Kadar Zakat Fitrah Di Malaysia 2011/1432H Dan Panduan Berzakat Fitrah


Jenis zakat ini ialah zakat badan yang di wajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang di tentukan. Sabda Nabi Mohammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bermaksud: "Rasullullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas orang yang merdeka, perempuan dan kaum muslimin."

Di samping itu, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri. Akan tersingkaplah tirai kesombongan dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Kadar zakat pada tahun ini 2011/1432H


Kini anda juga boleh melakukan pembayaran secara ONLINE dan juga melalui SMS dan penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.

1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya

NOTA: Menjelang Aidilfitri, bermakna umat Islam menuju kegembiraan. Inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, iaitu orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Kegembiraan pertama sewaktu berbuka (berbuka puasa dan berhari raya) dan keduanya ketika menatap wajah Allah SWT di dalam syurga (mafhum daripada hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad).

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.


Sumber: Lembaga Zakat Selangor 




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 26, 2011

11 Komen:

  1. Salam moh pakat bayor zakat :) goner naik ker kadar zakat di Pahang tu?

    BalasPadam
  2. @akuanakpahang

    mahal betul belanjanya
    di Pahang yak..?
    terkejut juga koi nengok

    BalasPadam
  3. kuala lumpur lak murah , perak pun rm7 ..

    BalasPadam
  4. murahnya selangor??? kan negeri kayo huhuhhhh

    BalasPadam
  5. dah RM 7.30 zakat utk Pahang ye en zul??

    Hurmm. Tak pe lah. Mahal ke, murah ke, mak senyum jer...sbb, my pokcik yg bayar!!! Muahahahaha...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama26 Julai, 2011

    Di Terengganu selalunya kadar zakat mengikut gred beras yang kita makan nasi tiap2 hari dirumah.

    Makan beras mahal, harga tinggilah dari orang makan nasi beras murah sikit.

    Kena ikhlaslah

    BalasPadam
  7. Assalam...
    Patutnya Kedah la kena tinggi sebab negeri jelapang padi. Dah biasa dah byr harga tinggi walaupun makan beras murah dulu2....Perlis pulak napa ada 2 harga? Perlis kecik je, buat bendang pun lalang yang naik byk...
    Berapa pun tak kisah lah, asalkan pahala puasa nanti tak tergantung di awang-awangan...

    BalasPadam
  8. bagus3. usaha & entry yang bagus :)

    BalasPadam
  9. Salam hormat
    good post..semuga diberkati usaha saudara

    gdnite,sleep tight.

    BalasPadam
  10. kenapa perlis dan terengganu ada 2 dan 3 kadar berbeza..?

    BalasPadam
  11. @siti murni

    penerangan Kakak Kunang Kunang di atas,mengikut gred beras yang di makan seisi rumah..
    :)

    BalasPadam