Manusia dan tikus tidak dapat di pisahkan. Manusia mana yang tidak pernah terserempak dengan tikus? Jika ada, anda mungkin bukan hidup di dunia nyata..he he. 10 fakta tentang tikus yang mungkin kita kurang mengambil perhatian sebelum ini, jadi apa kata sesamalah kita fahami tentang makhluk ciptaan Allah ini.
1-Tikus dapat bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
2-Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.
3-Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan boleh melompat sehingga 12 inci.
4-Tikus buta warna dan lemah penglihatannya tetapi tajam deria bau dan pendengaran.
5-Tikus tidak suka sesuatu yang baru dan peka pada persekitarannya.
6-Tikus bukan haiwan akuatik tetapi ia boleh berenang walaupun ia tidak sukakannya.
7-Gigi tikus sentiasa tumbuh sekitar 3.5 sehingga 4.5 cm setahun dan ini menyebabkan tikus perlu sentiasa menggigit benda untuk menumpulkannya, jika tidak gigi tikus akan menembusi bibir dan mulutnya dan ini boleh mengakibatkan ia mati akibat tidak boleh makan dan infeksi kuman.
8-Tikus tidak pernah berpeluh kerana ia boleh mengawal suhu badannya melalui pembuluh darah di ekornya.
9-Tikus tidak memiliki hempedu lantaran itu ia tidak akan muntah.
10-Tikus betina bersedia melahirkan anak seawal usianya sebulan setengah.
NOTA KAKI: Kata orang kalau nak marahkan tikus jangan sebut namanya (tikus) sebutlah nama lain sebab mereka ni peka pendengarannya dan pendendam. Ambil contoh adik perempuan saya yang selalu memasang perangkap tikus di kampung. Pandai pula hamba Allah ni merosakkan kain tudung adik saya sahaja tanpa merosakkan kain tudung Mak yang di simpan di tempat yang sama. Pilih yang harga mahal pula tu. he he.. Wallahualam.
Entri Berkaitan:
Salam Zul, menarik fakta tikus nie yak... kelebihan tikus mmg pada gigi dia, kawan kalau terjumpa harus tak panjang umo tikus tu :)
BalasPadamhhaa.. betul tu bro zul, jiran saya marahkan tikus, abis semua kertas kerja dia kene makan dek tikus
BalasPadamKisah Cirit Birit
tikus ni semua bende nye keset (gigit)
BalasPadamtapi kencing tu jgn lupa wehh
Sallam En Zul,
BalasPadamBaru tau fakta tentang tikus ni,
selama ni cuma tau tikus ni tak boleh
berkasar je, mesti dia akan memberontak.
air kencing tikus adalah air kencing paling bahaya. ;)
BalasPadamMy latest entry : Bagaimana Rasanya Tinggal Di IKEA
assalamualaikum akhi Zul..
BalasPadamteringat di zaman sekolah dulu,masa tu ummi tumpang di rumah pak sedara ,(rumah pegawai)belakang rumah bekas PM di ASetar, kan sebelah tu ada pasar besar A.setar..mak aiii mak menti tu mmg ler besaq2, satu pagi masa nk gi sekolah dia lintas dpn ummi , pastu teringat dlm hati jer , jaga kau , aku blk sekolah nanti,aku kerjakan kau... aduhhhh bila balik sekolah dia dah dulu kerjakan alat2 tulis ummi dlm bilik... sejak tu ummi berhati2 dgn mak menti nie.... he he he
hehehe...
BalasPadamcomel lah tikus tu..
msti tgh exercise hahahah
assalamualaikum abg zul..
BalasPadamsy panggil tikus sbg mak ti heheheheh..br dia tak bole cam kan hahahaaaa
sebab tu le koi kabo macam nak tangkap tikus dalam rumoh, papaleh susoh wehhh
BalasPadamalahai cik T :)
BalasPadamcomel pulak tgk tikus tu exercise..hihihi
BalasPadamtikus asal ada gigi gigit shja bhgian mana yg di suka heee
BalasPadamsaya takut tikus...
BalasPadampernah tikus tetiba muncul kat opis
dan lalu depan saya,
tak sampai 2saat, saya dah ada atas meja opis sambil menjerit2
;p
bos terus keluar dari bilik dia,
sambil bawak payung,
konon nak selamatkan staff dia ni yg penakut... kahkahkahh..
cikti sekarang ni dah tak takut org!
BalasPadamKalau kita marah kita kena sebut hemster... kompom dia tak dendam... hahaha
BalasPadammak kata..kalau marah kat dia..panggil cik tie jek.sbb dia phm.nnt abis semua dia gigit.haishh ye ke mak?adoii entah la
BalasPadamas-salam bro zul...
BalasPadamsaya setuju dengan nota kaki tu..adik saya pernah kena gigit dengan "cik ti"...gara-gara celupar la sebut-sebut nama dia...
banyak jugek kisah si ti ni yak!
BalasPadamwah..hebatnya tikus tu bersenam..teruja sy tengoknya..
BalasPadambagus info ttg tikus ni, wlaupun tikus makhluk yg comel tp rmai org tak suka sbb dia kotor dan kuat gigit barang dlm rmh..
hebat juga tikus dpt memahami perasaan org.. :D
Menarik,dasyatnya tikus sebagai ciptaan Allah S.W.T.tiada apa yang musthil untuk Allah jadikan..
BalasPadamMungkin banyak lagi rahsia tikus yang kita tidak tahu lagi..
Zaman Kegemilangan Islam
Patutlah habis semua kain,kotak,kayu digigit...rupanya nak asah gigi he3...
BalasPadamsuka aje baca yg nombor 7 tu..patut la kazen si jerry ni makan konkrit erk...
BalasPadamsatu lagi...ya betul tu...makcik2 sya juga kata macam tu..jangan sebut T..panggil la dia dengan nama lain...hikhikhik..sy tak percaya tapi saya lebih suka panggil 'suku sakat c jerry' hakakakkakaka...mcm gile katun tom n jerry aje...
salam
BalasPadamsekarang ni saya ada bela kucing
memang tak tunjuk muka si tikus tu