Klip Video Kontroversi Gambit Saifullah Marilah Menari : Memalukan Bangsa Dan Agama



Gambit diminta mengulas kenyataan Shahz Jazle dalam sebuah portal hiburan kononnya dia terkejut hasil klip video itu yang agak keterlaluan dan mengakui tidak selesa melakonkan adegan berkenaan.

Shahz Jazle menjadi model klip video bagi menjayakan single terbaru Prema Yin berjudul Marilah dengan aksi yang dilihat keterlaluan seolah-olah sedang berahi dalam menonjolkan keintiman hubungan suami isteri.

Ia menjadi lebih hangat apabila Gambit membuat kenyataan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat selain berpendapat ia tidak berunsur lucah seperti mana yang diperkatakan umum.

Gambit bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berhubung kenyataan yang diberikan oleh Shahz itu sebaliknya menjelaskan pelakon tersebut sedah mengetahui apa yang hendak dilakukannya.(mSTAR)

NOTA: Bila dah berpakaian menjolok mata , melakukan aksi yang sendiri patut sudah tahu salah dan akan mencetus kontroversi mengapa baru sekarang menafikannya. Orang " kita" bila buat sesuatu tak pernah sensitif dengan budaya dan tata tusila sendiri. Tak perlu nak bertelanjang kalau mahu berlakon dan menunjukkan bakat anda. Mengapa nak jual  sesuatu yang orang barat dah macam makan nasi (sex). Tunjukkan budaya kita, adat resam kita di negara mereka kerana itu menunjukkan kelainan kita dari mereka. Saya memang tak setuju dengan video klip ini yang pada pandangan saya hanya sesuatu yang memalukan bangsa dan agama.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Jun 07, 2011

45 Komen:

  1. tak de unsur lucah ke tu...
    budak2 zaman sekarang tak tau dah beza mana lucah dgn x lucah sebab dah terbiasa dgn hal gitu...

    BalasPadam
  2. kasihan generasi anak2ku..yg melatah dan diratah adalah kaumku sendiri....semuga ada tindakan dan amaran...islam agama resmi negaraku

    BalasPadam
  3. Dia buat alasan klip video ni bukan untuk tatapan umum kat Maalysia. yang tak bagusnya menghina blogger tu.

    BalasPadam
  4. salam..
    malunya mana nak letak muka ni...

    BalasPadam
  5. itu filem luar negara ke bro huu...

    BalasPadam
  6. Memang memalukan bangsa dan agama betul lah...sangat keterlaluan.

    BalasPadam
  7. alahaiiii ngerinya tengok benda2 camni
    bimbang kalau2 budak remaja dpt tengok!

    BalasPadam
  8. Semoga yang terlibat mendapat hidayah...

    BalasPadam
  9. sy pon rs mcm tu...
    mmg memalukan tp masalahnya org yg melakonkan tu xtau malu... ;(

    BalasPadam
  10. oh..inilah video klip yang mereka blogger2 bising yang menari depan peti ais tu ye...wah dah kecoh semalaya....hmm...sengaja nak timbulkan kontroversi lah tu pengarahnya...takkan pelakon tak perasan kot...

    BalasPadam
  11. Sangat memalukan sbb yang mengarah dan yang berlakon adalah orang ISLAM.....

    BalasPadam
  12. tulaaa....dah tak pikir maruah diri dah ni. semuanya nak kene ikut arahan. Persoalannya; perlukah arahan diikut?

    BalasPadam
  13. semua yg terlibat dalam pembikinan VC ni adalah bodoh.

    BalasPadam
  14. yang jadi masalah dia pun tak mengaku salah tuh,,

    BalasPadam
  15. sangat tak sesuai kan...malu dan geli geleman bila tengok clip tu..

    BalasPadam
  16. Assalam...
    Memang memalukan...Kerana duit, manusia sanggup lakukan apa saja dgn mengenepikan agama dan adab.

    BalasPadam
  17. Suruh Gambit tu pergi sekolah lagi la..cakap pakai otak letak kat lutut...Mat Saleh mana nak tengok video clip versi Melayu.Auta punya kaki..

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama07 Jun, 2011

    salam///
    em dh menjadi kebiasaan agaknya...kita jgn slahkn mana2 pihak.. dah tau mana yg baik, & buruk.. so fikir2kn lah.. masing2 dh besarkn... pape pOn terbaik///.....

    BalasPadam
  19. Salam..

    Cara mudah nak raih publisiti gitu laa..

    BalasPadam
  20. hi..i followed your blog

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama08 Jun, 2011

    Aslmkm Zul.
    Masaalah sebenar memang berskala besar.
    Seperti yang selalu Kak G katakan, memang banyak kepincangan & kelemahan yang ada .. gimana jadi begitu yang mesti difahami & tangani dulu.
    Amat salah untuk menyalahkan anak yang kasar & biadap kalau disalah-asuh oleh ibu-bapa & sistem masyarakatnya. Ya kan?

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama08 Jun, 2011

    memanglah itu cara orang yang akan ke neraka ,takkan tak tau orang yang masuk neraka ,kerjanya memang berkisar hal-hal menyusahkan semua orang. kalau suatu hari nanti kitajumpa dia kat mana-manalah,tengok air muka dia..... .

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama08 Jun, 2011

    sistem kita tiada amar ma'ruf nahi munkar.....bukan ciri-ciri negara Islam. Orang atasan yang ada suara dan power tak ada cakap apa-apa( bisu)

    BalasPadam
  24. salam bro zulkbo. "objek pelik berekor" yg terbang ni mmg bain nampak sendiri dgn opismate, opismate terus suruh bain cepat² snap gambar guna compact digicam bain yg biasa tu je. Sayang betul tak dapat record dgn videocam.

    Tentang 'blog fee' dan 'SERP' tu bain tak paham dan tak tau langsung camner nak buat. adeiii......

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama08 Jun, 2011

    sgt memalukan.dah b iasala tu.dah xde rasa sensitip lgsg..pela nak jadi ngan arts melayu kita ni.

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama08 Jun, 2011

    belajarla tentang agama ..jgn terus sesat..kta orang islam.bangsa melayu..bermaruah..

    BalasPadam
  27. rasa2nya budak2 pun boleh menilai video ni....tak sepatutnya video macam tu diterbit atau dilakonkan di negara penuh dengan adat ketimurannya...memberahikan.

    BalasPadam
  28. Dah tau video tu bertentangan dgn nialidgn nilai2 kita , nakk jugak buatt...kalau kene "hentam" terima aje laa...
    Satu lagi, ade ke mamat US nak tgk vedio tuu?

    Video Azan dalam Gereja

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama08 Jun, 2011

    Ape ke bangang klip ni.. Wei gambit gua rasa Lu tukar Nama la jadi sempit la baru ngam.. gua trasa tempias kebangangan lu gambit eh silap sempit!!!

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama08 Jun, 2011

    kesian dia, kenapa jahil sangat ye. semoga mereka diberikan petunjuk taufik dan hidayah dari Allah swt

    BalasPadam
  31. assalam..

    lbih baik xyah tgk hehe nnti kita pun ikut kene tmpiasnya

    BalasPadam
  32. ...zaman ni dah tak boleh beza apa itu kelucahan!

    BalasPadam
  33. terlampau nakkan glamor, maruah diri tergadai...popalih...

    BalasPadam
  34. Dia ni mmg kebaratan sket...

    BalasPadam
  35. Kesian Gambit Saifullah,Dek kerana nak sangat mengejar dunia yang penuh dengan glamour and glamouress sampai sanggup mengadai maruah diri bangsa dan agama. Begitulah teruknya kehidupan dan diri si gambil saifullah nie. malang sungguh nama sahaja melayu berugama Islam akan tetapi begitu sedih sehinggakan tidak mengetahui yang mana halal dan yang mana haram! sudah melalukan kesalahan besar pun masih lagi menafikan yang dia tidak melakukan nya..hahahah..kelakarlah kau gambit...! pesanan buat gambit saifullah, jika anda ingin hidup bahagia di dunia anda ambil lah kehidupan dunia sahaja..andainya anda ingin hidup bahagia di akhirat..maka anda perlulah mempunyai batas batas dalam melakukan semua perkara di dunia ini..jadi renung-renungkan lah..!!

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama09 Jun, 2011

    hahaha..betul tu betul..dia ingat mat saleh tu nak tengok ka vk cmni?? meka punya lagi dasat lol gambit yg pandai..skdar vk cmni meka x toleh pun..

    BalasPadam
  37. Tanpa Nama13 Jun, 2011

    Kesian budak ni..jauh sngt dah gayanya..hidup ni bkn dunia je gambit ooiii..mg Allah beri Hidayah pada gambit saifullah.amin.

    BalasPadam
  38. Tanpa Nama15 Jun, 2011

    ini apa yang kita dapat lihat dpn mata sendiri. yg kita tak nmpk kt blkg lg byk dan lebih teruk dr ni. sbb tu byk kes buang bayi. bila bersentuhan xjd masalah, berciuman tu jd biasa. bila berciuman jd biasa, dah terangsang apa lg? yg pntg kita umat islam ni jaga diri kita n anak2 kita. mak bpk pn xhairan bab sentuh2 dan bersalaman antara bkn mahram, anak pn xkisah la pegang2 kt luar rmh. tunggu je bala dr Allah malaysia kita ni bila hal mcm ni pn dianggap biasa saja... nauzubillah!

    BalasPadam
  39. Taubatlah saudara Gambit. Kalau ye pun nak jaja karya kita ke luar negara (U.S dan sebagainya) jajalah karya yang memaparkan nilai-nilai murini masyarakat kita. Karya yang saudara nak jaja tu dah berlambak kat luar negara, mereka tak hairan. Mereka lebih menghargai karya yang lebih asli tanpa menyogok mereka dengan unsur-unsur lucah.

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama16 Julai, 2011

    kerana diriku begitu berharga.

    BalasPadam
  41. Tanpa Nama22 Julai, 2011

    aslmkum....
    memang cakap korang tue betul tak ada salah.Tapi setiap manusia ada wat kslapn.Kita tak lepas dari buat kesilapan jadi ingat lah setiap manusia tak perfect mana pun.jadi bg lah gambit masa tok dia perbetulkan .

    BalasPadam