun x berkebolehan :)

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. saya paling suka pantun dua kerat yang ini..
    gendang gendut tali kecapi,
    kenyang perut sukahati..
    :D

    BalasPadam
  21. ish2 cik zul..sy masih setia berbaju kurung tau... :D

    BalasPadam
  22. pantun warisan berzaman, agar tidak hilang dek arus moden!

    BalasPadam
  23. teruskan usaha utk mengekalkan warisan...pantun melayu indah bahase nye

    BalasPadam
  24. salam

    kain batik dibuat kurung
    kain pelikat dibuat tanjak
    anak pelik bapanya murung
    si ibu pula buat tak nampak

    BalasPadam