KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula pukul 1 pagi di perkarangan Masjid Negara di sini.
Jakim dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, beberapa aktiviti akan diadakan termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet Musytari, Zuhrah dan Marikh.
Kehadiran orang ramai dialu-alukan bagi meraikan program tersebut yang dianjurkan bersama Agensi Angkasa Negara, kata kenyataan itu. Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari pukul 1.25 pagi hingga 7.01 pagi. (BERNAMA)
Sempena gerhana bulan penuh yang di jangka akan berlaku diantara pukul 1-7 pagi, 16 Jun 2011 ini, satu program pencerapan akan diadakan di Perkarangan Masjid Negara (berhampiran tapak ekspo). Program akan berjalan seperti berikut.
16 Jun 2011
- 1 pagi : Pendaftaran peserta
- 1 hingga 7 pagi : Pencerapan gerhana bulan, Musytari, Marikh & Zuhrah, taklimat gerhana, pertandingan kuiz & solat sunat gerhana
- 7 pagi : Bersurai
Mari kita beramai-ramai meriahkan program cerapan gerhana bulan ini. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri Musytari, Marikh & Zuhrah melalui teleskop.
Salam Zul, kalau dekat2 leh juga join bagus best tu.
BalasPadamsalam
BalasPadamtau jugak pasal gerhana bulan ni.... hari tu ada terbaca..
slm en.zul..bz ke hrni??
BalasPadamada jg sy terbaca psl ni...
igt nak tgk juga... ;)
kalau dekat buleh pergi jugak nih...
BalasPadammenarik perkara yg jarang kita temui untuk melihat kebesaran Maha Pencipta
Teringin nak tngk. Tp jauh lah pulok..
BalasPadam1 pagi? Kalau sebelah rumah nak gak join. :)
BalasPadamSallam En Zul,
BalasPadamKalau dekat nak juga tengok,
kena buat rombongan paling tidak
1 kereta dari Lepih.
bestya..
BalasPadamklu d kl mmg tak blh pegi uhu...
dulu masa kecil2 asal masuk perpustakaan mesti cari buku pasal bulan bintang, planet heee
BalasPadamsemayang gerhana sekali yerk...
BalasPadambukan senang dpt peluang mcm nie kan, abg zul...
BalasPadamMenarik aktiviti tu.. buat menambah ilmu mengenai astronomi.
BalasPadamklu upaya kita laksanakan solat sunat gerhana...
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Kalau dekat mahu juga ikut serta..
yer arr...untung org dekat-dekat sana...ambil pengalaman & pengetahuan baru kalau dapat join program macam tu...
BalasPadamada gerhana bulan plak..
BalasPadamTerimaksih bagi maklumat ni..kalaupun tk dpt sertai program tu dpt tenguk dr rumah pun dah kira ok..
BalasPadamassalam..
BalasPadambgus program ni..
terima kasih Zul kerana war warkan>.
BalasPadamSALAM,
BalasPadamTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INFO
Minggu yang Gerhana..
BalasPadamKat mesjid ande buat solat sunat gerhana rasenye....
BalasPadamkalau dpt ikut serta lagi bagus!
BalasPadamselalu tengok bulan sebab nak kena bayar bill/.....huhuhuhu..
BalasPadamSemakin kerap pulak sekarang gerhana ni ya tak kira lah bulan atau matahari.
BalasPadammenarik ni.. agak2 kat Melaka ada buat tak program camni??
BalasPadamkena tengok ni
BalasPadamsalam
BalasPadaminsya allah sempat tengok walau pun dari rumah je
Nak solat sunat gerhana di mana2 pun takpe. Buat sendirian pun boleh tetapi digalakkan berjemaah. Semoga Allah terimah ibadah yang ikhlas daripada hambaNya.
BalasPadam