Perjuangan Belum Berhenti : Selamat Hari Pendidik (Guru)





Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Si guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertamanya mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu ! "

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat dan pelbagai cara tapi tidak berjaya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar;  digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah dan akan membalas balik secara terangan. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menolak anda perlahan-lahan ke pinggir, sehingga anda sendiri tidak menyedari.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dirobohkan"

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka. Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam, kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedari ".



NOTA KAKI: Sekadar renungan di hari sambutan khas buat warga pendidik di Malaysia 16-Mei-2011, "GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA". Tak lupa buat kedua ibu bapa saya yang mendidik saya dari kecil agar menjadi insan sebenar di dunia ini. Siapalah saya seandainya tanpa tunjuk ajar dan panduan kalian berdua. Juga buat warga guru-guru di sekolah kerajaan, swasta mahupun sekolah pondok jasa kalian tidak terbalas walau hanya dengan ucapan "Terima Kasih". Wassalam.



    Sumber: Halaqah.net


    Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 16, 2011

    21 Komen:

    1. Assalam..
      begitu besar pengorbanan para pendidik semua demi melihat kejayaan anak didiknya..

      selamat hari pendidik tuk semua pendidik..

      BalasPadam
    2. Buat semua warga pendidik, selamat hari guru. Jasamu tidak terbalas..

      BalasPadam
    3. bangga bergelar pendidik w.pn kerjanya xglemer cam kerja org lain....

      blog PSV :
      http://panitia-psvskpk.blogspot.com

      BalasPadam
    4. Assalam...
      Amat tertarik dan terkesan dgn penulisan di atas.

      BalasPadam
    5. Selamat Hari Guru..tanpa guru siape la sy...:)

      BalasPadam
    6. Selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu.

      BalasPadam
    7. Salam Zul..

      Selamat Hari Guru pada semua guru2 yg pernah mendidik kita.

      BalasPadam
    8. Salam Zul, selamat hari guru juga buat semua warga pendidik kita. Jasa guru ttp dikenang.

      BalasPadam
    9. Salam..semoga guru2 kita diberkatiNya dengan ilmu yg pernah dicurahkan kepada kita.. :)

      BalasPadam
    10. salam...

      lama dah tak nyinggoh sini...apa2pun, sebagai guru..hanya kalangan guru saja yang tahu...apa erti keguruan sebenarnya...

      BalasPadam
    11. Assalamualaikum...

      Moga saudara sihat hendaknya..
      Takkan pernah terbalas jasa seorang guru..
      Moga Allah kurniakan kebaikan yang banyak buat mereka yang bergelar guru..

      BalasPadam
    12. assalamualaikum..

      ilmu yang mereka curahkan bukan kepalang manfaatnya

      BalasPadam
    13. cantik perumpaannya sama cantik dengan pulau tu

      slamat hari guru… pelita yang terbakar harap terus bersinar

      BalasPadam
    14. Tak belajo tak reti weh.Walaupun dia ngajo satu huruf dia tetap seorang guru.Kala lagi banyok dia ngajo sendiri mau ingat la...

      BalasPadam
    15. selamat hari guru semua

      BalasPadam
    16. selamat hari guru, terima kasih kerna mgajrku erti kehidupan,keakinan pd diri sndri :) klu tak smpi kini aku akan mjdi seorg yg pemalu heee

      BalasPadam
    17. selamat hari guru untuk guru2 malaysia..

      BalasPadam
    18. wah panjang entry kali ni ye...mak bapak guru yang termulia...

      BalasPadam
    19. Guru yang tidak pernah mengharap apa 2 balasan dari anak didiknya melainkan hanya keredhaan dari Allah... selamat hari guru..

      BalasPadam
    20. وعليكم السلام ورحة الله
      Terima kasih semua kerana
      sudi singgah dan mencoretkan
      komen anda di sini..amat saya
      hargai..jazakumullah khair..

      BalasPadam
    21. Selamat hari guru. Guru adalah orang yang mulia. Mereka dapat membantu kita menjadi orang yang sukses dan luar biasa

      BalasPadam