Penunggang motosikal yang melanggar peraturan trafik serius seperti tidak memakai topi keledar, melanggar lampu isyarat merah dan tidak berhenti di lintasan pejalan kaki akan dikenakan denda maksimum RM300.
Di bawah peraturan yang berkuat kuasa bulan lalu, tiada lagi diskaun akan ditawarkan pihak polis mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal.
Sebelum ini, penunggang motosikal yang melakukan kesalahan sedemikian ditawarkan pengurangan denda antara RM70 dan RM100 bagi semua kesalahan lalu lintas.
Menurutnya, dalam tempoh tiga tahun, kira-kira 12,000 penunggang dan pembonceng motosikal maut dalam kemalangan jalan raya.
“Sebagai contoh, kita tidak akan bertolak ansur dengan penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar kerana ramai yang maut dalam kemalangan jalan raya.
“Oleh kerana, harga sebiji topi keledar kurang daripada RM50, tiada alasan untuk mereka tidak memakainya dan meletakkan nyawa mereka dalam bahaya,” katanya kepada The Star.
PENDAPAT PERIBADI: Realitinya golongan penunggang motosikal bermasaalah ini mereka bukannya takut pada denda atau pun maut sebab itu bertindak sedemikian gamaknya. Darah muda, suka menunjuk kehebatan tak bertempat. Lebih-lebih lagi bila ada perempuan duduk belakang motor mulalah naik hantu. Jika di kawasan perumahan saya, asal malam minggu je terjerit-jerit sambil merempit menunggang dengan tidak bertopi keledar. Simpati bila melihatnya. Kenapa boleh jadi begitu?
Setakat pengalaman saya hidup di Kuala Lumpur, golongan remaja yang banyak melakukan kesalahan menunggang motosikal tanpa bertopi keledar dan menunggang secara merbahaya. Kebanyakkan saya perhatikan adalah remaja yang masih bersekolah. Aktiviti mereka selalunya tidak di ketahui ibu bapa masing-masing. Sikap suka menunjuk sesama rakan dan nak tunjuk pandai menjadikan mereka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Hanya dalam otak mereka nafsu berseronok dan ingin menunjuk-nunjuk sahaja.
Seandainya saman tanpa discount yang di keluarkan kerajaan sekalipun dengan maximum RM300, saya rasa tidak menakutkan mereka. Ini kerana jika di saman pasti mak ayah juga yang akan membayarnya. Mak ayah mana yang sanggup anak-anak mereka di tahan di lokap. Betul tak? Apa pendapat anda? Takkan nak tunggu bila dah jatuh motor, kemalangan sehingga cacat dan kehilangan nyawa baru nak ada kesedaran?
Buat golongan remaja yang suka berkelakuan melampau sebegini nasihat dari saya. Fikirkanlah masa depan kalian. Berseronok ada masa, ketika dan caranya. Bukan dengan cara merbahaya sedemikian. Anda bukan sahaja mengundang masaalah kepada adik-beradik, mak ayah anda bila kemalangan atau di saman. Tetapi turut mengundang masaalah pada negara. Fikir-fikirkanlah. Wassalam.

assalam zulkbo.
BalasPadamDidikkan bermula daripada rumah. Sebagai contoh ada mak bapak yg x memakai helmet semasa nk kekedai berhampiran rumah. Kalau dah dijadikan kebiasaan maka keterbiasaan tabiat itu menjadi ikutan anak2. Bak kata pepatah bapak borek anak rintik.
salam..remaja zaman skrg tak spt remaja zaman dahulu..mereka lebih seronok mengejar nafsu sbb tu tak mampu berfikir dgn warasnya..
BalasPadamBenar. Jika kesalahan itu ditanggung diri sendiri, tidak mengapa, tetapi ianya melibatkan banyak pihak yang lain....ingatlah orang yang tersayang.
BalasPadamDorang ni semua ada simpan nyawa extra kat dalam peti sejuk kot. Lebih-lebih lagi yang jalan menyusur arah bertentangan ni. Nanti kita langgar salahkan kita plak.
BalasPadamremaja masih mencari identiti,kematangan berfikir masih belum mencapai tanda aras membolehkan diri meraka menilai baik atau buruk..macam kita yg dah berumur dah rasa semuanya..dari jalan kaki,naik bas,naik motor,naik kereta...naik haji je belum lagi..hehehe...!
BalasPadamBudak2 hari susah nak cakap... siapa yang ada anak jantan taulah masalah :( didiklah anak-anak ini daripada bangku sekolah lagi tentang adab, sivik dan sebagainya.
BalasPadamKita dulu2 kita sempat belajar tata rakyat budak hari ini macam mana? jangan sekadar belajar utk mengejar sesuatu peperiksaan sahaja adab sopan perlu diutamakan.
masih muda... banyak benda tak tahu... mak bapak pun kena pantau.... jangan keluar malam lewat sangat... atau tak bagi langsung..
BalasPadamAssalam..
BalasPadamTak ada kesedaran dalam diri remaja2 ni. Mungkin mereka fikir umur masih muda, jadi lambat lagi la nak mati dan ada yg berpegang pada kata2 pantang maut sebelum ajal...
hurm...mmg xde kesedaran remaja2 ni...
BalasPadamhrtu pon tgk interview dorang2 ni kebanyakan mak ayah tau dorang gi merempit n melepak tp agaknya mak ayah dh xkuasa nk manahan...
getik mat rempit! tak suka!
BalasPadammat rempit soh baca...bagus..nk ke dia baca?
BalasPadamdorang ni babey sungguh, kabo n gertak ikut mana pon buat bodo gitu juga... moga anok-anok kita tak jadi orang gini
BalasPadamassalamualaikum...khuatir jika kesalahan itu emmbahayakan manusia yang tidak berdosa huhhhhh
BalasPadamSalam Zul..
BalasPadamGitulah darah muda..mmg susah nak dinasihati bila terkena barulah insaf.
dan yg paling sayang sekali, majoriti budak melayu yg suka benda² mcm ni. Kenapa?
BalasPadamdorang ni orang kata dah terhantuk baru nak tengadah.
BalasPadamorang kita aje yang ramai jadi mat rempit ni.
Saman dan sita sementara kenderaan mereka. Mungkin itu lebih memberi pengajaran. Maklumlah budak-budak muda ni..handal bila ada motorsikal :)
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamPuncanya tak solat. Kalau orang yang jaga solatnya takkan buat benda-benda pelik macam tu. Namun, orang yang tak solat tak pernah ditangkap, didenda dan dididik.
Mereka ni jenis berhati kering.. Tak takut apa2 lagi dan x pernah terfikir mati sebab hati dah sehabis kering sebab Jai pun pernah melalui semua nih...
BalasPadamhuh besornya katak weh hehehe
BalasPadammasa budak2 rempit ni takut bayar denda lagi daripada mati.
x tau mati tu lagi banyak dendanya kalau kita selalu engkar dgn perintah Allah semasa hidup didunia dulu
p/s: huu x perasan ade banner kome kat sidebar deme te...terima kasih weh
salam
BalasPadammemang ramai remaja yang masih gagal menilai baik buruk setiap tindakan
memang sangat rugi
budak2 macam ni memang tak makan saman....
BalasPadamkalau ditahan,terkulat la kejap,pas tu,pecut baik....dah ,patah sana,patah sini baru diorang tahu,bukan nak mintak,tapi rasanya tu jer yang dapat sedarkan diorang...
bebudak ni kene pegi kat derang pas tu tarik tuk buat sesuatu yg lebih berfaedah...kalau tak sampai bila pun tetap begini...ngo dan agensi2 kerajaan boleh membantu kot...
BalasPadam@abadi romeo Darah muda dan mempunyai Adrenalin yang tinggi jadi mereka ini mencari tempat untuk melepaskan lebihan tenaga ini :-) Hinggakan memperjudikan nyawa sendiri asalkan puas
BalasPadamAnak2 ni kena dididik dan ditegur sedari mereka kecil. Kalu dah remaja, baru nak nasihat bagai, alamat umpama mencurah air ke daun keladi ler
BalasPadam