Jangan Salah Guna Kebebasan Siber - Rais
KUALA LUMPUR: Semua pengguna Internet perlu patuh kepada undang-undang walaupun tiada sekatan terhadap penyaluran maklumat dalam ruang siber.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sempena sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia 2011 esok, Rais mengingatkan pengguna Internet supaya tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberi seperti menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan jenayah.
"Saya ingin menegaskan apabila disebut internet tidak disekat, tidak bermaksud seseorang itu bebas daripada undang-undang. Jika beliau melakukan jenayah melalui internet, beliau tidak akan terlepas daripada undang-undang.
"Jangan masyarakat ada berfikir oh sekarang bebas, apa pun boleh buat. Tidak. Undang-undang negara harus dihormati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Isnin.
Katanya, kerajaan melalui Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meletakkan kawalan terhadap internet termasuk jenayah siber dan yang berkaitan dengan hasutan serta pornografi - BERNAMA
NOTA: Ermmm..itu pesanan buat semua pengguna internet di Malaysia oleh menteri kita mewakili kerajaan Malaysia. Buat para blogger semua menulislah mengikut pertimbangan bukan mengikut perasaan. Berkongsi ilmu dan pengalaman di galakkan, berkongsi kemarahan semoga di jauhkan :) Apa kata kita layan trailer filem KONGSI yang khabarnya hebat ni. Kisah gangster Malaysia gamaknya..ermmm..satu bentuk budaya yang patut kita jauhi. Tonton sebagai pengajaran tidak mengapa, jangan di jadikan ajaran dan idola sudah. Tepuk dada tanya akal bistari.
Trailer KONGSI
berkongsi apa yg patut
BalasPadamtimbang dgn ilmu dan akal
luah apa yg terpendam
zahir dgn tindakan
jom tengok kongis wehhhh :)
Aku ada pengalaman jugak bab kongsi ni..duduk rumah kongsi..adess...
BalasPadamKawalan keselamatan kendiri di alam maya juga penting, kan zul...
BalasPadamBerblog lebih baik berkongsi ilmu dari berkongsi cerita politik.
BalasPadamPS: tersangatlah pendeknya tajuk post ni.
Sallam En Zul,
BalasPadamMemaparkan gambar lucah
juga boleh dikira jenayah.
cerita kongsi tak tengok lagi..
BalasPadamNampaknya masih ramai lagi yang tidak bertanggungjawan dalam menulis blog terutama yang terlalu fanatik kepada politik ... entri yang terlalu extream hanya merugikan semua pihak bila dah bergaduh sesama sendiri ...
BalasPadamsalam
BalasPadamberkongsi memang tak merugikan malah menguntungkan
asal saja tak berkongsi ilmu salah
dah pasti pula tak ada yang mahu kongsi hukuman
hehe
وعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
Kongsi makan tu biasa arrr...jd "kongsi" tak penah lagi.....;)
BalasPadamKONGSI maklumat dan informasi berguna boleh mendatangkan faedah kpd kita semua
BalasPadam