Tips Membeli Secara Online







Dunia semakin moden, membeli belah sekarang semakin mudah cukup sekadar di hujung jari anda sahaja. Laman web seperti eBay, Mudah, Lelong dan ratusan forum-forum online menyediakan satu akses mudah kepada semua di dunia ini dengan barangan baru dan terpakai meliputi pakaian, buku-buku dan produk elektronik sehingga kolektibel luar biasa yang boleh bernilai sehingga ribuan ringgit. 

Penjual-penjual dapat menjimatkan banyak wang dalam pengiklanan dan promosi dengan memilih menjual produk-produk mereka secara online yang membolehkan mereka menawarkan harga yang lebih rendah untuk produk-produk mereka. Ini bermaksud, pembeli-pembeli mendapatkan belian yang bernilai dengan setiap barangan yang dibelanjakan dan semua ini dilakukan di dalam keselesaan rumah-rumah mereka sendiri. 

Walaupun ianya menjimatkan kos dan masa, membeli-belah secara online mudah terdedah kepada penipuan. Saya pasti kebanyakan orang telah mendengar cerita-cerita tentang transaksi-transaksi online yang tidak berjalan lancar atau mengalaminya ia sendiri. Jadi langkah berhati-hati perlu di lakukan dalam setiap pembelian yang ingin kita lakukan.

1. Periksa rekod-rekod penjual

Sebelum anda mula berurusan dengan penjual, siasat semua maklumat penjual. Maklumat seperti tarikh dia menyertai laman itu, transaksi-transaksi sebelumnya dan sejarah penuh senarai penjualan boleh memberitahu jika penjual itu tulen dan boleh dipercayai. Anda sepatutnya menjauhkan diri dari penjual-penjual baru dengan tiada rekod prestasi dan meminta pembayaran penuh. Mereka mempunyai ciri-ciri seorang kaki tipu. Berhati-hatilah..!

2. Jangan malu bertanya

Sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk menyoal penjual apa sahaja tentang produk mereka. Anda harus bertanya tentang apa yang disertakan dengan barangan yang dijual seperti aksesori-aksesori atau buku panduan dan lebih penting tanya tentang waranti walaupun ia barangan terpakai. Untuk barangan terpakai, anda patut meminta waranti peribadi selama seminggu supaya anda boleh mengesan mana-mana kecacatan atau kerosakan di bawah penggunaan biasa. Sudah tentu anda tidak akan mendapat wang kembali setidaknya anda berhati-hati.

3. JANGAN sesekali deposit wang ke dalam akaun penjual

Ini ialah perkara paling penting anda perlu ingat apabila membeli apa-apa secara online. Memberi wang anda kepada seseorang yang tidak dikenali amat bahaya. Sekalipun anda pernah membuat transaksi-transaksi online dengan penjual tersebut dan mempercayai penjual sepenuhnya, ia masih satu risiko besar terutama sekali apabila anda berurusan dengan wang yang banyak. Kadang kala, penjual mungkin akan meminta wang pendahuluan bagi mengelak pembatalan pada saat-saat akhir atau lebih dikenali dalam forum online sebagai 'FFK'.

4. Bersemuka dengan penjual

Satu-satunya cara bagi memastikan wang anda selamat dan pada masa yang sama mendapat barangan belian dalam keadaan yang sempurna ialah dengan membuat transaksi bersemuka atau tunai masa serahan (COD). Adalah disarankan berjumpa di tempat di mana terdapat ramai orang seperti stesen-stesen LRT atau restoran-restoran. Sekiranya apa-apa yang tidak baik berlaku, terdapat saksi-saksi. Sebelum anda membuat bayaran, uji barangan dengan teliti. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan betul dan mencukupi seperti yang dijanjikan. Apabila anda berpuas hati dengan apa yang anda lihat, anda akhirnya boleh membuat pembayaran.

Dengan pengunaan internet yang semakin berkembang secara tidak langsung memudahkan kita dalam setiap urusan. Dari perbankan internet sehingga ke mengisi borang cukai LHDN, membeli belah online menjadi trend terkini. Cuma nasihat saya berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan keputusan anda. Harapan tip-tip di atas dapat memberi garis panduan buat kita semua. Wassalam.


 Sumber: Maxis MY LAUNCH PAD



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 06, 2011

0 Komen:

Catat Ulasan