Orang Malaysia Minum Arak Serupa Minum Air






Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semalam dilaporkan berkata, penggunaan alkohol di negara ini menjadi semakin serius.
Beliau mengulas, statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia berada di kedudukan kesepuluh mempunyai peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan AS$500 juta (kira-kira RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan bir pula mencecah 11 liter per kapita.(sumber)

NOTA: Salam semua...? Nak cakap tahniah ke nak berleter marah-marah ni? Memalukan sungguh bila membacanya. Anda nilailah sendiri wahai pembaca yang budiman. Kita sibuk bertelagah mengatakan agama islam agama rasmi negara kita, walhal kaum lain dan agama lain tidak pernah kisah dan akur dengan islam agama rasmi perlembagaan Malaysia. Contoh saya dan rakan-rakan sekerja yang lain semuanya berlainan agama.

Tetapi realitinya rakyat Malaysia sekarang minum arak dah sama macam minum air masak pun ada. No ke-10 ranking dunia tu..ermmm, kena lakukan sesuatu yang drastik ni. Tidak besok anak-anak kita dah tak dapat nak beza mana air mineral, mana air todi :) . Nak tunggu juga komen menteri agama kita nanti, dan sudah tentu dalam banyak-banyak penyumbang peminum tegar arak adalah di kalangan melayu islam kita. Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 24, 2011

32 Komen:

  1. salam
    kita ada kilangnya, bro
    teguh berdiri dengan megahnya
    huhu

    BalasPadam
  2. maybe refer to golongan bukan Islam di Malaysia kot...takkan org melayu minum jugak....

    BalasPadam
  3. @MiYOKO SuKi

    Doa dan harapan saya begitulah..
    tapi kita tunggu lah nanti komen menteri agama tentang perkara ini

    BalasPadam
  4. @tehr

    Patutlah banyak yang tak berkatnya..
    arak penyumbang ekonomi negara
    :(

    BalasPadam
  5. Mencegah lebih baik drp mengubat... tutup aje kilang arak tu... kalau nak berpandukan pada slogan malaysia boleh mmg hancur :(

    BalasPadam
  6. Rangking terbaik dunia..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum
    ntahlah..
    takut plak bila difikir2..moga2 kita semua dijauhi dari mendekati perkara2 yang sah2 haramnya ini

    BalasPadam
  8. air tue senang nak dpt skrg nie..sbb tue la org melayu nie buat mcm air mineral jek..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama24 Mei, 2011

    Kenapalah jadi macam ni.

    BalasPadam
  10. selagi kilang tu tak berkubur, semakin tinggila peminumnya..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama24 Mei, 2011

    pusing2 bincang, orang akan kata kalau takde permintaan takde lah penawaran. tetapi, penawaran melebihi tahap yang diperlukan. sepatutnya, arak ni hanya dijual sekadar untuk memnuhi keperluan rakyat yang bukan Islam sahaja. tak perlu sampai berlambak2 dan mudah dibeli di kedai serbaneka 24 jam

    BalasPadam
  12. Elok sangatlah entri ini untuk meningkatkan kesedaran semua pengunjung dan memanjangkan dakwah mengenai hal yang berkaitan...pahala mencurah-curah tuuu.

    BalasPadam
  13. Betul ke ni?
    Kita peminum arak ke10 terbesar dunia?
    Nak kena bangga ke atau nak sedih?

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum sdra...

    Moga sihat hendaknya..
    Anak murid kepada Imam Al-Fudhail tidak boleh melafazkan syahadah semasa sakaratul maut kerana meminum arak setahun sekali untuk tujuan perubatan. Apatah lagi kalau minum setiap hari. Akhirnya anak murid tu mati dalam kekufuran..

    Kepada yang sudah terlanjur, bertaubatlah!

    BalasPadam
  15. itu br minum arak..belum hisap rokok lg huhuhhh

    BalasPadam
  16. salam ,

    sekarang ni melayu pun pandai minum arak tengok aje rancangan 999 tu , mcm2 org melayu buat tak melambangkan islam pun , makin lama makin hilang kemelayuannya dan keislamannya , patut nya tak de kilang arak di malaysia baru lah benda tu mahal susah nk dapat ..

    BalasPadam
  17. suka dengan ketegasan bro..biar serius mananganinya baru kita amik langkah drastik!

    BalasPadam
  18. entah apa bt suka minum todi saya tak tahu..klu dah kerna kawan, tekanan tu mmg manusia tu tak pandai kawal masalah dgn baik...

    BalasPadam
  19. @akuanakpahang...erm...ada jugak dgr pihak yg nak tutup satu ketika dulu...tp smpai sekarang...senyap jer...

    BalasPadam
  20. harapnya saudara seagama dan sebangsa kita tak masuk dalam senarai penyumbang tegar ni...wanau'zubillah

    BalasPadam
  21. memalukan lah! kita ni negara islam...tapi jadi macam ni pulak..

    BalasPadam
  22. @MiYOKO SuKi

    patutnya statementnya mcm ni..
    "takkan org Islam minum jg.."

    BalasPadam
  23. orang melayu islam pon dah tak segan nak minum secara terbuka

    BalasPadam
  24. Salam.

    Malaysia bukan setakat ada kilang tapi sya pernah terbaca ada golongan elit(melayu le,islam lagi kot) yang menjadi director dlm syarikat minuman arak.
    psst: org bukan islam memang agama mereka tidak melarang. tak apa lah mereka tu

    BalasPadam
  25. Assalamu'alaikum Zul

    Semoga dijauhkan kita daripada melakukan maksiat ini...

    BalasPadam
  26. Assalam..
    Rasanya byk benda haram merupakan penyumbang kpd ekonomi negara ni..Islam sekadar agama rasmi negara. Kalau nak banteras benda ni, susah jgk melainkan pemimpin2 negara sama2 menegakkan undang2 Islam..

    BalasPadam
  27. Assalam..

    Arak pun banyak yg seludup sbb tu masih ramai yg minum sbb masih dikira murah...

    BalasPadam
  28. kilang arak malaysia pun terbesar di asia..

    BalasPadam
  29. Parah nih...
    penah tengok geng2 remaja minum air ni macam minum coca cola jerr...:(,
    Dah le kt tmpt org ramai...derang buat "dekk" jee..seolah2 dunia ni derang yg punya...

    BalasPadam
  30. wahh..gila..sampai budak kecik hisap rokok..

    BalasPadam
  31. Arak tu perosak bangsa..kat tempat aku ni pun merata-rata kaki minum siap minum arak kat tepi jalan..dah mabuk mesti gaduh..apa yang sedap dengan arak??

    BalasPadam
  32. Rather! This was a very fantastic publish. Thanks for the furnished details.

    BalasPadam