DARI Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda." (Riwayat Muslim)
Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda.
Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa.
Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati.
Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan.
Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari. Renung-renungkanlah..Wassalam.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Ramai yang muda dihati sekarang ni.. Mungkin sebab taraf hidup semakin meningkat. Wallahhualam..
BalasPadamtapi ramai juga yg sudah tua tetap berhati muda kerana terlupa mati sentiasa mengintai2 tk kira muda atau tua...
BalasPadamhati muda means..feeling young even though we are old :-) btw i have followed your blog i hope u can follow me back
BalasPadamsalam,
BalasPadamsemoga kita sentiaa mendapat hidayah-NYA
Rasa muda supaya kuat untuk beribadat macam orang muda.
BalasPadamSALAM,
BalasPadamTERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI
Sebelum sampainya waktu "itu"...hanya 3 perkara je yang akan tinggal didunia ini...
BalasPadamSama2lah kita beringat....
Contest Gempak DSLR 2011
Sallam En Zul,
BalasPadamRasa muda apabila kedua-dua rohani dan jasmani
sentiasa sihat.
ada ramai org tuan hati muda gatai nak berbini je...
BalasPadamsama kit muhasabah diri
BalasPadamsalam
BalasPadamazkirah yang baik untuk semua