Penghargaan Iklan Percuma Buat Pengomen Tegar



Salam semua, sebagai tanda penghargaan buat pengomen tegar di zulkbo.com, saya dengan ini mengumumkan akan memberi iklan percuma sebanyak 3 ruang iklan di sebelah kanan blog ini. Penghargaan ini berdasarkan jumlah komen keseluruhan sepanjang saya berblogging .


Memandangkan masih belum ada widget yang boleh mengesan pengomen secara tepat berdasarkan jangkamasa tertentu buat pengguna platform blogspot, maka widget ini sahaja yang dapat saya gunakan. Diletakkan di blog hinggap saya untuk mengurangkan beban blog utama ini.

Saya akan mengenal pasti dalam setiap minggu blogger mana yang berada di kedudukan 3 teratas sahaja untuk saya berikan ruang iklan percuma tersebut selama seminggu bermula setiap hari Isnin. Banner blog pengomen tersebut akan saya buat sendiri, kalau tak cantik maaf jua yang saya pohon.

Tanda ukhwah antara kita, tidak dapat saya balas dengan wang ringgit kerana saya tahu kalian semuanya ikhlas dalam melakukannya. Pada yang sentiasa sudi singgah dan meninggalkan komen anda di sini jutaan TERIMA KASIH , jangan lupa singgah dan komen lagi.

Maaf jika saya jarang blogwalking dan membalas kunjungan anda kembali sekarang,  kerana kekangan beban tugas di tempat kerja. Waktu bekerja sekarang hendak jenguk blog pun tak sempat, cuma bila di rumah sahaja. Bagaimana pun saya tetap balas sehabis mampu saya, insyaallah. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mei 05, 2011

16 Komen:

  1. Nampaknya kena usaha lagi ni.. Tak cukup "power" untuk tersenarai sebagai "pengomen tegar" di blog ini :)

    BalasPadam
  2. assalam tak masuk kome yek!
    tak pe weh masuk x masuk kome tetap lepak sini sehari 2 3 kali heheheh

    BalasPadam
  3. Salam Zul, alhamdulilah nama blog saya ada disenarai diruangan tersebut :) kalau sudi menepetnya keciklah tapak tangan saya nie :) adat berbloglah Zul tolong menolong terima kasih utk segalanya.

    BalasPadam
  4. dengan pantas melebihi had laju aku muncul..susah nak dapat promosi free kat blog famous macam zulkbo..

    BalasPadam
  5. Assalam..
    Patut la tgk ada kelainan sikit masa dtg siang td. Saya pun tak sempat nk blogwalking dan komen blog lain dalam 2, 3 hari ni...
    asyik balik kg je berubat anak sakit.

    BalasPadam
  6. tahniah pada pengomen tegar blog bro..
    kami tak dapat nak komen mcm dulu lg,mmg sibuk sgt skang ni,ada free je dtg main blog,
    semoga blog bro semakin maju..:)

    BalasPadam
  7. Tak kisah pun ada habuan ke tak de. Kalau nak komen, saya komen je. Larat ke nak maintain tiap minggu tu?

    BalasPadam
  8. Sama la kita...
    masa nak berblog kurang sgt skrg ni...
    Bagus cara penghargaan kepada pengomen tegar nih..

    BalasPadam
  9. Hmmm cam menarik gak idea nih...leh diketengahkan...hehehe

    BalasPadam
  10. salam cik zul..
    terima kasih utk banner tu..
    tak sangka plak byk jga komen sy kt blog ni..hehe
    semoga cik Zul trus sukses utk berblogging.. :)

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum Zul

    Kak tak tersenarai.. jarang dapat jalan-jalan.. tahniah kepada pengomen tegar.

    BalasPadam
  12. sikap menghargai itu suatu amalan yg mulia..

    terpanggil untuk bersama sbg follower..

    BalasPadam
  13. salam
    nampak macam banner tehramuan tu
    hehe

    terima kasih, bro

    BalasPadam
  14. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam