Laman Sosial StumbleUpon Dan Digg Antara Penyumbang Trafik Terbanyak Blog



Salam semua, sekadar berkongsi untuk blogger newbies sahaja. Pada yang pakar dan blogger tersohor tak perlu ikutlah ye? Begitu juga blogger yang pandai bermain SEO, sudah pasti setiap entri mereka akan tersenarai di muka hadapan SERP. Sudah tentu ini akan mengundang ribuan trafik masuk ke blog mereka, dan mereka ada cara yang tersendiri.


Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri saya sebelum  ini peranan laman sosial dalam kita berblogging, menghasilkan trafik ke blog kita. Anda boleh lihat gambar di atas sumbangan laman sosial seperti Stumbleupon, Facebook dan Digg dalam menghasilkan trafik masuk ke blog dalam jumlah yang agak banyak setiap minggu.

Berlainan dengan Twitter seperti yang di ceritakan oleh Bro Ariff dalam entrinya, tentang apa guna follower yang banyak, jika tidak menghasilkan trafik langsung ke blog kita. Setiap minggu saya tercari-cari juga kemasukan trafik dari Twitter saya yang seramai 1300+ follower itu. Sedih, ternyata benar sekali anggapan dan telahan Bro Ariff. 

 

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga target mendapatkan kedudukan bawah 600 blog terbaik di Malaysia.Tak sangka pula akhirnya blog saya berjaya memintas blog Hanis Zalikha yang popular tu (ranking Malaysia Hanis 673). Target tahun ini, saya ingin mendapatkan kedudukan bawah 500, walaupun agak sukar kerana terlalu ramai blogger yang mempunyai blog yang bertrafik tinggi di Malaysia sekarang ini. Memetik kata pujangga, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Insyaallah..Wassalam.



Entri berkaitan:






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 16, 2011

16 Komen:

  1. satu lagi ilmu permainan SEO dicurahkan tq sifu :)

    BalasPadam
  2. Kena maksimumkan penggunaan Digg dan StumbleUpon. Memang ada perubahan dari segi traffik yang dijana :D

    BalasPadam
  3. Tu jumlah trafik mingguan ker?
    Banyak tuuu...

    Rasa mcm dah reg Digg aritu tp x aktif...

    BalasPadam
  4. stumbleupon xtau plak aku.. haha
    kna try gak ni.. hihi..
    yg pnting usaha.. apa yg ada, kna cuba.. bru maju.. hihi

    BalasPadam
  5. yup...
    stumbleupon mmg terbaek
    visitor yg dtg dr stumble worldwide
    berbaloi try stumableupon
    ^^

    BalasPadam
  6. sudi apalah kiranya sdr buat cerita sikit SEO dan SERP.

    dan nak tanya sikit .. macamana nak guna stumbleupon tu ?

    BalasPadam
  7. @Anif®

    Betul tu..kena explored lebih sikit
    selamat mencuba Bro..

    BalasPadam
  8. salam
    tahniah bro
    dah hampir dengan target tu

    kalau boleh saya hanya mahu kekal bawah 1k je sekarang

    BalasPadam
  9. @al-lavendari

    Search engine optimization (SEO)IALAH PROSES MENGHASILKAN KEDUDUKAN BLOG KITA DI CARIAN ENJIN MELALUI("organic" or "algorithmic") DAN (SERP) ITU ADALAH KEDUDUKAN BLOG KITA DI MUKA CARIAN SAMA ADA HADAPAN ATAU BELAKANG..kalau depan dah tentu ramai orang klik,sapa yang nak selak muka selain muka depan kalau nak cari sesuatu di internet kan?Maka kedudukkan (SERP)itu memberi kelebihan trafik masuk ke blog kita.

    BalasPadam
  10. slm en.zul...
    dh bekpes ke?? hrni sy mkn ns lemak....
    semoga bergembira di hujung minggu ye.. ;)

    tahniah en.zul...
    trima kasih kerana berkongsi byk tips utk blogger yg xbrape nk fhm mcm sy ni heheheheh

    BalasPadam
  11. terima kasih kerana memberi penerangan ringkas yang memberi maklumat ttg seo dan serp itu. sekarang saya sudah tahu.

    BalasPadam
  12. Sedar akan kepentingan ping site diatas..tapi kenapa malas nak ping..ayak!!
    tahniah bro..diam2 berisi ni..hehe

    BalasPadam
  13. tak pernah pakai stumbleupon..apa disebaliknye ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang dulu banyak menumbang trafik
      sejak bertukar ke pemuka baru
      Stumbleupon jadi susah pula nak
      ping..hairan juga..ermm..lama-lama
      malas dah nak ke sana.

      Padam