Tun Zaki Tun Azmi Ketua Hakim Negara Kritikal ?





PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi Isnin. Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Online. Bagaimanapun, beliau kini telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), untuk rawatan susulan.


TERKINI DI KEMASKINI: Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan lanjut setelah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya pagi ini, kata Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Persekutuan Yasmin Abdul Razak.

Katanya laporan beberapa media sebelum ini bahawa Ketua Hakim Negara telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan yang menyebut Zaki dimasukkan ke IJN setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya.

Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki, 66, dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan.(Malaysiakini)



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 23, 2011

13 Komen:

  1. berehat juga perlu..badan kena rest gak ...

    BalasPadam
  2. semoga beliau segera sembuh..

    jika sakit mmg sush kita nk buat kerja seharian kita :)

    hrp bro zul sihat jua

    BalasPadam
  3. Penyakit yg Allah berikan adalah juga kaffarah. Peringatan buat kita juga.

    BalasPadam
  4. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa2 kecil..semoga beliau cepat sembuh..

    BalasPadam
  5. semoga dia cepat sembuh..

    BalasPadam
  6. wad ED tu wad mati pucuk ke?

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama23 Mei, 2011

    allah bayar cash... sesungguhnya 2/3 dari hakim masuk dlm neraka. mudah-mudahan tun termasuk dlm kategori 1/3 yg masuk syurga amin......

    BalasPadam
  8. semoga cepat sembuh =)

    BalasPadam
  9. semoga beliau cepat sembuh utk jalankan amanah negara

    BalasPadam
  10. salam
    darah rendah ni memang boleh buat orang pitam je
    kena ambl garam ni

    BalasPadam
  11. saya pun darah selalu je rendah. Org lain sibuk2 darah tinggi. huhu..

    Semoga Tun cepat sembuh

    BalasPadam