Merendah Diri Tidak Sombong Kemuliaan Pekerti Seorang Muslim





RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah Azzawajalla berfirman, Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah selendangku, sesiapa yang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyiksanya:Riwayat Muslim

Huraian Dan Pengajaran Hadith:

1. Segala kepujian dan sifat kebesaran hanya menjadi milik Allah S.W.T. Oleh itu Allah memberi peringatan bahawa tiada sesiapapun dari kalangan makhluk-Nya yang layak memakai mana-mana sifat tersebut melainkan Dia sahaja.

2. Setiap muslim hendaklah sentiasa merendah diri, tawadhuk dan bersikap sederhana. Jangan sekali-kali bersikap buruk dan keji kerana ia adalah sifat iblis dan syaitan laknatullah yang sentiasa menderhaka Allah S.W.T.

3. Sombong maksudnya adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh segala yang lain. Orang yang sombong akan merasa dirinya lebih baik, pintar, kaya dan hebat. Contohnya dapat dilihat pada diri Firaun, Qarun dan Abu Jahal yang bersikap angkuh dan tidak mahu menerima kebenaran.

4. Dalam surah Luqman ayat 18 Allah S.W.T. melarang kita daripada bersikap sombong sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri".

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 15, 2011

6 Komen:

  1. salam tuan

    besornya katak tu :)

    terima kasih tazkirah hari jummat

    BalasPadam
  2. terima kasih atas peringatan en.zul...semoga kita dapat menjauhkan diri dr sifat sombong...

    BalasPadam
  3. Salam Jumaat.Abg Zul...

    Mekasih mengingatkan...
    Manusia nak sombong2 pun watpe kan..
    Masuk tanah kena maan dek cacing gak nt...

    BalasPadam
  4. thanx bro..
    renungan di hari jumaat...:)
    saling ingat mengingatkan..

    BalasPadam
  5. Salam.
    Minta dijauhkan sifat sombong dan riak dari hati..

    BalasPadam