GENG BELUT Guna Facebook Rancang Curi Dan Jual Motosikal





KLUANG - Selicin-licin belut, terperangkap juga akhirnya. Demikianlah nasib anggota sindiket yang sanggup ambil risiko dengan menggunakan laman sosial popular, Facebook, sebagai meja rundingan untuk kegiatan mencuri dan menjual motosikal serta komponennya.

Sindiket, didalangi warga tempatan itu, menggunakan profil ‘Belut’ untuk berkomunikasi dalam kalangan anggota sindiket dan pembeli motosikal curi.

Menerusi laman terbabit, anggota sindiket akan menetapkan sasaran, mengatur strategi dan cara mencuri motosikal dengan pantas dan berkesan. Mereka guna ‘allen key’ sebagai kunci utama mereka.

Bagaimanapun, kegiatan mereka dikesan polis yang menangkap empat lelaki, dipercayai dalang utama dalam kegiatan jenayah terbabit pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Mohd Arshad berkata, polis mula menahan dua suspek apabila mangsa membuat laporan berhubung kehilangan motosikalnya.

“Kedua-dua suspek itu mengaku mencuri motosikal itu untuk dijual di pasar gelap,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam. Mereka akui terima arahan melalui profil ‘Belut’ itu.

Mohamed Fawzi berkata, polis kemudiannya menjejaki dua lagi kenalan suspek menerusi operasi Ops Lejang Belut.(Sinar Harian)


NOTA: Salam semua, ternyata perompak ini memang jenis yang celik IT dan menggunakan setiap kemudahan yang ada di dunia ini tanpa segan silu lagi. Kecanggihan teknologi di ikuti demi mencari rezeki, walau mereka pasti tahu rezeki itu dah tentu tidak halal dan salah di sisi undang-undang. Memang kena lah juga dengan nama GENG BELUT tersebut, sepandai-pandai dan licinnya belut akhirnya ke dalam "bubu"(penjara)  jua akhirnya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Jun 21, 2011

11 Komen:

  1. canggih dh perompak sekarang ni ..

    BalasPadam
  2. Buat jahat xkan kemane pun..
    Akhirnya kantoi gak..

    BalasPadam
  3. facebook kan free.... :D

    BalasPadam
  4. FB free, curi barang pun free

    BalasPadam
  5. haha.geng belut yang menyahut seruan.

    BalasPadam
  6. Susah plak kalau belut pun dah pandai mencuri ni. Kena menjejaki belut ler plak polis, habislah kena lumpur.... hihihihi

    BalasPadam
  7. Polis ke yg bagi nama Geng Belut tu...dasat gak nama hehehe...nak tergelak pn ade nihh...

    BalasPadam
  8. salam zul..

    gitulah kalau teknologi disalah guna.ada guna utk kebaikan, ada guna utk kejahatan

    BalasPadam
  9. aku ingatkan belut ni untuk kesihatan Lelaki je..penjenayah pun pakai nama Belud.Memang komersial nama belud ni..

    BalasPadam
  10. salam
    mereka ni memang pandai ambil kesempatan
    memang bijak

    BalasPadam
  11. sekarang nie kena berhati2... nama geng belud tak pernah dengar... tapi ada nama geng lain..

    BalasPadam