Ketahui Adakah Blog Anda Selamat Untuk Di Layari Pengguna Internet : McAfee SiteAdvisor



Salam semua, hari ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan sofwares McAfee SiteAdvisor oleh kebanyakkan browser di dunia. Software ini akan menunjukkan kepada pelayar internet yang menggunakannya, adakah selamat sesuatu blog yang ingin di layari itu di carian enjin.

SiteAdvisor ini akan menunjukkan mengikut perkiraan warna yang di berikan. Jika hijau adalah selamat, kuning menunjukkan tidak berapa selamat dan merah adalah merbahaya kerana mungkin laman web tersebut mengandungi pautan malwares, spam atau perbagai lagi unsur yang akan mengganggu gugat komputer anda.




Apa itu McAfee SiteAdvisor? 
SiteAdvisor software adds safety ratings to your browser and search engine results.

Anda boleh melayari laman web McAfee SiteAdvisor untuk mendapatkan software ini di pasang di pelayar internet (browser) anda, dan ianya adalah percuma. Seandainya anda tidak berminat untuk meletakkannya di browser anda cukuplah anda mendaftar blog anda di sana kerana anda pasti mahu blog anda kelihatan selamat untuk di layari oleh pengguna internet yang lain seandainya mereka menggunakan software ini.



Bagaimana caranya?

Anda hanya perlu membuat pendaftaran segera dan tidak rumit, hanya di sudut sebelah atas kanan laman web McAffe tersebut. Sekiranya blog anda belum pernah di singgahi oleh crawler McAffe sebelum ini, akan di paparkan. Dan pasti lambat laun lepas ini crawler mereka akan ke blog anda untuk mengenal pasti adakah blog anda selamat di layari. Turut disertakan pautan yang selalu blog anda layari atau kena mengena dengannya, contohnya template blog anda.


Contoh di atas, blog saya ada pautan dengan Facebook dan sebagainya termasuk iklan Nuffnang turut di nyatakan. Ini memberikan gambaran yang baik bagi setiap blog atau laman web untuk di layari pengguna malahan saya rasa pihak pengiklan juga pasti tidak teragak-agak memberikan anda BE kerana blog anda adalah selamat di layari (andaian saya) he he..


Keputusan yang saya dapat adalah hijau dan blog saya bebas dari segala unsur "wares". Alhamdulillah, selamat mencuba buat rakan pembaca sekalian. "Sharing is caring",  wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Julai 21, 2011

12 Komen:

  1. Tanpa Nama21 Julai, 2011

    http://wanwidget.com/
    saya akan cuba jap

    BalasPadam
  2. Salam, nak cuba gak lah..thanks for info..=)

    BalasPadam
  3. baru je try ok juga

    tapi sebab dah pakai bitdefender total security 2012 x guna McAfee cuba je sekejap
    jadi berat pulak juga byk2 securiti nih

    BalasPadam
  4. t kasih en zul,
    anda memang blogger handalan :)

    BalasPadam
  5. Salam Zul, terima kasih diatas info yang bermanfaat ini TQ

    BalasPadam
  6. thank you for sharing bro...:)

    BalasPadam
  7. nak cuba jugaklah. tak pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  8. Salam...

    Mekasih bro..
    Sat gi koi check...

    BalasPadam
  9. As-Salam
    Maklumat yg sangat bermanfaat. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  10. Salam.
    Sya dah pegi register. tp xdpt apa2 keputusan lagi. Harap semua selamat

    BalasPadam
  11. salam
    nampak macam banyak kelebihannya
    tq.

    BalasPadam
  12. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam