Rahsiakan Peribadi Pasangan Anda Adalah Tanggungjawab





RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu". (Riwayat Ahmad)

Huraian Hadith:

1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.

2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: "Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad dan Abu Daud)




Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 17, 2011

6 Komen:

  1. mudah-mudahan keluarga kita bahagia dikurniakan anak-anak soleh dan isteri yang solehah

    BalasPadam
  2. slm en.zul...semoga sihat2 selalu....

    hurm...btul tu....seorang isteri yg solehah mmg wajib menutup apa2 yg patut tentang hal suami isteri xkira lah pada sesiapa pn...

    semoga sy boleh jd isteri yg solehah satu hr nanti..amin... ;)

    BalasPadam
  3. Kalau dah bercerai pun sama kan? Kadang-kadang ada yang terlampau marah sampai lupa nak jaga aib pasangan.

    BalasPadam
  4. salam,

    indahnya bila masing saling mnghormati dan memahami....terimalah seadanya..
    Alhamdulillah. bahagia semua

    BalasPadam
  5. ade juga yg kongsi hal rumahtngga kat fb..ape nk jdik..

    BalasPadam