Petua Menghadapi Musim Hujan Petir






Ribut petir dan kilat merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun, selalunya pada waktu petang dan awal senja. Memandangkan 2-3 hari ini kerap sangat hujan di ikuti ribut petir melanda tempat saya tinggal di Ampang, saya ada sedikit perkongsian di sini.

Apabila ribut petir beserta kilat mula melanda, dapatkan perlindungan samada di dalam rumah, bangunan atau kenderaan. Jika berada di kawasan terbuka atau di dalam hutan, cari perlindungan di kawasan tanah rendah atau di bawah pohon rimbun yang rendah.

Jika Berada Di Rumah Atau Bangunan Ketika Ribut Petir Dan Kilat :
  1. Jangan mandi kerana peralatan di bilik mandi boleh menyalurkan arus elektrik.
  2. Jangan gunakan telefon, kecuali semasa kecemasan.
  3. Tanggalkan semua plug elektrik dan matikan semua peralatan elektrik seperti komputer dan alat penghawa dingin.

Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan:
  1. Berada di kawasan terbuka atau kawasan tinggi
  2. Berlindung di bawah pokok-pokok tinggi.
  3. Menggunakan telefon, peralatan elektrik dan elektronik
  4. Memegang benda-benda daripada bahan logam.
  5. Jangan ke laut dan patuhi arahan pihak berkuasa jika ribut berlaku.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 23, 2011

11 Komen:

  1. Salam zul, terima kasih berkongsi petua yang menarik.

    BalasPadam
  2. yela...skrg ni mmg musim guruh n petir...
    smpai bergegar rumah...

    trima kasih kerana berkongsi tips... ;)

    BalasPadam
  3. huh iye ke
    kat kuantan nih panas bedering wehhh

    terima kasih kongsi maklumat ;)

    BalasPadam
  4. salam
    tahun lepas ada jiran kami [siam] mati dipanah petir kat sawah

    elok la ambil langkah berjaga2

    BalasPadam
  5. salam..
    kelemahan sy di kala hujan adalah guruh dan petir..mesti akn cari org utk dipeluk atau pekup bantal kat telinga..haha..eii,takut :D

    BalasPadam
  6. bagus info ni..mmg risau kalau petir kilat ni

    BalasPadam
  7. info yang sangat berguna..sama2 ambil manfaat..

    BalasPadam
  8. Mesti nak ingat lepas ni...

    BalasPadam
  9. Satu ketika dahulu banyak juga berita yang disiarkan orang kena petir ... hangus satu badan .... mungkin petua saudara Zulkbo amat berguna terutama seseorang selalu bekerja di luar ... b3njy pun kekadng kerja kat luar juga dan petua zulkbo akan b3njy gunakan di situasi tersebut. Tq atas info berguna ini ....

    BalasPadam
  10. malaysia diantara negara yang paling banyak petir berlaku dalam setahun...

    BalasPadam