Juruterbang Malaysia Meninggal Dunia Nahas Pertunjukan Udara




JAKARTA, (Bernama) - Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat, petang ini.

Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh, 56, dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor. Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.

Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.

Difahamkan bahawa sejumlah lapan pesawat dari Malaysia termasuk pesawat malang itu mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu.

Pesawat lain ialah empat buah dari jenis C172, dua pesawat C150 dan satu pesawat PA28.

Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi, pesawat Eagle itu sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke tanah.

Pesawat malang itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam ke tanah lapang di Jalan Galaksi.

Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil, Padang.

Polis Padang berkata Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat penerbangan Berjaya Air.

Allahyarham berasal dari bandar Country Homes, Rawang, dan telah menyertai Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM, Allahyarham merupakan kapten pasukan aerobatik, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Zakaria adalah juga kapten Kelab Penerbangan Diraja Selangor dan juga, Ketua Jurulatih Penerbangan kelab itu.

Difahamkan isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila telah berada di Padang, Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya.

Beliau yang dihubungi Bernama di Sumatera bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 24, 2011

7 Komen:

  1. salam takziah dari blog ini buat keluarga Allahyarham..Al-Fatihah

    BalasPadam
  2. SALAM,
    TAKZIAH UTK KELUARGA DAN ALFATIHAH UTK ALLAHYARHAM ! AMIN !

    BalasPadam
  3. Takziah dan al-Fatihah.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Bila sampai waktunya maka berlakulah ia. Takziah buat keluarga Kolonel (B) Zakaria, moga terampun segala dosa..

    BalasPadam
  5. sudah sampai waktunya... semoga rohnya dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  6. ina, wan & family Bandar Tasik Puteri24 Jun, 2011

    takziah..buat keluarga.....saya yang mengenali allayarham dan keluarganya sememangnya merupakan individu yang mudah mesra dan tidak meninggi diri dengan kedudukannya....semoga allahyarham ditempatkan bersama orang2 beriman.....
    sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya....

    BalasPadam
  7. Al-fatihah kepada juruterbang terbabit dan takziah kepada keluarganya.

    BalasPadam