Laksa Teluk Kechai Alor Setar Kedah



Salam semua, kata orang Kedah.."kalau hampa singgah di Alor Staq jangan lupa pekena laksa Teluk Kechai ". Hari ini saya nak kongsi gambar sewaktu saya ke sana sempena cuti sekolah minggu lepas saya pulang ke Alor Setar menziarah keluarga mertua saya di sana.

Terletak di Jalan Kuala Kedah , ada beberapa restoran yang menjual laksa beras dan menjadi pilihan penggemar laksa, selalunya orang luar dari Kedah sebab orang Kedah sendiri kalau nak makan laksa mereka masak sendiri je..he he.

 
Menu utama restoran ini sudah tentulah laksa, baik makan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam. Ada juga menu selingan seperti pulut sambal dan beberapa menu ringkas yang lain  tetapi laksa berasnya adalah yang menjadi pilihan di sini.


 
Nak di jadikan cerita, anak lelaki saya berumur 6 tahun bila singgah di sini nak makan nasi ayam kegemarannya bila setiap kali kami sekeluarga singgah makan di luar. Mana nak ada sebab restoran ini hanya menjual laksa sebagai menu utama. 
 
Maka kami sekeluarga yang lain makan secara segera sahaja kerana nak ke restoran lain mencari nasi ayam buat si hero saya tu. Siap merajuk la pulak..menjadikan kami yang lain serba- salah, tak dapatlah nak bersantai lama-lama.
 

 
Cuba anda perhatikan dalam bulatan merah itu. Tambahan resepi yang menjadikan laksa ini sedap daripada laksa yang lain. Saya perhatikan saling tak tumpah macam otak-otak yang popular di negeri Johor sana. Tapi resepi apa di dalamnya hanya empunya kedai yang tahu. Wassalam.
 
 
 
 

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 06, 2011

22 Komen:

  1. saam encik zul dah sampai ke teluk Kecai ye........

    BalasPadam
  2. wahhh... jauh sangat nak p cuba... ^^

    BalasPadam
  3. As Salam bro Zulkbo...
    jauh tu gi bejalan....siap makan laksa kedah lagi...

    BalasPadam
  4. dah lama saya tak pekena laksa teluk kecai.

    BalasPadam
  5. Bulan ni dah dua kali berulang ke Merbok. Cari Laksa yang sedap jumpa kat Tanjung Dawai (jumpa choq gadung juga). Lain kali kalau ke Merbok lagi, nak lajak ke Alor Starlah cari warung ni...

    BalasPadam
  6. dulu gi kedah xsempat nk merasa...;(

    BalasPadam
  7. salam,
    mas pernah makan kt kedai yg sama. Tapi rasanya boleh tahan jer.. :)
    Mungkin sabab nak habis dah...

    BalasPadam
  8. Salam..

    Dah lama x makan laksa beras ni..teringin plak nak makan..petang ni juga aku beli

    BalasPadam
  9. sedapnya, nak cubala..
    tapi kuah dia nampak ceroi (cair + tak pekat)

    BalasPadam
  10. Aduh bro.
    Laksa ni la yang dicari time pergi Alor Star satu family. Boleh saya tak jumpa tempat ni. Ada map tak atau GPS coordinat?

    BalasPadam
  11. ha ah kuah mcm cair je x piyauu je nampaknya hehee
    tak pe nnti kalu lepas ke sana boleh cuba tu

    BalasPadam
  12. salam,

    ooooo orang rumah org kedah ye.. hehe
    saya tak penah makan laksa kedah tu...

    BalasPadam
  13. kecuq ayaq liuq chek...

    BalasPadam
  14. Nasib baik saya bukan peminat laksa..

    Kalau tak tentu lokasi ini akan ditandakan sebagai tempat yang bakal disinggahi!

    BalasPadam
  15. sedapnya,,godaan makanan kat sini. huhu

    BalasPadam
  16. ade plak laksa jual kilo yeee hehhee

    BalasPadam
  17. wah laksa mmg kegemaranku..

    kuah di alain dari lain palk heeee

    BalasPadam
  18. bro zul tak mintk resepi dia ker hee...

    BalasPadam
  19. @JARI TERBARAI

    ada yang datang beli laksa
    sahaja..kuah mereka balik masak
    sendiri..sebab tu jual ikut kilo
    untuk laksa sahaja..
    :)

    BalasPadam
  20. @suri

    erppp..
    orang lelaki nak mintak
    resepi rasa malu la pulak..
    he he..lain kali saya singgah
    tanya dia..apa resepinya
    :)

    BalasPadam
  21. saja nak mencelah..yang warna oren tu namanya sambal nyok(Kelapa), cili hidup di giling dgn kelapa. dan satu lagi kalau nak makan puas2 mmg kena beli beberapa kilo n makan kat rumah. sekilo tu sekali laksa dan kuahnya. Biasanya timesaya yg di luar ngr raya orang Kedah akan beli 4-5 kg untuk jamu orang yang datang beraya. kalau kat rumah mertau saya 6kg untuk makan kami anak, menantu n cucu2. kalau nak jamu orang siap kena beli 8kg baru cukup. dah kat seratus harganya....dulu murah..sekarang semua naik nak buat camna dah sedappp..kena belilah juga.

    BalasPadam