Merokok Adalah Haram Hukumnya : Majlis Fatwa



Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.(Bernama)

NOTA: Harapan saya pada mereka yang masih merokok bolehlah mengikhtiarkan sesuatu sempena Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi. Jika di siang hari kita berpuasa, terdaya pula kita mengharunginya tanpa merokok. Apa kata kita teruskan TIDAK MEROKOK selama sebulan berpuasa itu, insyaallah semoga ketagihan merokok akan hilang selamanya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 22, 2011

9 Komen:

  1. eeerrmm...org yg merokok ni boleh diibaratkan sebagai org yg membunuh dirik sendirik plak kan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama13 Mei, 2012

      memang la.. merokok ni kira sama macam minum arak.. merosakkan organ tubuh badan.. memang la haram.. orang bukan islam pun tau rokok, dadah dan arak sebenarnya sama je..

      Padam
  2. Tanpa Nama22 Julai, 2011

    Mana tak haram. Orang yang merokok tau merokok boleh merosakkan kesihatan dan tubuh badan sendiri. jadi samalah dengan sengaja membunuh diri, cuma cara perlahan. Eeh marah orang hisap rokok ni.

    BalasPadam
  3. Salam Zul, aok dah brenti merokok ker ? :) Tak reti nak komen kalau bender dah jadi haram nie :(

    BalasPadam
  4. merokok ibarat membunuh diri sendiri.alhamdulillah...masih tak pernah lagi hisap rokok...

    BalasPadam
  5. hukum bunuh x akan dpt cium bau syurga, masuk jauh sekali sbbnya hisap rokok (ikut feqahnya gitu)

    insaflah sebelum terlambat

    kome dah berhenti 8 tahun... al hamdulillah kome dah insaf weh :)

    BalasPadam
  6. salam
    peluang baik untuk berhenti di bulan ramadan nanti

    BalasPadam
  7. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama12 Mac, 2012

    Di negara maju ROKOK SUDAH DIKATEGORIKAN DELIVERY TO THE DEATH , ADA 120 RACUN /NIKOTIN jadi bikin ketagihan susah stop nya , bos2 menjadi kaya raya dan tidak pernah merokok KARNA MRK MENJUAL RACUN DAN HUKUMNYA HARAM SAMA JUGA MENGHISAP HEROIN..MENGAKIBAT KAN JANTUNG SAKIT PARU/HATI ORGAN2 LEMAS KULIT JD KUSAN KERING MATA JADI RABUN.

    STOP MEROKOK SAMA JUGA BUNUH DIRI PELAN YG DILARANG ALLAH ..MEROKOK HANYA MEMBANTU KEMATIAN PELAN..INDONESIA NEGARA KORUPS MAKANYA PABRIK ROKOK MENJAMUR DARI MALBORO KENA TUNTUTAN MASAL DI AMRIKA NGACIR KE INDONESIA ..CINA2 KONLOMERAT IND KOLUSI SM PEJABAT IBLIS MENGHALAL KAN WALU HARAM..STOP IKLAN ROKOK TUK MENYELAMATKAN BANGSA

    BalasPadam