Gambar Kuchofuku Jacket Penghawa Dingin ( Aircond)


"Kuchofuku" yang bermaksud "pakaian penghawa dingin" itu mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai di Jepun, selepas bekalan elektrik terputus ekoran gempa bumi dan tsunami melanda negara itu pada 11 Mac lalu.

Pemakainya boleh mengawal dua kipas elektrik yang terdapat di dalam jaket tersebut. Kelajuannya boleh dikawal. Apabila dipasang, ia mengembangkan jaket. Ia mungkin kelihatan kurang menarik, tetapi ini tidak menghalang pemakai untuk berasa selesa.

Ilham itu datang ketika penciptanya, Hiroshi Ichigaya mereka cipta satu pendingin hawa yang menggunakan sedikit elektrik. Kipas-kipas dalam jaket Kuchofuku disambungkan pada pek bateri lithium-ion yang mampu tahan sehingga 11 jam dengan sekali cas.

Sebanyak 20 liter udara berkitaran sesaat dalam jaket itu dan dibebaskan melalui kolar dan lipatan kaki seluar sekali gus mengeringkan peluh dan menyamankan pemakainya.

Kuchofuku buat julung kali dilancarkan pada 2004 mendapat permintaan dari kilang-kilang dan tapak pembinaan. Sepasang jaket berpendingin hawa yang standard dijual sekitar 11,000 yen (atau RM418.00).(AFP)













NOTA : Ini memang cool !! Rasanya sesuai sangat jaket ini di jual di negara kita yang beriklim panas sepanjang tahun. Kena pula penggunaan jaket ini khabarnya menjimatkan tenaga elektrik jika di gantikan dengan penghawa dingin di pejabat. Apa kata anda? Pasti banyak pro dan kontranya, melainkan untuk kegunaan individu sebagai pakaian yang di gunakan ketika bersantai, contohnya sewaktu memancing ikan pasti amat sesuai.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 19, 2011

15 Komen:

  1. menarik2...,berapa agaknya harga.. malaysia nie rasanya sesuai... kalau nak pasang air cond on cost.. letrik lagi...

    BalasPadam
  2. @Zik

    RM418.00 sahaja Zikr..
    memang berbaloi-baloi
    he he..

    BalasPadam
  3. :D idea yang menarik! Rasanya tak lama lagi akan ada versi ciplak!

    BalasPadam
  4. Lepas ni bertambah pulak barang yg nak kena caj.. sebelum ni enset je.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama20 Julai, 2011

    jepun mmg bnyk idea menarik!win.......

    BalasPadam
  6. kalau dapat jadi 'sole distributor' bagus juga.

    sebenarnya 'pendingan hawa' atau 'penghawa dingin' ni ?

    saya rasa pendingin hawa lebih tepat !

    BalasPadam
  7. ..kat malaysia dah ade jual belom?
    macam best je

    BalasPadam
  8. Menarik.. minat juga nak beli satu :)

    BalasPadam
  9. Siap ada kipas bagai. Macam macam.

    BalasPadam
  10. huh ade jual kat malaysia tak
    nak se

    BalasPadam
  11. Wah ini menarik zulkbo.. mungkin harganya agak mahal.. tapi rasanya berbaloi.. untuk jangka masa panjang..huhuhu...

    p/s: ni boleh jd produk bisnes baru ni..hehehe

    BalasPadam
  12. wah...menarik ni. Kalau lah ada jual kat M'sia, laku gamaknya

    BalasPadam
  13. bagus juga kalau begini.

    BalasPadam
  14. Uih....boleh jugak nie guna masa travel..hehe

    BalasPadam
  15. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam