Salam semua, memandangkan banyak carian berkenaan video sex lelaki yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang singgah ke blog ini, saya ingin berkongsi pada semua satu artikal yang saya baca dalam Malaysia Insider berkenaan isu yang hangat di perkatakan kebelakangan ini. Pandangan penulis ini sedikit sebanyak memang selari dengan apa yang menjadi pemahaman saya sebelum ini.
Video lucah yang memfitnah Anwar Ibrahim sekali pun ia kekal sebagai fitnah, dibenci dan dikutuk tetapi di sebalik semua keburukan itu dalam waktu yang singkat ia mula menyalurkan pengetahuan kepada semua tentang beberapa isu dalam perundangan Islam.
Walau pun tujuan asalnya untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memusnahkan kerjaya politiknya, menghalang Pakatan Rakyat dari merampas kuasa di Putrajaya, tetapi ia telah mendedahkan beberapa isu untuk difahami oleh orang ramai tentang perundangan Islam.
Sebelumnya beberapa isu tersebut hanya menjadi pengetahuan kepada mereka yang lulus dalam pengajian dan perundangan Islam, tetapi sekarang banyak isu mengenai Islam mulai difahami oleh orang ramai termasuk orang bukan Islam.
Orang mulai tahu apa itu qazaf dan isu-isu berkait dengan kesaksian dalam perkara itu. Isu pertamanya Anwar difitnahkan berzina. Bahan buktinya ialah satu slot video hitam putih. Bolehkah video ini dijadikan bahan bukti untuk mendakwa Anwar?
Video itu tidak boleh dijadikan bahan bukti bagi mendakwa Anwar atas tuduhan zina. Sebarang tuduhan zina atas sesiapa saja mesti didahului dengan membicarakan saksi yang membuat tuduhan itu dulu.
Tuduhan zina itu termasuk dalam kes qazaf. Orang yang dituduh tidak boleh disiasat dulu. Yang perlu disiasat ialah penyebar cerita yang dipanggil saksi. Dan saksi itu sendiri mestilah terdiri dari empat orang yang adil. Empat orang yang adil mengikut Islam ialah orang yang diketahui soleh.
Orang soleh dalam Islam itu bukan sekadar dia beramal soleh tetapi tidak diragui peribadinya, tidak pernah terlibat dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil. Bagi mereka yang terlibat dalam dosa besar, kesaksiannya boleh dipakai setelah diketahui taubatnya.
Dalam satu kejadian di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khatab, terdapat empat orang yang diketahui solehnya oleh masyarakat umum bahkan oleh Khalifah Umar sendiri. Mereka mengadu tentang satu maksiat yang mereka sendiri saksikan.
Ia melayakkan Saidina Umar membuka fail penyiasatan. Saidina Umar terkenal sebagai seorang yang keras, bengis tetapi adil. Orang tidak berani untuk berbuat sebarangan dengannya. Apabila orang mengadu kepadanya, maka ia tidak boleh dibuat sebarangan.
Orang yang dikatakan melakukan maksiat itu tidak dipanggil dulu. Yang dipanggil untuk dibicarakan dulu ialah empat orang yang membuat pengaduan itu. Apabila perbicaraan hendak dilakukan, seorang dari empat itu menarik diri menjadi saksi.
Maka Saidina Umar terpaksa menutup fail. Saksi tinggal tiga saja. Tidak cukup bilangan saksi adil yang dikehendaki. Sekali pun Saidina Umar keras dan bengis tetapi beliau tidak dapat berkata apa-apa tentang saksi yang menarik diri itu.
Dalam kes video lucah ini, Anwar bersumpah bagi menafikan tuduhan terhadapnya. Dia telah melakukan tindakan yang betul. Mahkamah tidak boleh memanggilnya dan memaksanya selagi saksi yang membuat aduan itu tidak adili dulu.
Seperti Saidina Umar tidak memanggil orang yang diadu melakukan maksiat, maka tidak wajar Anwar diminta bersumpah. Apa pun dalam kes video ini, tiga Datuk yang membuat dakwaan itu mesti diadili dulu. Apakah mereka layak menjadi saksi yang adil? Banyak tanda tanya tentang mereka.
Dan sekali pun mereka itu didapat sebagai orang yang soleh, tetapi bilangan saksi tidak cukup. Hikmat di sebalik syarat kesaksian yang ketat itu ialah Islam mahu menghindari fitnah, dan supaya orang tidak boleh membuat aduan begitu senang.
Apabila dibicarakan saksi membuktikan kesaksiannya, maka mereka dihukum dulu. Dan orang yang dituduh seperti Anwar tidak diusik langsung. Setelah kesaksian empat orang yang adil itu meyakinkan mahkamah, maka barulah orang yang dituduh dipanggil.
Setakat perkembangan yang ada dalam isu video ini, Anwar adalah orang yang terakhir untuk memberi keterangan. Segala cabaran baginya untuk bersumpah dan sebagainya itu, ia tidak buat dalam kontek perundangan, ia dibuat di luar mahkamah, benda yang di luar mahkamah tidak boleh menjadi kesaksian.
Sehingga ini video belum menjadi isu dalam perundangan Islam. Apa pun yang berlaku dalam isu video itu ia membuka peluang kepada orang ramai yang mengikutinya mengkaji dan memahami isu-isu tertentu dalam perundangan Islam. Sebelumnya isu ini tidak difahami orang ramai, tetapi dengan perkembangan itu semua orang mulai mempelajarinya. (Sumber)
NOTA: Itu pandangan peribadi penulis tersebut dan saya terima pandangan beliau itu sebagaimana pemikiran dan pemahaman saya jua. Semoga Allah membuka hati kita semua untuk menerima taufik, hidayah dan inayah dari Nya, lebih dekat pada Nya serta di hindari dari fitnah dunia dan manusia. Harapan saya agar kebenaran terserlah jua akhirnya. Wassalam.
betul te kome sokong pendapat deme tu
BalasPadamYa Allah jauhkanlah kami semua dari fitnah dajjal dan koncu2nya
teruslah berdoa semoga terhindar dari fitnah dunia yang kejam ni...
BalasPadamDunia akhir zaman..
BalasPadamAs salam bang, saya pon setuju dgn pandangan penulis tu..huhuhu
BalasPadamAda hikmah di sebaliknya...
BalasPadamGajah Liar . Part 2
semoga kita semua sentiasa terhindar dari fitnah Al-Masih Al-Dajjal. DilindungiNYA senantiasa, jangan mudah mepercaya fitnah...itulah yang sebaik-baiknya. Amin ya rabbal alamin.
BalasPadamdisebalik kesusahan ada kesenangan
BalasPadamulama-ulama yang keja dengan kerajaan takan diam je kot?
Salam Zul, masalah bila dunia sudah berada diakhir zaman semuanya sudah bertukar diantara yang hak dan yang batil bagai sudah tiada bezanya. Semoga Allah jua dapat memberi petunjuk yang sebenar (hak). Dunia manusia semakin keliru :(
BalasPadamAssalam...
BalasPadamSungguh berat dugaan yang ditanggung apabila sesuatu peristiwa terjadi. Harap2 kes ni cepat selesai dan tak ada yg teraniaya...
Disebabkan politik, ramai yg sanggup buat apa sahaja tanpa fikirkan dosa pahala..
salam bro zul. mari kita semua bersama2 berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua, amin.....:)
BalasPadamterbaeek aa sape yg tulis artikel tuh..
BalasPadamterima kasih kerana meletakkan dalam blog nih..
mereka yang tidak bersalah akan kelihatan tenang sebab dia tahu dia tak salah. orang yang nak menjatuhkan orang lain tu akan melakukan apa sahaja agar niat tercapai dan kerakusan akan terserlah..........
BalasPadamterlalu terang apa yang diorang buat!!panas hati ni.terlalu bermuka2
Aslmkm Zul.
BalasPadamApa yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT jua. Tentu ada pengajaran dengan segala yang berlaku.
Untuk dimasukkan orang2 yang mendapat keredhaanNYA, kKita mesti sentiasa berpegang kepada Al Quran & Sunnah.
Di negara kita terlalu banyak perkara yang bertentangan dengan hukum Allah & undang-undang Islam dilakukan.
Jika kita tidak berdaya mencegah semuanya yang berlaku, kita mesti tetap mencegah di dalam hati.
Semoga Allah SWT memelihara kita dari segala tempias bala & bencana serta pembalasan peritNYA. Amin, Ya Rabbal'alamin.
tuduhan yg sangat berat buat org2 yg mendakwa...semoga hidup kita sendiri dihindari dr gejala fitnah sebegini....
BalasPadamMemang betul apabila isu video ini dihangat...maka yang bukan islam pun dapat belajar..sedikit sebanyak tentang hukum islam...
BalasPadamAda kawan bukan islam kini dah faham makna hukum islam...which is ada hikmahnya disebalik isu hangat ini...
Semoga Allah pelihara kita dari fitnah akhir zaman yang dasyat ini...
Jadi artis macam2 gosip datang melanda.Jadi ahli politik macam2 fitnah datang bertimpa.
BalasPadamSkandals seks politik di Malaysia ni dah makin teruk. Memalukan Malaysia jer....
BalasPadamSalam,
BalasPadamSaya ada tambah video dalam entri terbaru saya,jenguk balik yer...
Seluruh Rakyat Malaysia Di Seru Turun Beramai-Ramai Ke Perarakan Bantah Lynas Dari KLCC Ke Kedutaan Australia Pada Hari Jumaat 20 Mei Ini
Ya Allah..kupasan yg sgt bagus ni cik Zul..jelas dan padat..mmg spatutnya org yg menyebarkan cerita tu harus disiasat dulu..kena pastikan samada mereka adalah dr golongan yg thiqah (boleh dipercayai) atau tidak.
BalasPadamSalam Bro Zul.
BalasPadambagi saya semua ni memalukan.
apa sudah jadi klu bgni..nama islam tu rosk dg sndri...
BalasPadamwalau tak mengikuti perkembagannya namun bila dah tersebar rasanya kita yg degar turut terima tempiasnya juga sb tahu..sb lihat huuu..
BalasPadamcepetlah kes ini reda dan berlalu
aduh...
Segala yang berlaku ada hikmahnya..
BalasPadamsebab tu politik dikatakan "kotor".
BalasPadamkes ni ibarat ludah ke langit je.
Penulisan ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan kpd kita2 yg masih percaya membabi buta penulisan2 di kebanyakkan media utama. Tahniah saudara myebarkan ia.
BalasPadam"Sesungguhnya fitnah itu lebih bahaya dari Membunuh".
tak habis2 lagi isu ni rupanya..haish!
BalasPadamsemoga kebenaran & keadilan dapat ditegakkan
salam
BalasPadamsaya juga setuju dengan pandangan beliau
saksi kejadian lebih utama
dan fitnah itu adalah satu kesalahan yang sangat berat
senjata paling bahaya ialah " Fitnah"....
BalasPadammembuat tuduhan sex terhadap lawan dalam politik telah menjadi senjata yang berkesan dalam membunuh karier politik seseorang yg dituduh sejak zaman 18an.sebab itu mereka yang telah belajar dari kesilapan org2 politik terdahulu amat berhati2 dalam isu ini memandangkan mereka yg berkuasa dan berwang amat mudah terjebak kedalam kancah (sex berbayar) xkiralah samaada wanita ini dipelihara seperti wanita simpanan atau dibayar mengikut tempoh perkhidmatan.raja dan sultan dahulu pun mempunyai ramai gundik jadi tanpa wanita maka tidak lengkaplah apa yang dikatakan rentetan terhadap keinginan memiliki kuasa dan wamg yang banyak.maka tidak hairanlah jika sseorang yang berkuasa dan berwang dituduh dengan tuduhan sebegini.sebab itu dalam islam dibenarkan beristeri empat.bagi yang mampu lebih baik kawin dari menyimpan perempuan simpanan.yang nyata video sex anuar ibrahim adalah satu konspirasi dalam membunuh karear anuwar kerana bukan mudah untuk merakam sesuatu tingkahlaku secara spontan tanpa diketahui oleh subjek melainkan perancangan yang teliti.
BalasPadamtuhan sajaa yang tahu..
BalasPadam