Gambar Himpunan BERSIH 2.0 Di Luar Negara





Melbourne, Australia



Perth, Australia



Seoul, Korea

Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter.

Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu ‘Negara Ku’.

Semasa di Perth, Australia, 150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang. Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut.

Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.


Malaysiakini


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 09, 2011

14 Komen:

  1. ok je kat luar
    kat sini polis je buat kacau

    BalasPadam
  2. @Anak Ulu Cheka

    Gitulah gayanya
    ermmm..heran juge?

    BalasPadam
  3. Ini semua memang dirancang.
    Kata kat Sabah pun ada gak.

    BalasPadam
  4. Kalau ada yang kotor2 tu elok juga dibersihkan jangan dibiar terus kotor gitu :)

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama09 Julai, 2011

    jemaah malaysia dah gelabah,,takut kena siasat,,ada yang jatuh ting***pulak lepas ni..

    BalasPadam
  6. Deme tau nyembur air je..

    BalasPadam
  7. salam
    harap2 mereka tak dikenakan tindakan nanti
    mereka hanya menyatakan pendapat
    tak kacau sapa2 pun dalam malaysia

    BalasPadam
  8. kalau tak suka jgn pangkah BN.Tk payah susah2 buang masa.dh terbukti rakyat sokong BN itu hakikat

    BalasPadam
  9. Malaysiaku Rumahku Syurgaku10 Julai, 2011

    tu la die....sng je ckp ''tau sembur'' / '' polis buat kacau'' ..... pasukan keselamatan bertindak berdasarkan undang2 dan arahan pucuk pimpinan.... sok2 kalau diri sendiri,anak bini ke saudara-mara perlukan pertolongan dari pasukan keselamatan baru la nk ckp ''nasib baik de polis'' contonhye:- rumah kene pecah,ragut, rogol, samun, sampaikan bergaduh ank beranak pun..... kalau x..... entah la fikir la..... negara MALAYSIA ni x ckup aman lagi ke? Allah je yg dpt bg petunjuk....... fikir sebelum bertindak....

    BalasPadam
  10. Semua negara menuntut perkara yg sma iaitu POLITIK YANG BERSIH...

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama11 Julai, 2011

    az tint: dah terbukti rakyat sokong bn?pe kayu ukur yang mengatakan dah terbukti rakyat sokong bn???krn mng PRU?

    rajin2kanlah membaca,manambah ilmu...byk hak kita sbgai rakyat dh dikhianati,tp masih rmai lg hati2 yang buta....

    Malaysiaku Rumahku Syurgaku: polis bergerak atas undang2?sedang Perkara 10 dalam Perlembagaaan menyatakan orang ramai mempunyai hak untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka secara aman... Agong sendiri dah benarkan buat di stadium, sepatutnya PM dan Polis WAJIB turuti perintah Agong...tp, pe yang berlaku?de ke PM & Polis ikut ckp Agong?x kn...so,xderhaka ke namanya ni......fikir2knlah...
    soal polis pula,brp ribu kes rogol smpai skrg msh xslesai?ne polis?tau nk tembak budak2 cm aminurashid tu je ke.... :-)

    BalasPadam
  12. not enough effort la...nisbah melayu dengan kaum lain 500:1 ...kaum lain pengecut!diorg sudah tipu melayu la..

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama14 Julai, 2011

    org yg menbuat demo adalah orang yang tidak mengenang budi,tak bertamadun,mereka tak sedar mereka mampu hidup dan makan hari ini kerana adanya kerajaan sedia ada..negara dah cukup aman dah tak payah nak berdemo..nama je terpelajar tapi hakikatnya sanggup jadi kambing hitam pada individu yang akidahnya terpesong..fikirkanlah anda boleh sampai ke menara gading kerana kerajaan sedia ada juga..jgn jdi manusia yang hipokerit...

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama03 Mei, 2012

    salah polis? isap kote anwar puas2!
    sbb anwar ada la ada rusuhan nak bagai!
    kat luar ok je? sbb anwar xda! propa ja lebih!

    BalasPadam